(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Sunday, September 14, 2008

Reunion X-Dip (2001-2004)@Istana Budaya


Tarikh : 13 September 2008
Tempat: Istana Budaya




Lama tak jumpa kengkawan. Ada yang dah beranak pinak. Dah jumpa hari tu macam-macam nak dibualkan. Dah tu makan-makan lagi. Best betul hari tu. Majlis berbuka bermula jam 7.00 malam. Aku sampai di Istana Budaya jam 6.50, direct dari Pulau Carey. Meriah betul kafe time tu, penuh dengan orang yang nak berbuka puasa. Ramai geng kengkawan yang dah datang time tu. Masing-masing tengah beratur mengambil makanan. Ada yang datang dengan suami dan anak, ada yang datang dengan tunang, ada yang datang dengan pasangan...aku je yang sengsorang...huaa.... Whateverpun, makanan yang dihidangkan memang banyak. Ada macam-macam jenis, namakan je. Tapi kebanyakannya masakan Melayu la. Dari nasi, mee, bubur, pengat ke pelbagai jenis kuih muih disediakan. Memang berbaloilah dengan bayaran yang dikenakan. RM32 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak-kanak.


Makan Time






Ada pelbagai juadah yang disediakan. Main dish adalah nasi dan lauk pauk. Macam-macam ada, namakan aje. Pilih je yang mana berkenan di tekak.


Selain tu, juadah sampingan macam rojak, ketam dan udang bakar, roti canai, murtabak, sup ayam, cendawan, daging dan pengat pun disediakan.

Kalau dah makan mesti nak desertkan?. Ada macam-macam pilihan dari kuih muih melayu, puding, buah-buahan. ABC pun ada, boleh buat sendiri lagi.

Kawan-kawan



Sabotaj!!!

Beg dan sweater kawan-kawan yang menjadi mangsa. Kita lihat siapa yang kena!!!Ini rasanya beg dan sweater Syahmi....Yang ni beg Yani...


Huhuhu...pada yang terkena jangan marah ahh...yang pasti korang dah tau sape punye keje yang mensabotaj beg korang..muahahaha... Tapi yang paling best adalah nyanyian lagu happy birthday!! Yea!! Thank you kengkawan, siap ada band tu nyanyi lagu besday untuk aku. Terharu sungguh....


Di Taman Tasik Titiwangsa

Pemandangan KLCC di waktu malam dari Tasik Titiwangsa

Anak-anak dara dan bini-bini orang bergambo

No comments: