(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Thursday, September 25, 2008

RAYA : My Baju, My Cookies, My Phobia

Bersempena dengan bulan yang mulia ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dengan hati yang tulus ikhlas pohon maaf zahir dan batin. Maafkan jikalau ada salah dan silap, terkasar bahasa, tersilap cakap dan terusik hati.

My Baju Raya

Inilah baju raya tahun ni yang bertemakan coklat muda. Beli siap je, tak sempat nak tempah. Ni baju kurung cekak musang yang akan dipakai sekali dengan selendang bertona warna sama (selendang hadiah birthday from inche' Frisco)

My Cookies

Kali ni ambo nak menurunkan ilmu memasak dengan memberikan resipi chocolate chips cookies yang menjadi salah satu juadah kuih rayo ambo. Okey murid-murid, sila ambil pen dan kertas:

Bahan-bahan

  • 345g mentega (jangan guna marjerin, x sedap)
  • 230g gula perang
  • 60g putih telur (dlm 5 biji)
  • 200g tepung halus
  • 145g tepung naik sendiri
  • 115g tepung jagung
  • 200g coklat chip
  • 2 sudu teh/sudu kecil esen vanilla
  • kacang gajus/walnut/badam yg telah dibakar sehingga perang (dlm 15 minit dlm suhu 170 oC) dihancurkan sedikit.

Cara membuatnya:

  1. Gaul gula dan mentega sehingga kembang
  2. Campurkan putih telur dan gaulkan
  3. Masukkan kesemua tapung ke dalam adunan (tepung halus, naik sendiri dan jagung)
  4. Masukkan coklat chip dan kacang
  5. Susun adunan di atas dulang pembakar/tray mengikut saiz yang disukai. Peringatan: adunan mempunyai tepung naik sendiri, jadi biskut akan mengembang sekali ganda semasa dibakar.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 170 oC sehingga biskut masak/perang dlm 15 minit.
  7. Bila dah masak, sejukkan biskut di atas relai.

Ha, lebih kurang camni la biskutnye kalau dah siap. Ni aku sesaja wat besar2, ala2 cookies kat dalam Sesama Street. Budak-budak kecik suka yang saiz camni.


My Phobia

Tak tau nak describe apa benda nama phobia ni dalam bahasa saintifik. Tapi dah dekat 2 tahun kot aku mengalami phobia ni. Takde lah teruk sangan tapi bagi aku ni kes besar la jugak. Aku phobia nak balik kampung!!! Macam pelik je kan dengar benda ni, padahal semua orang bila raya excited nak balik kampung. F.Y.I kampung aku adalah tempat lahir aku di Tanjung Karang walaupun famili aku, termasuk nenek aku duduk kat Bandar Baru Bangi dan Kajang. Asbabnya phobia balik kampung adalah kerana takut dengan soalan2 yang akan ditanya oleh saudara mara dan rakan taulan saudara di kampung. Contoh soalannya adalah:

  1. Bila nak kahwin?(ni soalan yg paling popular)
  2. Anak si polan nak buat kenduri hujung bulan ni. Kak Ani bila nak sambut menantu? (ni orang selalu tanya kat mak aku)
  3. X: Dah ada boyfren ke belum? Aku: Tak de...sibuk. mana ada masa nak berkawan2 ni. X: La...yeke. Kesiannya. (aku paling benci perbualan picisan camni..huh)
  4. Tak de orang masuk meminang lagi ke? Takpe, nanti makcik kenalkan dengan anak sedara jiran sebelah rumah punya kawan punya sepupu kat London tu (London tu rekaan semata, tapi best jugak kalu dapat..muahaha)

Ha...ni adalah contoh sahaja. Ada macam2 lagi tau. Tapi macam biasa jawapan yang akan aku berikan:

  1. Tak boleh nak kahwin lagi. Saya masih belajar, takde duit. Kalau nak sponsor ok gak (ni loyar buruk punye)
  2. Tak jumpa lagi jodohnya...(ni sopan sket)
  3. Tengoklah...tahun depan kot...(ni jawapan sedang menaruh harapan sambil bohong sunat sket)
  4. Senyum sambil makan biskut raya, pastu cepat2 tukar topik mcm puji langsir rumah diorang, puji biskut raya, tanya nama jiran belakang rumah dan sbgnya..hehehe....

Ha...demikianlah cerita raya aku. Amacam? Ada yang senasib dengan aku?

2 comments:

DrKong said...

Lucu betul anak si Polan heboh nak kawen.. ekeke!! Moga mendapat boypren dengan cepat ya NOra.

Akula Nora said...

ye...nanti kamu rekemenkan la sorang dua orang N.Zealnd. Mauri pun mauri la...hensem per..hehehe