(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Monday, September 29, 2008

RAYA:Shopping Spree Vol.2

Shopping lagi!!! Kali ni di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Tempat ni memang terkenal sebagai kawasan bazaar hari raya. Tapi kali ni takdelah membeli apa pun. Sekadar sehelai tudung dan bunga api (bahaya ni kalau polis tau). Seronok menonton telatah orang ramai. Dari yang membeli, menjual hinggalah yang tak de wat pape pun. Ingatkan dah dekat nak raya ni KL lengang. Rupanya masih ramai lagi yang melepak di sini. Masing-masing turun shopping last minute sebab tahu harga barangan mesti akan turun, siap dilelong lagi. Memang murah banget sey...

Nilah Masjid Jamek Kuala Lumpur. Masjid ni terletak di antara pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang. Mana satu sungai Gombak dan sungai Klang pun tak tau. Anda carila sendiri ye..
View dalam bazaar Jln Masjid India dan baranagn yang dijual. Dari aksesori, kuih raya, baju raya kalau nak hantu raya pun ada kot...jengjengjeng


Kan dah cakap. Macam-macam ada....

Dalam banyak-banyak aksi kat bazaar ni, yang nilah paling best. Ini adalah satu taktik untuk mempromosikan bahan jualan. Tak silap dalam blog Kengkaru ada video aksi ni. Ni adalah aksi seorang penjual lelaki yang memakai baju kurung jualannya sambil memanggil pelanggan di luar gerai beliau. Huh...tekad sungguh mamat ni nak melariskan baju kurung dia.

Selepas habis berjalan dan bershopping shappan, kami (aku dengan member skolah, Iela) pun balik dengan hati yang senang lalala dan kaki yang penat....adeh.

Kesimpulannya: Kawan-kawan!! tahun depan aku nak shopping sehari sebelum raya. Baju raya murah crazy wei!!!!

Masjid India dan Masjid Jamek K.L

Pemandangan dari dalam Masjid India bercirikan ruang luas seperti istana di India.

Pemandangan luar Masjid Jamek Kuala Lumpur di waktu malam. Meriah dengan lampu-lampu.

1 comment:

okeh! said...

Sungai Klang ni sungai tunjang kat selangor. dari selat melaka iaitu hilir dengan dari hulu di banjaran titiwangsa. Bagi saya, Sungai Klang dan SUngai Gombak bercantum, dan dikenali sebagai Sungai Klang. Kalu tak, takkan kita skrg, panggil Lembah Klang merangkumi Klang, Shah Alam, PJ, KL, Gombak. SUngai Klang ni besar, panjang, dan anak2 sungai yg banyak, cth nye, sungai damansara. bagi saya, gambar kat atas ni, yg menghala ke kiri adalah sungai gombak, dan menghala ke kanan adalah sungai Klang yg ke hulu.

ni pandangan saya saja,