(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Thursday, September 11, 2008

Interview+Iftar

Nervous tul ari ni....Gelabah semacam je. Ada interview dengan WWF-Malaysia sebagai Programme Officer (Forest Management). Takutnye.....Interview bermula jam 2.45pm. Aku bertolak dari umah jam 1.30pm. Sampai di h.q jam 2.20, nasib baik...sebab bukan jauh pun h.q WWF ni...kat P.J je. Thanks to Nenek and Kak Finie yang pernah tunjukkan tempat tu kat aku.

Pape pun...Alhamdulillah, sesi interview tu berjalan lancar. Kalau ada rezeki adalah, kalau tak ada kita usaha lagi...gambatte Nora-san!! Interview tu habis dalam jam 3.30. Hari ni plan nak berbuka dengan Kak Finie and Nenek, so pastu aku terus pegi fakulti lepak jap kat sana. Nak hilangkan tensyen la kononnya. Borak punya borak, jam dah menunjukkan pukul 6.00, apalagi bergegas la kami keluar nak cari tempat makan.

Hari ni kitaorang plan nak makan di Restoran Stick and Grill, dekat area Seri Serdang (dekat dengan area pasar malam). Restoran ni baru buka cawangannya kat sini. Suka dengan suasana dalam kedai ni. Rasa warm and inviting je.


Ahli-ahli jemaah berbuka puasa:

Kak Finie dan aku Nenek dengan Im (adik Nenek)

Hidangan pilihan kami:

Chicken Chop (aku punyer)Chicken Mariland(Kak Finie)Stick grill (Nenek dan Im-sorang satu)

Air minuman:
Milo aisHoney Dew juiceSirap laiciTeh O ais

Huhuhu...inilah juadah kami hari ini. Habis licin makanan. Kebuloq betoi...

1 comment:

..::qin::.. said...

WWF, cool giler..
All the best nora. Klau dapat, open table!!