Hari ni hari Jumaat. Hari terakhir sebelum cuti raya dan pertengahan semester bermula di UPM ni. Hari ni fakulti lengang, menunjukkan ramai warga fakulti yang sudah bercuti dan pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran. Petang tadi selepas usai semua kerja dalam jam 3.00pm, aku dah meng'sign out'kan diri dari fakulti untuk menyempurnakan misi shopping raya aku. Jadi hala tuju yang seterusnya adalah ke Jusco Balakong untuk memulakan misi fasa pertama....hehehe...
Sekarang Jusco sedang mengadakan sale sampai 6 Oktober ni. Maka berpusu-pusulah orang ramai (termasuk aku) datang membeli-belah di sini. Suasana di Jusco agak lengang semasa aku tiba dalam jam 5. Sebelum tu aku telah melepak kat rumah K. Finie bersama dengan Hali untuk bersolat Asar dan berehat. Secara tak langsung, diorang ni dah menjadi rakan seperjuangan untuk misi raya aku tahun ni...ngeh...

Suasana mula sibuk sekitar jam 6 petang. Maybe ramai yang datang untuk berbuka puasa disini. Tapi keadaan takdelah sesibuk macam masa mula2 puasa hari tu. Walaupun ramai orang tapi takdelah sesak sangat. Ramai yang dah balik kampung rasanya. Ni yang best shopping last minute nih, takdelah berebut-rebut.
Dalam hingar bingar orang ramai, berjaya jugak aku menyelesaikan misi shopping kali ni. Dapat la beli baju raya dan kasut untuk adik aku, blouse, barangan peribadi 'ehem' sempena ulangtahun aku, petikan dari Kengkaru "orang Sabah bilang buang sial"....hehehe... Selain tu aku beli sandal baru, sebab sandal lama dah hancur. Kali ni pakai Bata je, tahan lama, made in Malaysia lagi. Lagi bagus dari sesetengah jenama yang femes, harga dahlah mahal tapi baru 3-4 bulan pakai dah berterabur tapak. Secara keseluruhannya, Jusco memang tengah sale sekarang ni. Cepatlah ke Jusco sebelum barang kehabisan stok...hehe..siap promote lagi ni.
Hasil misi hari ni

Sempat membeli sushi sebagai juadah sahur:kanikama(crab), california roll, ebikko dan my fav., stuff inari (sweet tofu)
In the end, lepas solat Maghrib, baru kami pergi berbuka di Secret Recipe. Meja pun dah banyak yang kosong, ramai yang berbuka terus lepas azan tadi. Bolehlah kami makan dengan tenang sambil berbual panjang.
Lupa plak, tengahari tadi sempat mendapat ole-ole dari Pacik Hamid yang akan bertolak pulang ke Tawau hari ni. Ni kuih cincin, kuih tradisional di Sabah. Hari tu masa ke Tawau aku lupa nak beli. Family aku memang suka kuih ni, rasa kuih ni macam kuih peneram kalau di semenanjung, cuma kuih cincin ni rangup dan tak semanis kuih peneram.
2 comments:
wah banyaknya cincin ko dapat? Mesti best nie...
akak..kuih tu lbh kurg sama cm brunei punye..tp brunei punye kaler oren..
dh shopping raya ye?lin mmg plan nk pegi jusco balakong sehari sblm raya kut(amin baru cuti selasa). thn lps dpt 2 pasg baju melayu amin rege rm50 jek kak!! x terbeliak biji mata ni tgk??!! :p
Post a Comment