Hari ni merupakan hari kedua berpuasa. Setakat ni Alhamdulillah, dapat menjalankan ibadah dengan baik dan harap sempurna hendaknya. Cuma hari ni ada rasa kurang selesa sikit dekat tekak. Macam nak selesema jer rasa. Harap2 semua ni akan okey lepas makan ubat nanti.
So hari ni saya akan pergi ke P. Carey selama 2 minggu untuk mengambil data projek. Dalam keadaan serba tidak keselesaan ni, ku gagahkan jua diri untuk mengemas barang2 yang hendak di bawa ke sana.
Kain baju
Bushnell binocular - untuk skodeng hidupan liar di P. Carey.
Laser range finder - untuk menganggar jarak
Akhirnya siap jugak mengemas barang2. P. Carey...here I come!!!
No comments:
Post a Comment