Sebelum ni tak delah perasan sangat kewujudan restoran ni, sebab restoran ni nampak meriah di waktu malam. Kami terpaksa booked meja sebab restoran ni memang sentiasa penuh semasa bulan puasa. Kami bernasib baik sebab masih tinggal beberapa meja lagi yang belum dibooked. Itu pun kat area luar kedai. Suka je aku dapat meja luar, dapat la melihat suasana malam kat tepi highway ni. Seoul Garden menyediakan makanan buffet macam daging lembu, ayam, ikan dan seafood galore yang telah dimarinate dengan rempah yang kemudian akan dimasak dengan cara grill dan bahan-bahan mentah untuk dibuat sup macam udang, bebola-bebola, meat cocktail, vegitable...emm..banyaklah..tak ingat. Tapi ni adalah di antara bahan makanan yang kami ambil.
Marinated meat untuk di grill
Zai (miazai.blogspot)yang tengah belajar kat Korea pernah cakap hidangan yang dimasak kat atas meja ni dipanggil syabu syabu....bukan syabu dadah ye..diulangi syabu syabu. Sesiapa yang pernah menonton cerita Korea mesti pernah melihat adengan makan2 yang diorang masak kat tengah2 meja tu. Sempat jugaklah kami berangan jadi watak kat dalam cerita My Girl, Coffee Prince, Winter Sonata, Full House dan My Sassy Girl...hihihi
Selain tu terdapat hidangan lain seperti nasi goreng. Ada juga hidangan pencuci mulut seperti puding, buah-buahan, air batu campur(ABC) dan paling best aiskrim!! Semua hidangan ni boleh diambil sebanyak yang korang nak..unlimited. Nak makan sampai tumbang pun boleh.
Self-service ABC
Aiskrim aneka pilihan...slurp..
Aiskrim coklat kegemaran ramai Tak aci!!diorang kasi serve dalam mangkuk kecik je..takpe jap lagi leh amik lagi muahahahaAksi orang kebulor
Kekenyangan, bersepah meja lepas makan.
Hari ni kami makan sampai nak kenyang 2 hari. Berpadananlah dengan bayarannya, RM43 (termasuk service charge). Tapi memang puas hatilah dengan makanannya. Kita boleh ambil dan makan seberapa banyak yang kita nak tanpa had masa. Hah, apalagi, ramai la yang ambil sebanyak-banyaknya. Tapi make sure kena habiskan semua, sebab anda akan dikenakan bayaran RM3 bagi setiap 100g makanan yang tidak dihabiskan!
5 comments:
nape xletak gambar ayu ko..heh ehh ...penat2 je aku amik... huhu (T_T)
gambar tu untuk tatapan peribadi je. Tapi aku rasa, aku mmg ayu dalam semua gambar...hahaha LoL
ptt la cara mskan ala syabu2 (tapikan yang syabu2 just rebusan jer)kalo yang macam dalam gambr akk nie ada nama lain tak igt la plak..die main2 panggang2..nama pun dah seoul garden..hehe..
ehh akk betul ker die charge 100g rm3..camner die wat..die akan timbang ker??hehe
waa menarik giler..terliur zai akk..
oo...yg mcm steambot tu syabu2... tp mmg best la. walaupun akak x dpt g korea, dpt mkn ala kat korea pun jadikla...hehehe...ha, kang kalu ada rezeki nnti zai balik m'sia kita g makan kat situ.
yaaaa..bole2 nnti kite g yerk..pastu leh berangan sama2..hehe..oo yang cam bbq tu..die pangil samgioksa ker samgioksal kalo tak silap zai..hehe..
Post a Comment