(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, December 31, 2008

Happy New Year;2009


Wishing ya a glorious new year! May you have a wonderful, successful and peacefull 2009.

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430


Salam Maal Hijrah buat semua teman-teman. Selamat beramal dan beribadat. Semoga amalan dan jihad akan dipertingkat usahanya pada tahun ini. Insya'Allah...

Tuesday, December 23, 2008

Antara Bandung dan Jakarta

BANDUNG, terletak di bahagian Jawa Barat Indonesia. Sebuah kawasan yang subur dan mempunyai hampir 10 juta orang penduduk yang majoritinya terdiri dari suku kaum Sunda, Jawa dan Minang. Hampir 90% penduduk di sini beragama Islam.

Yup, kali ini aku berpeluang untuk meninjau negara jiran Malaysia di seberang Selat Melaka. Namun kali ni bukan atas urusan kerja, tapi menyertai hari keluarga jabatan mak aku dari Institut Perguruan Teknik Cheras(IPT). Selain family kami (aku, adik dan emak), rombongan tersebut juga disertai oleh pensyarah2 dan staf IPT bersama keluarga mereka.

Jadi mesti kalian dapat menggambarkan macam mana rupa rombongan itu. Takdelah macam rombongan Cik Kiah, tapi up sket. Kira ni ada makcik dan pakcik pensyarah dengan anak2 yang berumur 1-25 tahun. Yang 25 tahun tu aku la... Aku yang paling tua dalam rombongan tu(bagi ketegori anak pensyarah)...huhuhuhu.... Anak diorang yang sebaya aku tak ikut, dan kebanyakannya dah berumah tangga. Jadi memandangkan aku ni anak sulung 7 keturunan, yang suka berjalan, boleh support perbelanjaan sendiri (untuk pengetahuan, aku tanggung sendiri semua perbelanjaan di sana. Siap sponsor adik aku lagi) dan masih belum berumah tangga, sebab itulah mak aku dan rakan2nya mengajak aku sekali. Senang citer aku jadi tukang angkat barang mak aku dan ketua baby sitter kat sana...fuh..

Kawasan lembah di mana terletaknya daerah Bandung.

Rumah di kawasan perbukitan


Pertanian merupakan salah satu penjana ekonomi utama di Bandung.

Rumah peninggalan Belanda yang menjadi hak milik penduduk tempatan kini. Terdapat di kawasan Kota Bandung.

Bangunan kedai yang juga tinggalan ketika pemerintahan Belanda di Indonesia. Tokeh kedai tersebut masih mengekalkan ciri2 negara penjajah itu untuk menarik perhatian pelanggan agaknya.

Rata2 bangunan di sekitar Bandung ini adalah peninggalan dari penjajah tersebut. For your information(FYI), Belanda telah menjajah Indonesia selama 300 tahun. Banyak lagi kesan peninggalan sejarah yang terdapat di sekitar daerah Bandung ini.

Masyarakat Sunda merupakan suku kaum majoriti di Bandung. Indonesia mempunyai kira2 600 suku kaum terletak di pelbagai daerah.

Reka bentuk dalaman rumah masyarakat Sunda.

Seni kraf tangan masyarakat Sunda

Emm..tak ingat apa nama dalam Indonesia tapi ni macam wayang kulit di Malaysia


Antara sajian makanan masyarakat Sunda



Kota Bandung

Kota Bandung adalah merupakan nadi bagi daerah tersebut. Kota Bandung juga adalah pusat tekstile yang terkenal, menjadi tarikan utama industri pelancongan di Indonesia. Dengan penduduknya yang hampir 10 juta orang, Bandung yang berkeluasan seperti negeri Melaka ini merupakan daerah yang keempat terbesar di Indonesia.

Salah satu kawasan penempatan penduduk di Bandung. Sangat padat. Ruang yang tinggal hanyalah untuk laluan motor dan pejalan kaki sahaja. Yang pakei mobil tu paham2 sendiri. Memang tak muat.

Selain dari sejarah, rumah mode(macam factory outlet store), gedung membeli belah dan kedai kain, salah satu yang menarik di kota ini adalah penduduknya. Terdapat macam2 telatah, aksi dan pe'el dapat dilihat di sini. Bagi aku penduduk di kota ini adalah golongan berusaha keras untuk survive di kawasan membangun ini. Macam2 gelagat dapat dilihat dari kalangan masyarakat Bandung ini. Jika yang kaya, memang betul2 kaya. Setakat Mercedes, BMW, Porche adalah melintas 9, 10 biji sepanjang perjalanan aku di dalam bas. Sama juga seperti di Jakarta(tapi nanti I story).
Tapi bagi yang susah, memang sangat la daif. Itu adalah lumrah biasa bagi negara yang mengamalkan dasar kapitalis ini. Namun apa yang menarik perhatian aku adalah semangat dan keinginan golongan tersebut untuk meneruskan hidup di celahan kota Bandung ini. Bagi golongan marhein ini, mereka akan melakukan apa sahaja kerja demi mencari rezeki. Mereka takkan duduk bergoyang kaki sahaja. Ada yang menyanyi, menjaja di atas jalan(bukan di kaki lima tapi tepi kereta kat atas jalan), main alat muzik, buat air, tukang angkat barang, tukang payung, jual plastik beg....macam-macam la....

Walaupun kadangkala rasa rimas dan annoyed dengan penjaja2 yang akan mengekori kita ke mana sahaja, tapi aku faham diorang lakukan itu untuk meneruskan kehidupan. Biasanya aku menolak dengan baik kepada penjaja jalanan tersebut yang tak henti2 merayu membeli barang jualan mereka, walaupun dalam hati aku naik bengang dan rimas dengan diorang ni. Bayangkalah, diorang ikut aku dan pelancong yang lain sejak kaki aku turun dari bas, masa aku tengah berjalan, nak makan, masa nak masuk hotel dan kekadang ikut sampai naik bas!!! Takut jugak aku dibuatnya. Bagi gadis2 yang suka lone ranger tu, anda dinasihatkan agar jangan berbuat begitu di sini. Sebab memang agak bahaya kalau seorang perempuan muda berjalan sesorang kerana anda akan dikejar oleh penjaja2 tersebut. So, jangan jalan sesorang. Ingat tu...

Adik ni bermain biola tak berdawai di setiap pintu kereta. Biola tu mungkin dibuang oleh pemiliknya. Dah rosak, tak de tali pun. Adik ni just buat aksi pemain biola di tingkap kereta yang tengah berhenti di traffic light dan mengharapkan orang akan memberinya upah di atas aksi tersebut. Aku teringat cerita Biola Tak Berdawai lakonan Nicholas Saputra...

Ibu-ibu ini jual jamu kepada orang yang lalu lalang di jalan tersebut. Nenek yang pakai tudung ungu tu cacat penglihatan, jadi dia mengharapkan ibu berjilbab hitam itu (anaknya mungkin) memimpinnya semasa berjalan. Entah kenapa hati aku jadi sayu melihat mereka. Nenek tersebut terduduk keletihan di tepi jalan raya yang sesak dengan kenderaan sambil anaknya mengurut ibunya.

Ini aksi menarik seorang seniman jalanan yang menyanyi di pintu ANGKOT (Angkotan Kota) ala2 bas mini di Malaysia. Di mana sahaja ada peluang seniman jalanan ini akan masuk dan menyanyi. Suaranya pun boleh tahan...kalau masuk AF tu konfem masuk finallah. Tapi sayang bakatnya hanya di sini sahaja. Mungkin tiada peluang untuk dia mencuba ke audition besar macam Indonesian Idol ataupun kat Indonesia dah terlalu ramai yang berbakat macam dia ni.

Bapak ni sudah inseng2 gitu. Maksudnya kurang waras. Bapak ni menari dan melompat2 di tepi jalan.

Penjual gorpis a.k.a goreng pisang. Sangat menarik dapur dia menggoreng pisang. Buat sendiri lagi. Pakai tong dram, tebuk lubang untuk isi tong gas ngan dapur kecik. Pastu lubang tong tu jadi tempat letak kuali. Tak payah ruang besar pun, atas ruang pejalan kaki pun dia boleh jual gorpis. Tapi memang sangat kurang la dari segi safety. Kalau kat Malaysia memang dah kena cekup dengan DBKL tak pun Karam Singh Walia. Tapi cuba kita lihat dari segi kesungguhan dan kekreatifan diorang. Nak ikutkan memangla diorang tak mampu nak beli dapur besar yang siap bumbung tu, tapi rasa gorpis dia tetap sedap, malah lagi sedap dari gorpis kat Flat Ikan..huhuhu.

Inila penjaja2 yang akan mengekori pelanggan sampai memana. Punyala ramai, kekadang lagi ramai penjaja dari pembeli. Macam2 barang yang diorang jual dari key chain, gelang, rantai batu kristal, t-shirt, kain tudung, beg plastik, kipas tangan sampailah minuman 3 in 1 (macam Nescafe, Milo tu).

Interesting Place to Visit

Pasar Baru di Kota Bandung, gedung tekstile yang terkenal. Dalam gedung ni ada banyak kedai yang menjual kain, telekung, baju, tudung yang murah banget sey....

Selain dari rumah mode dan pasar kain yang berlambak kat kota Bandung ni, terdapat banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati. Salah satunya adalah kawasan tanah tinggi yang terdapat sebuah gunung berapi yang dikenali sebagai Tangkuban Perahu tidak jauh dari kota Bandung, dalam 1 jam perjalanan.

Terdapat sebuah cerita rakyat tentang asal usul Gunung Tangkuban Perahu ni. Kononnya pada zaman dahulu, terdapat seorang wanita yang sangat cantik bernama Dayang Sumbi yang mempunyai anak bernama Sangkuriang. Suatu hari, terjadi satu perbalahan antara ibu dan anak ini. Si Sangkuriang dihalau dari rumah kerana menderhaka kepada ibunya. Ibu yang berang itu juga membaling batu ke anaknya, lalu terkena dahi anaknya. Dan pada 'Zaman Dewa Dewi', si Ibu yang sedih itu telah dianugerahkan kuasa 'eternal youth' a.k.a awet muda oleh tuhannya.
Setelah bertahun lamanya hidup dalam buangan, Si Sangkuriang berhajat untuk pulang ke kampung halamannya. Terlalu lama sehingga ibu dan anak tersebut tidak mengenali antara satu sama lain. Sangkuriang telah bertemu seorang wanita yang amat cantik di kampungnya, dan berhajat untuk mengahwini wanita tersebut. Tetapi wanita tersebut ternampak kesan luka di dahi Sangkuriang dan wanita tersebut mengenali jejaka tersebut adalah Sangkuriang anaknya.
Dayang Sumbi cuba menerangkan yang Sangkuriang adalah anaknya yang telah dihalau dahulu, malangnya Sangkuriang tidak percaya kepada kata2 Dayang Sumbi kerana ibunya seharusnya kelihatan tua ketika itu. Bagi mengelakkan perkahwinan tersebut dari terjadi Dayang Sumbi meletakkan beberapa syarat; 1)Sangkuriang mestilah membina sebuah empangan di atas Sungai Citarum dan 2)membina sebuah kapal untuk menyeberangi sungai tersebut, keduanya mestilah siap sebelum subuh keesokan harinya (FYI, menurut cerita sungai Citarum dalam lagenda adalah sebuah sungai yang besar orang zaman dahulu pun bersaiz besar, semuanya besar2). Sangkuriang pun bermeditasi meminta bantuan dari dari sejenis makhluk gergasi bernama Buta Hejo untuk membina empangan dan kapal tersebut.

Dayang Sumbi yang berasa risau melihat kerja2 tersebut yang hampir siap pada waktunya, lantas meminta orang2 suruhannya untuk menebarkan kain sutera berwarna merah di bahagian timur seolah2 cahaya matahari terbit. Sangkuriang telah tertipu dan menyangka dia telah gagal, lantas menendang perahu/kapal yang hampir siap hingga terlangkup dan memecah empangan yang hampir siap. Perahu yang terbalik tu telah menjadi Gunung Tangkuban Perahu manakala kawasan empangan yang telah dipecahkan tersebut telah meninggalkan satu kawasan lembah yang luas, di mana terletaknya daerah Bandung sekarang. Tak tahu betul ke tak, tapi kawasan Tangkuban Perahu memang kelihatan seperti bentuk perahu kalau terlangkup dari jauh.

Gunung Tangkuban Perahu merupakan gunung berapi yang masih aktif. Kali terakhir ia meletus adalah pada tahun 1983. Gunung Tangkuban Perahu terletak di atas garisan volcanic yang sama seperti Anak Krakatoa di hujung Kepulauan Sumatera.
Asap yang berbau sulfur keluar dari rekahan batuan magma menunjukkan gunung berapi ini masih aktif.

Bergambar di tebing gunung berapi, amacam, ada berani?

Kawasan perbukitan yang kelihatan seperti orang sedang berbaring. Tak tau la pulak sejarahnya.

Close up bahagian yang nampak macam muka orang.

Deretan kedai yang menjual cenderahati dan kraf tangan

Topi dan beg dari bulu arnab

Hasil kraf tangan, Angklong salah satunya. Sejenis alat muzik yang dibuat dari buluh. Masa ni penjual tersebut sedang memainkan lagu Isabella dengan Angklong ni. Memang sedap, tapi aku tak beli sebab tak reti main. Pastu payah nak bawa balik. Oh ya...kat Indon ni diorang memang menggilai kumpulan Search dan Mawi...hehehe...acah je. Diorang minat Search dan Siti Nurhaliza. Pantang sebut Malaysia, itu je yang diorang terbayang.

Anda juga boleh menunggang kuda untuk melawat di sekitar Gunung Tangkuban Perahu.


Terdapat juga tempat yang menarik di sekitar kawasan pergunungan ni seperti di kawasan Padnjajaran, Puncak, Cianjur yang terkenal dengan kawasan membuat marmar.


Jakarta oh Jakarta

Lawatan kami seterusnya ke Jakarta, daerah khusus ibukota atau ibu negara Indonesia. Jakarta merupakan sebuah kota metropolis yang penduduknya hampir 30 juta orang. Jakarta, seperti kota Bangkok, sangat terkenal dengan macet atau kesesakan lalu lintasnya. Seawal jam 6 pagi lagi jalan raya mulai sesak dengan kenderaan yang bersimpang siur. Walaupun terdapat lebuhraya yang menghubungkan bandar-bandar di dalam Jakarta, tapi masih macet.
Macet di pagi hari
Penduduk di Kota Jakarta ini juga seperti di Bandung. Ada yang kaya dan ada yang susah. Tetapi rata2 penduduk di Kota Jakarta ini hidup sederhana. Tidak kelihatan jurang yang ketara dalam taraf hidup mereka. Bagi mereka yang berkerja keras untuk hidup maka kesenangan akan mendatangi mereka.

Ala...comelnya...bebudak tadika berjalan2 berpegangan tangan masa melawat Monumen Nasional. Teringat kat watak Nabila dalam sinetron Mutiara.


Transjakarta. Salah satu penyelesaian untuk mengurangkan macet di sini. Transjakarta adalah sebuah kenderaan awam yang terkenal di Jakarta. Bas ini bergerak dilaluan yang dikhaskan untuk bas tersebut sahaja yang dipanggil busway.



Mercu tanda Menarik di sekitar Kota Jakarta


Monumen yang berbentuk seperti merak

emm...tak tau apa namanya tetapi berbentuk wanita dan lelaki sedang menari

Monumen Nasional

Bangunan pencakar langit Jakarta


Taman Mini Indonesia Indah

Model rumah2 suku kaum dan etnik di Indonesia






Selamat Tinggal Indonesia

Lawatan percutian keluarga kami berakhir pada 18 Disember. Selama 4 hari 3 malam kami telah di bawa melawat Bandung, Jakarta dan kawasan di sekitarnya. Siap melintasi Bogor lagi. Dari kejauhan kelihatan Universiti Pertanian Bogor. Terdapat beberapa orang kenalan aku di sana. Namun memandangkan waktu lawatan yang padat, tidak berpeluanglah aku untuk bertemu mereka. Kami meninggalkan Indonesia di Bandara Hussein Sastranegara, Bandung. Banyak pengalaman yang telah ku kutip sepanjang lawatan ini. Bukan setakat shopping je. Ini membuat aku menilai kembali betapa bertuahnya aku berada di Malaysia. Bangga jadi rakyat Malaysia!!!



Tanah Jawa dari angkasa.


Monday, December 15, 2008

Notis...

Salam kengkawan bloggers... untuk makluman aku akan berada di Bandung dari 15-18 Disember ini. Mohon maaf jika aku terlewat jawab mesej atau tagged anda. Sebarang pertanyaan dan keraguan sila tinggalkan di chatbox yang telah disediakan. Posting untuk cerita di Thailand dan Carey Island Voyage akan dipaparkan selepas aku balik dari Bandung. Chiao...

Friday, November 14, 2008

Day 4 Out of Bangkok : Treasure the nature and culture time

14.11.2008-Kedinginan menyelubungi hostel kami di KYNP. Suhu pada awal pagi itu adalah dalam 11oC. Satu pagi yang indah di sini dengan pemandangan yang cantik dan udara yang nyaman. Rasa macam nak stay kat situ je.
Pemandangan di sekitar hostel
Berposing jap di depan hostel kami
Pagi tersebut, sebelum bersarapan, aku dan beberapa orang peserta berjalan2 di sekitar hostel, meninjau2 keindahan taman negara tersebut. Sempat la aku menangkap gambar beberapa ekor wildlife yang terdapat situ.
Oriental Pied Hornbill
Black-naped Oriole
Selepas bersarapan dalam jam 8.30 pagi, kami bertolak meninggalkan hostel menuju ke visitor center untuk chect-out dan 'meninjau' kedai cenderamata KYNP.
Kak Finie, John dan aku. Bergambar di depan bas.
Adengan membeli barangan KYNP
Selepas itu kami bergerak meninggalkan KYNP untuk menuju ke Sakaerat iaitu sebuah daerah yang terletak bersebelahan dengan KYNP (sebelah timur). Adalah jugak dalam 1 jam perjalanan. Di Sakaerat kami tinggal di Kasetsart University Faculty of Forestry (KUFF)Study Center, kira macam Hutan Simpan Ayer Hitam di Puchong. Lagi best HSAH sebab ada sungai untuk mandi manda...muahahaha.....
Sakaerat Environment Research Stations
Sakaerat Environmental Research Stations atau SERS ditubuhkan di bawah pengurusan Kementerian Sains dan Teknologi Thailand. Fungsi SERS ni sama seperti FRIM di Malaysia.
Menariknya di SERS ini bukan sahaja kajian tentang alam semulajadi, tetapi SERS juga merupakan pusat kebudayaan penduduk tempatan. Ia juga sebagai satu tarikan ekopelancongan di Sakaerat.
Mari memasak Khuay a.k.a kuih Bepang versi Thai
Resepinya:
P/s: Korang translate la sendiri ye...
Sesi penerangan
Panorama di sekitar SERS
Red junglefowl a.k.a Ayam hutan
White squirel
Burung bayan
Dry dipterocarp forest Mix dry dipterocarp forest and grassland
Malam yang panjang
Malam tersebut terdapat aktiviti star gazing di SERS. Jadi kami pun stay di SERS sehingga malam.
1. Warm-Tukang cerita yang bertauliah. Dia ni memang peramah. Walaupun kurang fasih berbahasa Inggeris, namun dia tetap ceria bercerita dengan kami.
2. Pendengar cerita yang penuh khusyuk. Dari kiri: Pacik Hamid, Edo, Nanin dan Kak Finie. Kitaorang kena dengan dengan teliti apa yang si Warm ni cerita, kalau tak tak faham. Lihat wajah mereka yang penuh khusyuk itu.
3. Aku-Khusyuk jugak...tapi tengah kesejukan. Udara dari kawasan pergunungan berhembus lembut mencengkam kulit...adei...aku nak ke toilet sebenarnya tu...
Bulatan hitam-Lebihan makanan vegi yang telah dihidangkan untuk kami pada malam itu...ada telur dadar skali. Tapi dah habis.
Masih khusyuk mendengar cerita. Fokus kepada bulatan kuning. Ha!!! tu la dia kamus Besta yang aku dok ceghita tu. Diorang slalu pakai kamus tu untuk berkomunikasi dengan kami yang foreigner ni. Siap suruh kitaorang eja lagi perkataan dalam bahasa Inggeris. Jenuh la tiap kali nak bercakap tiap kali tu la nak mengeja. Kalau satu rangkap perkataan ada 10 patah perkataan, naya la nak mengejanya.
Memasak biskut traditional diorang..emm..tak ingat nama Thai tapi nama internationalnya Paper Rice cookies.
Selain dari xtvt star gazing kami juga diberi peluang untuk membuat pengecaman serangga dengan menggunakan kaedah skrin dan lampu. Nah, cuba la teka dari species apakah ini.


To be continue....