(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Friday, September 5, 2008

Creatures of Carey Island

Hari macam semalam jugak, hujan turun dari awal pagi kat P. Carey ni. Dengan semangat yang berkobar-kobar dengan demam yang belum kebah(demam+selesema+batuk) dapat jugak ambik data di 6 buah transect. Macam nilah keadaan P. Carey pagi tadi masa nak keluar pergi site. Gelap, kelam, pudar, kusam...

Hujan di sepanjang jalan. Macamanapun hujan kat area pulau tak sama macam di darat. The weather was sooooo unpredictable. Sekejap hujan turun dengan selebat-lebatnya. 15 minit lepas tu hujan berhenti serta merta, macam tadi takde ribut, angin, hujan. Matahari menyinar dengan terangnya. Tetiba time tengahari, hujan turun balik dengan selebat-lebatnya macam dah seminggu tak hujan.
Luckily, time sampai di site 1, hujan dah berhenti (buat seketika). Dapatlah mengambil data dengan tenang. Burung banyak keluar waktu selepas hujan. Antara data-data yang perlu diambil adalah seperti species burung, haiwan mamalia, serangga dan habitat analisis (kuadrat).


Ini adalah di antara serangga2 yang dapat ditangkap dengan menggunakan 'sweep-net'. Serangga2 ini kemudiannya akan di kira dan dibahagikan mengikut Order.Antara mangsa-mangsa...err...spesimen-spesimen yang diperolehi adalah dari Order Hemoptera, Coleoptera, Hymenoptera etc.
Selain serangga, data spesies haiwan lain juga diambil seperti tupai, kera, lotong. biawak, ular, babi hutan dan lain-lain. Ini adalah di antara member-member untuk bergurau senda semasa bosan. Anak kera tengah mamai baru bangun tido. Sian kena tinggal sekor-sekor. Member group yang lain dah kuar cari makan.... cian dia.


Encik memerang dan puan memerang (belakang dia)
Encik Wok (bewok) sedang menjemur baju (kulitnya)




Si Bambi. Hahaha...rusa ni sebenarnya dibela oleh Golden Hope estate. Ntah camne leh terlepas. Sempat amik pic dia sebelum kena hantar balik kandang. Comelkan...umur dia baru 5 bulan.

3 comments:

Me Ria & HIM said...

kuncop ingat nora tangkap belalang tu pasal nak goreng buat buka, teeheehee..
(my friend kata kaki belalang kalau dipangang sedap.. ye ke~??)

DrKong said...

saya suka post kali ini. sa nak tgk gajah ke, harimo ke kat Pulau Carey tu. Ada tak Nora?

Akula Nora said...

Belalang goreng???...err...

Thanks frisco.... ada gajah. Singa pun ada...ala2 mcm kartun madagascar. Ada dalam imaginasi sy...hehehehe