(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Monday, September 29, 2008

RAYA:Shopping Spree Vol.2

Shopping lagi!!! Kali ni di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Tempat ni memang terkenal sebagai kawasan bazaar hari raya. Tapi kali ni takdelah membeli apa pun. Sekadar sehelai tudung dan bunga api (bahaya ni kalau polis tau). Seronok menonton telatah orang ramai. Dari yang membeli, menjual hinggalah yang tak de wat pape pun. Ingatkan dah dekat nak raya ni KL lengang. Rupanya masih ramai lagi yang melepak di sini. Masing-masing turun shopping last minute sebab tahu harga barangan mesti akan turun, siap dilelong lagi. Memang murah banget sey...

Nilah Masjid Jamek Kuala Lumpur. Masjid ni terletak di antara pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang. Mana satu sungai Gombak dan sungai Klang pun tak tau. Anda carila sendiri ye..
View dalam bazaar Jln Masjid India dan baranagn yang dijual. Dari aksesori, kuih raya, baju raya kalau nak hantu raya pun ada kot...jengjengjeng


Kan dah cakap. Macam-macam ada....

Dalam banyak-banyak aksi kat bazaar ni, yang nilah paling best. Ini adalah satu taktik untuk mempromosikan bahan jualan. Tak silap dalam blog Kengkaru ada video aksi ni. Ni adalah aksi seorang penjual lelaki yang memakai baju kurung jualannya sambil memanggil pelanggan di luar gerai beliau. Huh...tekad sungguh mamat ni nak melariskan baju kurung dia.

Selepas habis berjalan dan bershopping shappan, kami (aku dengan member skolah, Iela) pun balik dengan hati yang senang lalala dan kaki yang penat....adeh.

Kesimpulannya: Kawan-kawan!! tahun depan aku nak shopping sehari sebelum raya. Baju raya murah crazy wei!!!!

Masjid India dan Masjid Jamek K.L

Pemandangan dari dalam Masjid India bercirikan ruang luas seperti istana di India.

Pemandangan luar Masjid Jamek Kuala Lumpur di waktu malam. Meriah dengan lampu-lampu.

Sunday, September 28, 2008

Being tagged

1. The who tag/pass you is?
Mr. Kengkaru

2. Your relationship with him/her is?
my sifu, abang and friend from UPM

3. Your 5 impressions of him/her?
- friendly
- caring
- warm
- good sense of humor
- good listener
- kind hearted..oh..terlebih suda...

4. The most memorable thing she/he had done for you?
.....a lot...and i'm gonna keep it for myself...hah!

5. The most memorable thing she/he had said to you?
he did't said but he sing it, actually we sing a duet song. I like that moment and i'm not a good singer though..

6. If she/he become your lover you will?
If what...? we're a lover...both of us were nature lover...hahaha..it can't be cause dia bilang dah ada cewek in k.k la. Dream on..

7. If she/he become your lover, thing she/he has to improve on will be?
...........

8. If she/he become your enemy, you will?
let's hope this thing would never be happen la..but i will always pray for his happiness. Just forgive and forget..selamat hari raya!!!

9. If she/he become your enemy, the reason will be?
.......err....kutuk ramlah ram?.....hehehe...jgn marah...

10. The most desired thing you want to do for her/him now is?
cook hari raya dishes for him b4 he went to n.z...

11. Your overall impression of her/him is?
Lovable person

12. How you think people around you will feel about you?
i don't know and i don't care :p

13. The characters you love of yourself are?
determine person

14. On the contrary, the characters you hate of yourself are?
stubborn..but in certain condition it become a good thing

15. The most ideal person you want to be is?
Nora Syahada..that's me

16. For people that care and like you, say something to them:
thank you for loving me...

17. Pass this quiz to 10 persons that you wished to know how they feel about you.
aiyaa...banyaknya...
1.ina 2. shikin 3. hilmi 4. amin 5. manny 6. snm 7. atul 8. ain *9. kengkaru *10. zai
* just answer Q 2-11 je...kasi chan..

18. Who is No.6 having relationship with?
with her childhood lover

19. Is No.9 a male or female?
Male definitely..

20. If No.7 and 10 are together, will it be a good thing?
huk...hahahaha....(ketawa sambil guling2 wat somersop) both are women la..

21.what is No.2 studying about?
MBA

22. When was the last time you had a chat with No.3?
Last week kot...kat YM

23. What kind of music band does No.8 like?
Indonesian band

24. Does No.1 have any siblings?
Yup, 4.

25. Will you woo No.3?
NEVER!!!

26. How about No.7?
ALSO NEVER!!!

27. Is No.4 single?
I think he 'It's complicated' person

28. What is the surname of No.5?
Muhaini Zain..her full name

29. What's the hobby of No.10?
bersiar-siar menghirup udara segar (from friendster)

30. Does No.5 and 9get along well?
Yea...we're in the same faculty

31.Where is No.2 studying at?
Universiti Malaya

32.Talk something casually about No.1?
She is my best teen-hood friend ever

33.Have you tried developing feelings for No.6?
Er...never in forever...

34.Where does No.9 live at?
Sipitang-Tambunan-Damansara

35.What colour does No.4 like?
True colour...hehehe..dunno green i guess

36.Are No.5 and 1 best friends?
No, they don't even know each other

37.Is No.7 the sexiest person in the world?
Ya...(from her husband point of view)

38.What is N0.6 doing now?
Gayut with her bf maybe or tido

pergh...byk giler soalan. Mcm final exam la plak...

Friday, September 26, 2008

RAYA : Shopping spree Vol.1

Hari ni hari Jumaat. Hari terakhir sebelum cuti raya dan pertengahan semester bermula di UPM ni. Hari ni fakulti lengang, menunjukkan ramai warga fakulti yang sudah bercuti dan pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran. Petang tadi selepas usai semua kerja dalam jam 3.00pm, aku dah meng'sign out'kan diri dari fakulti untuk menyempurnakan misi shopping raya aku. Jadi hala tuju yang seterusnya adalah ke Jusco Balakong untuk memulakan misi fasa pertama....hehehe...
Sekarang Jusco sedang mengadakan sale sampai 6 Oktober ni. Maka berpusu-pusulah orang ramai (termasuk aku) datang membeli-belah di sini. Suasana di Jusco agak lengang semasa aku tiba dalam jam 5. Sebelum tu aku telah melepak kat rumah K. Finie bersama dengan Hali untuk bersolat Asar dan berehat. Secara tak langsung, diorang ni dah menjadi rakan seperjuangan untuk misi raya aku tahun ni...ngeh...




Suasana mula sibuk sekitar jam 6 petang. Maybe ramai yang datang untuk berbuka puasa disini. Tapi keadaan takdelah sesibuk macam masa mula2 puasa hari tu. Walaupun ramai orang tapi takdelah sesak sangat. Ramai yang dah balik kampung rasanya. Ni yang best shopping last minute nih, takdelah berebut-rebut.

Dalam hingar bingar orang ramai, berjaya jugak aku menyelesaikan misi shopping kali ni. Dapat la beli baju raya dan kasut untuk adik aku, blouse, barangan peribadi 'ehem' sempena ulangtahun aku, petikan dari Kengkaru "orang Sabah bilang buang sial"....hehehe... Selain tu aku beli sandal baru, sebab sandal lama dah hancur. Kali ni pakai Bata je, tahan lama, made in Malaysia lagi. Lagi bagus dari sesetengah jenama yang femes, harga dahlah mahal tapi baru 3-4 bulan pakai dah berterabur tapak. Secara keseluruhannya, Jusco memang tengah sale sekarang ni. Cepatlah ke Jusco sebelum barang kehabisan stok...hehe..siap promote lagi ni.

Hasil misi hari ni



Barangan yang telah dibeli dan my new shoes



Sempat membeli sushi sebagai juadah sahur:kanikama(crab), california roll, ebikko dan my fav., stuff inari (sweet tofu)

In the end, lepas solat Maghrib, baru kami pergi berbuka di Secret Recipe. Meja pun dah banyak yang kosong, ramai yang berbuka terus lepas azan tadi. Bolehlah kami makan dengan tenang sambil berbual panjang.

Lupa plak, tengahari tadi sempat mendapat ole-ole dari Pacik Hamid yang akan bertolak pulang ke Tawau hari ni. Ni kuih cincin, kuih tradisional di Sabah. Hari tu masa ke Tawau aku lupa nak beli. Family aku memang suka kuih ni, rasa kuih ni macam kuih peneram kalau di semenanjung, cuma kuih cincin ni rangup dan tak semanis kuih peneram.

Thursday, September 25, 2008

RAYA : My Baju, My Cookies, My Phobia

Bersempena dengan bulan yang mulia ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dengan hati yang tulus ikhlas pohon maaf zahir dan batin. Maafkan jikalau ada salah dan silap, terkasar bahasa, tersilap cakap dan terusik hati.

My Baju Raya

Inilah baju raya tahun ni yang bertemakan coklat muda. Beli siap je, tak sempat nak tempah. Ni baju kurung cekak musang yang akan dipakai sekali dengan selendang bertona warna sama (selendang hadiah birthday from inche' Frisco)

My Cookies

Kali ni ambo nak menurunkan ilmu memasak dengan memberikan resipi chocolate chips cookies yang menjadi salah satu juadah kuih rayo ambo. Okey murid-murid, sila ambil pen dan kertas:

Bahan-bahan

  • 345g mentega (jangan guna marjerin, x sedap)
  • 230g gula perang
  • 60g putih telur (dlm 5 biji)
  • 200g tepung halus
  • 145g tepung naik sendiri
  • 115g tepung jagung
  • 200g coklat chip
  • 2 sudu teh/sudu kecil esen vanilla
  • kacang gajus/walnut/badam yg telah dibakar sehingga perang (dlm 15 minit dlm suhu 170 oC) dihancurkan sedikit.

Cara membuatnya:

  1. Gaul gula dan mentega sehingga kembang
  2. Campurkan putih telur dan gaulkan
  3. Masukkan kesemua tapung ke dalam adunan (tepung halus, naik sendiri dan jagung)
  4. Masukkan coklat chip dan kacang
  5. Susun adunan di atas dulang pembakar/tray mengikut saiz yang disukai. Peringatan: adunan mempunyai tepung naik sendiri, jadi biskut akan mengembang sekali ganda semasa dibakar.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 170 oC sehingga biskut masak/perang dlm 15 minit.
  7. Bila dah masak, sejukkan biskut di atas relai.

Ha, lebih kurang camni la biskutnye kalau dah siap. Ni aku sesaja wat besar2, ala2 cookies kat dalam Sesama Street. Budak-budak kecik suka yang saiz camni.


My Phobia

Tak tau nak describe apa benda nama phobia ni dalam bahasa saintifik. Tapi dah dekat 2 tahun kot aku mengalami phobia ni. Takde lah teruk sangan tapi bagi aku ni kes besar la jugak. Aku phobia nak balik kampung!!! Macam pelik je kan dengar benda ni, padahal semua orang bila raya excited nak balik kampung. F.Y.I kampung aku adalah tempat lahir aku di Tanjung Karang walaupun famili aku, termasuk nenek aku duduk kat Bandar Baru Bangi dan Kajang. Asbabnya phobia balik kampung adalah kerana takut dengan soalan2 yang akan ditanya oleh saudara mara dan rakan taulan saudara di kampung. Contoh soalannya adalah:

  1. Bila nak kahwin?(ni soalan yg paling popular)
  2. Anak si polan nak buat kenduri hujung bulan ni. Kak Ani bila nak sambut menantu? (ni orang selalu tanya kat mak aku)
  3. X: Dah ada boyfren ke belum? Aku: Tak de...sibuk. mana ada masa nak berkawan2 ni. X: La...yeke. Kesiannya. (aku paling benci perbualan picisan camni..huh)
  4. Tak de orang masuk meminang lagi ke? Takpe, nanti makcik kenalkan dengan anak sedara jiran sebelah rumah punya kawan punya sepupu kat London tu (London tu rekaan semata, tapi best jugak kalu dapat..muahaha)

Ha...ni adalah contoh sahaja. Ada macam2 lagi tau. Tapi macam biasa jawapan yang akan aku berikan:

  1. Tak boleh nak kahwin lagi. Saya masih belajar, takde duit. Kalau nak sponsor ok gak (ni loyar buruk punye)
  2. Tak jumpa lagi jodohnya...(ni sopan sket)
  3. Tengoklah...tahun depan kot...(ni jawapan sedang menaruh harapan sambil bohong sunat sket)
  4. Senyum sambil makan biskut raya, pastu cepat2 tukar topik mcm puji langsir rumah diorang, puji biskut raya, tanya nama jiran belakang rumah dan sbgnya..hehehe....

Ha...demikianlah cerita raya aku. Amacam? Ada yang senasib dengan aku?

Monday, September 22, 2008

Iftar@Seoul Garden P.J

Semalam (21 September) aku berkesempatan untuk berbuka puasa dengan member-member sekolah, Zati dan Ina. Zati datang dengan buah hatinya Apeq. Hari ni kami plan nak makan di restoran yang menyajikan makanan ala-ala Korea, Seoul Garden. Restoran ni telah direkemenkan oleh kawan, Hilmi, di mana beliau sendiri pun tak pernah merasa makan kat kedai nih...hahahaha... Restoran Seoul Garden, P.J ni terletak bersebelahan dengan Menara TM (di bangunan 3 segi..tak tau apa namanya) betul-betul bersebelahan jalan bertentangan dengan Angkasapuri.

Menara TM.

Sebelum ni tak delah perasan sangat kewujudan restoran ni, sebab restoran ni nampak meriah di waktu malam. Kami terpaksa booked meja sebab restoran ni memang sentiasa penuh semasa bulan puasa. Kami bernasib baik sebab masih tinggal beberapa meja lagi yang belum dibooked. Itu pun kat area luar kedai. Suka je aku dapat meja luar, dapat la melihat suasana malam kat tepi highway ni. Seoul Garden menyediakan makanan buffet macam daging lembu, ayam, ikan dan seafood galore yang telah dimarinate dengan rempah yang kemudian akan dimasak dengan cara grill dan bahan-bahan mentah untuk dibuat sup macam udang, bebola-bebola, meat cocktail, vegitable...emm..banyaklah..tak ingat. Tapi ni adalah di antara bahan makanan yang kami ambil.

Makanan buffet (mentah lagi kena masak dulu)
Seafood galore untuk sup

Marinated meat untuk di grill

Raw marinated fish and chicken, terpaksa campur masa ambil. Tak cukup pinggan.

Zai (miazai.blogspot)yang tengah belajar kat Korea pernah cakap hidangan yang dimasak kat atas meja ni dipanggil syabu syabu....bukan syabu dadah ye..diulangi syabu syabu. Sesiapa yang pernah menonton cerita Korea mesti pernah melihat adengan makan2 yang diorang masak kat tengah2 meja tu. Sempat jugaklah kami berangan jadi watak kat dalam cerita My Girl, Coffee Prince, Winter Sonata, Full House dan My Sassy Girl...hihihi


Selain tu terdapat hidangan lain seperti nasi goreng. Ada juga hidangan pencuci mulut seperti puding, buah-buahan, air batu campur(ABC) dan paling best aiskrim!! Semua hidangan ni boleh diambil sebanyak yang korang nak..unlimited. Nak makan sampai tumbang pun boleh.

Self-service ABC

Aiskrim aneka pilihan...slurp..

Aiskrim coklat kegemaran ramai Tak aci!!diorang kasi serve dalam mangkuk kecik je..takpe jap lagi leh amik lagi muahahaha
Aksi Makan-makan
Zati cuba menggayakan kemahirannya menggunakan chop-stick. Apeq wat muka poyoIna ngan aku tengah tunggu makanan masak...lambatnye nak masak. Dah lapo ni..
Aksi orang kebulor

Kekenyangan, bersepah meja lepas makan.

Hari ni kami makan sampai nak kenyang 2 hari. Berpadananlah dengan bayarannya, RM43 (termasuk service charge). Tapi memang puas hatilah dengan makanannya. Kita boleh ambil dan makan seberapa banyak yang kita nak tanpa had masa. Hah, apalagi, ramai la yang ambil sebanyak-banyaknya. Tapi make sure kena habiskan semua, sebab anda akan dikenakan bayaran RM3 bagi setiap 100g makanan yang tidak dihabiskan!

Monday, September 15, 2008

14th September

14 September 1983, tarikh di mana seorang puteri telah dilahirkan. Puteri ini telah dinamakan Nora Syahada. Dilahirkan dengan berat 2.5kg, pada jam 12.27 tengahari di Hospital Tanjung Karang Selangor. Masa berlalu dengan cepatnya.....
Ni gambar masa 6 bulan. 7 bulan...macam anak cina. Ada orang ingat mak ngan ayah aku amik anak angkat cina...huhuhu


1 tahun..ni bergambar dengan nenek. Masa ni tengah makan jagung.

2 tahun, bergambar dengan mak sambil tersenyum menampakkan gigi yang baru tumbuh.


3 tahun, sudah dibiasakan dengan alam semulajadi dan haiwan

4 tahun...bergambar control ayu


5 tahun, muka tak berpuas hati dengan replika aiskrim Cornetto. Nak aiskrim sebenar...waa..

6 tahun. Dah masuk tadika dan paling suka kalau dapat berjalan-jalan


Sunday, September 14, 2008

Reunion X-Dip (2001-2004)@Istana Budaya


Tarikh : 13 September 2008
Tempat: Istana Budaya




Lama tak jumpa kengkawan. Ada yang dah beranak pinak. Dah jumpa hari tu macam-macam nak dibualkan. Dah tu makan-makan lagi. Best betul hari tu. Majlis berbuka bermula jam 7.00 malam. Aku sampai di Istana Budaya jam 6.50, direct dari Pulau Carey. Meriah betul kafe time tu, penuh dengan orang yang nak berbuka puasa. Ramai geng kengkawan yang dah datang time tu. Masing-masing tengah beratur mengambil makanan. Ada yang datang dengan suami dan anak, ada yang datang dengan tunang, ada yang datang dengan pasangan...aku je yang sengsorang...huaa.... Whateverpun, makanan yang dihidangkan memang banyak. Ada macam-macam jenis, namakan je. Tapi kebanyakannya masakan Melayu la. Dari nasi, mee, bubur, pengat ke pelbagai jenis kuih muih disediakan. Memang berbaloilah dengan bayaran yang dikenakan. RM32 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak-kanak.


Makan Time






Ada pelbagai juadah yang disediakan. Main dish adalah nasi dan lauk pauk. Macam-macam ada, namakan aje. Pilih je yang mana berkenan di tekak.


Selain tu, juadah sampingan macam rojak, ketam dan udang bakar, roti canai, murtabak, sup ayam, cendawan, daging dan pengat pun disediakan.

Kalau dah makan mesti nak desertkan?. Ada macam-macam pilihan dari kuih muih melayu, puding, buah-buahan. ABC pun ada, boleh buat sendiri lagi.

Kawan-kawan



Sabotaj!!!

Beg dan sweater kawan-kawan yang menjadi mangsa. Kita lihat siapa yang kena!!!Ini rasanya beg dan sweater Syahmi....Yang ni beg Yani...


Huhuhu...pada yang terkena jangan marah ahh...yang pasti korang dah tau sape punye keje yang mensabotaj beg korang..muahahaha... Tapi yang paling best adalah nyanyian lagu happy birthday!! Yea!! Thank you kengkawan, siap ada band tu nyanyi lagu besday untuk aku. Terharu sungguh....


Di Taman Tasik Titiwangsa

Pemandangan KLCC di waktu malam dari Tasik Titiwangsa

Anak-anak dara dan bini-bini orang bergambo