New Year's Eve, aku masih terperuk di dalam lab menyiapkan data sheet project. Kalau diikutkan, aku tidak ada merancang apa2 aktiviti untuk malam tahun baru ini. Bagi aku, ia adalah seperti hari-hari yang biasa. Cuma ketika kebosanan teramat, aku keluar melepak sekejap di lab hidro Kak Finie dan terserempak dengan Hali yang juga kebosanan. Jam pun dah menunjukkan 7.00 malam, lantas kami merancang untuk keluar makan malam bersama selepas Maghrib nanti.
.
.
Malam itu, kami makan di restoran D'Tasik yang berdekatan dengan Uniten. Boleh tahan jugaklah restoran dan makanannya. Harganya pun masyuk jugak. Kami keluar berempat termasuk adik Hali, Im yang baru bertunang 2 minggu sudah. Selepas makan, kami membuat ad-hoc plan; merayau di Putrajaya. Emm...ok jugak memandangkan kami tidak membuat apa2 rancangan pada malam tersebut. Dalam perjalanan ke persimpangan Putrajaya, kelihatan kereta bersesak-sesak menuju ke arah yang sama.
Jam sudah menunjukkan 10.45 malam, setelah berdiskusi 8 mata, kami menukar rancangan ke Alamanda Putrajaya untuk menonton wayang. Tak kisahlah cerita apa, janji kedatangan kami ke Putrajaya tak sia2. Kami bernasib baik sebab kaunter tiket masih dibuka hingga jam 12 sempena tahun baru. Malam ni kami bercadang menonton 'Bedtime Stories' lakonan Adam Sandler. Memang kelakar habis cerita ni. Boleh mengubat hati sesapa yang berduka lara la kiranya. Cerita habis pada jam 1.30, kira kami sambut tahun baru dalam wayanglah. Malas nak bersesak ke Pusat Putrajaya semata2 nak tengok bunga api..huhuhu.. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah. Sempat lagi bergambar kat dalam Alamanda pepagi buta tu.
Snap sendiri; kat belakang kiri Hali dan Kak Finie. Duduk Im dan aku. Lihat, kosongnya Alamanda yang biasanya sesak di siang hari.
Siang pada tahun baru, aku ingat nak berehat-rehat je di rumah. Tetiba petang tu dapat call dari Ina (best friend dari skool dolu) ajak keluar dengan Zati (pun best fren dari skool dolu) sempena Zati dapat posting ke Sibu, Sarawak. Hahaha...sabar je la Zati. Ok pe dapat jadi cikgu di Sarawak. Banyak pengalamannya nanti.
Petang tu kami bergerak ke Alamanda Putrajaya (lagi). Takde apa-apa aktiviti cuma hang-out dan tengok wayang(lagi). Tak banyak cerita yang menarik, jadi 'Bedtime Stories' (lagi) menjadi pilihan diorang. Memandang cerita tersebut memang best, jadi aku tidak keberatan untuk menontonnya sekali lagi. Sementara menanti tayangan wayang pada jam 7 lebih nanti, kami pun merayau-rayau dulu di sekitar Putrajaya. Putrajaya kelihatan lengang sket petang tu. Jadi berseronoklah kami meronda-ronda di keliling Putrajaya dengan kereta yang di drive oleh Apeq, bakal tunang Zati (cheewah). Tu la... awal-awal dulu taknak kahwin. Kalau tak, takdelah kena posting jauh-jauh...aku membebel kat diorang berdua.
4 comments:
hepi new year ma sis...moga tahun ini memberi berkat dan kesihatan yang bagus buat kamu.
Thank you abang, harap2 begitu jugak. Sy baru je baik demam tahun baru ni.
Wah Nora..demam yeak.. ades, heharap dakutan kurang sakiet tahun neh...
fuh bila tengok gambo kat Putrajaya tu, rindu plak mo pi sana... lama dah tak pi...
ahaks.. neway..eppy New Year !
Kurang suda demam ni...batuk jak lagi. Meh la dtg ke sini. Amik gmbr byk2....
Post a Comment