So, Selasa lepas aku telah ke Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH) Puchong untuk survey kawasan yang akan dijadikan amali. Kapt. Dr. Mohd Zaki Hamzah, selaku pensyarah subjek, meminta agar amali kali ini di buat di kawasan bekas kabel elektrik yang ditinggalkan pada lewat 1980'an. Kawasan tersebut telah dibiarkan tanpa sebarang rawatan silvikultur sejak mula ia dilapangkan (lebih kurang 27 tahun lalu). Jadi bermulalah operasi mencari tapak di tengah rimba yang penuh mistik itu.
Separuh perjalanan menggunakan 4-wd, sebelum memulakan pendakian ke kawasan permatang di kompartmen 13 HSAH.
Entah kenapa sejak fakulti menuju ISO ni banyak betul benda yang diorang suka tekankan kat pelajar siswazah. Kali ni kami diminta untuk mengisi buku log tentang setiap aktiviti kajian yang telah dijalankan. Kira macam diari la ni. Adei....aku ingat student final year tak payah isi, tapi kena jugak. Jenuh jugakla aku kena isi dari awal research (tahun 2007) sampai la sekarang... kena tulis tangan...tu yang leceh...aiseyman..
Setelah dalam 30 minit mendaki, kami sampai ke kawasan yang dimaksudkan. Kelihatan kawasan telah diliputi dengan pokok2 renek dan resam (resam pak belalangkah? atau pak belang?...kuang...kuang..kuang)
Episod Lain.
Kami juga sempat mengutip biji benih pokok untuk di bawa ke tapak semaian. Biji benih dari regenerasi Dipterokarp adalah yang paling banyak dijumpai sekarang e.g Keruing Palas, Meranti Tembaga, Merawan Batu, Merawan Siput Jantan dll.
Episod Lain.
Entah kenapa sejak fakulti menuju ISO ni banyak betul benda yang diorang suka tekankan kat pelajar siswazah. Kali ni kami diminta untuk mengisi buku log tentang setiap aktiviti kajian yang telah dijalankan. Kira macam diari la ni. Adei....aku ingat student final year tak payah isi, tapi kena jugak. Jenuh jugakla aku kena isi dari awal research (tahun 2007) sampai la sekarang... kena tulis tangan...tu yang leceh...aiseyman..
Apa lagi...keje..keje...keje...
2 comments:
ISO...ada sorang lecturer citer ISO tu maknanya..." I Susah Ooo..." hehe ^_^
Memang "I Susah Ooo" pun, bikin semua org lain susah jugak.
Post a Comment