(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Saturday, January 24, 2009

Gong Xi Fa Chai!

Wishing you a prosperous Chinese New Year. Gong Xi Fa Chai...Xin Nian Kuai Le!!

Kisah: Anak Cina

Alkisah 1: Masa kecil dulu aku memang takde rupa anak Melayu, hatta anak Banjar. Menurut cerita mak aku, ada satu hari tu dia pergi ke pasaraya. Masa tu kami masih tinggal di Lurah Bilut, Pahang sebab parents aku mengajar kat sana. Tetiba tokeh kedai datang menyapa mak aku yang sedang mendokong aku, lalu tokeh tu trus tanya mak aku "Itu anak angkat ka?". Mak aku terus terpinga2 sebab tak faham apa maksud tokeh kedai tu. Pastu tokeh tu cakap "Ini amoi a..tada rupa malayu. Sama macam saya jugak. Manyak sepet oo u punya anak". Pastu mak aku punyerla gelak. (Ceh..apek ni. Cakapla aku ni comel ke, putih ke, cute ke...tang mata aku gak yang dia komen.). Kalau diikutkan, aku banyak ikut nenek sebelah ayah aku yang ada mix sikit dengan Jepun/Cina. Aku pun tak pasti sebab nenek ni dah meninggal, dan aku tak pernah jumpa dia. Even tak de siapa pun yang tahu kesahihan cerita tersebut sebab selepas atuk dan nenek aku berpisah, takde orang pernah jumpa dia. Ayah aku dibela oleh atuk belah ayah aku.



Alkisah 2
: Masa umur aku dalam lingkungan 4/5 tahun, aku dijaga oleh nenek aku di kampung, Tg. Karang Selangor. Nak dijadikan cerita satu hari tu ada nyonya jual ikan datang kat depan rumah nenek. Pastu terus dia sapa aku dalam bahasa cina. Dia tengok aku terdiam je, lantas nyonya ni terus cakap bahasa melayu "Nenet ada lumah ka?". Aku yang masih tergamam dengan sapaan nyonya tadi terus terdiam. "Aiya...lu tatak tinga ka?". Aku terus ketakutan sebab aku ingat nyonya tu nak tetak 'tinga' aku, terus berlari mendapatkan nenek aku kat dalam rumah. Pastu nenek marah kat aku sebab tak panggil dia awal-awal. Mana la aku tau, nyonya tu punya cakap pun aku tak faham...hehehe...


Alkisah 3
: Ini cerita masa aku dah masuk sekolah rendah pulak dalam darjah 4. Dulu kat kelas kitaorang ada kalendar birthday. Ada sorang mamat Chinese kat dalam kelas aku, tak tau kenapa masa besday aku dia bagi hadiah coklat. Aku baik dengan dia "as a classmate" la. Masa tu bebudak, mana tau erti suka or syok. Aku punyerla suka sebab dapat hadiah dari dia, sebab dia sorang je budak lelaki yang bagi hadiah. Bila dah besar panjang ni, aku fikir-fikirkan balik...baik nyer dia bagi hadiah kat aku. Coklat lagi tu...time tu mahal la jugak untuk budak sekolah (Coklat bar macam Van Houten rasanya...aku pun tak ingat coklat camner, tapi coklat la). Apakah itu? Lost contact dengan dia sejak masuk sekolah menengah sebab aku pindah ke Bdr Baru Bangi. Tapi dia memang baik dengan aku.


Kalau diikutkan banyak gak alkisah yang lawak pasal rupa aku yang bermata sepet ni. Sehinggalah aku meningkat remaja, di mana rupa aku dah berubah sedikit kemelayuan dan kulit aku tak seputih dulu (sebab selalu berjemur masa sukan ngan training tae kwon do...blame it on this!!). Sejak aku mula memakai tudung masa darjah 5, orang dah tak silap pandang aku sebagai amoi lagi. Dan aku tak segan untuk mengaku aku anak Banjar...hehehe

10 comments:

baincardin said...

Waah...ada tae kwon do Nora ni ye ^)^ dah pakai tali pinggang warna apa? ^_^

Splitzbz said...

Waa cumilnyer adek dalam gambar tu... hehe..

Akula Nora said...

Hehehe..boleh la kalau nak self defense tu Mr.Bain. Lama dah tak practise jurus2 melawan. Berkarat dah ni.

Ohohoho..tq Splitzbz. Sama gak adek tu bila dah besar.

eksp said...

hahaha... mata sepet... hahahhaa

=p

DrKong said...

come nye...
kong hei fatt choii too nOra

Anggerik Hutan said...

hehehe msian skunk kan byk rupa dah...melayu cam cina,cina cam melayu,india cam melayu..mcm rojak dh..kihkihk

kat korea mmg ada sambutan gak tapi dipanggil "설날" sol nal...

Akula Nora said...

hilmi: :p

kong: xie xie da-ge, xin nian kuai le.

anggerik: muka macam rojak hahaha... neway, happy sol nal zai..

Anonymous said...

Gong Xi Fa Chai
Xin Nian Guai le.

Ang Pau ??

Sabiah said...

eheheh...

dari kecik sampai besor,xberubah muka tu ye.yg pasti,sepet tu tetap same...

Akula Nora said...

xin nian kuai le tikno. Ang pau, bu yao le...

still single ma..


Huhuhu...tu la sab, bak kata org malaysia, awek muda...eh..awet muda :p