(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, November 12, 2008

Day 2 in Bangkok: Kisah 2

Selepas sarapan pagi, semua peserta di bawa berjalan2 di sekitar KU. Program hari ini adalah untuk menyusuri sungai Chao Praya; sungai terpanjang di Asia Tenggara: dengan menaiki bot. Kemudian kami akan melawat Wat Pho, iaitu kuil tertua di Bangkok dan dianggap sebagai universiti pertama di Thailand sebab dulu kuil ni jadi tempat pengajian Buddha yang pertama di Thailand. Selepas tu kami akan melawat Siam Museum yang berhampiran dengan Royal Grand Palace.
Pemandangan di sekitar KU (clockwise); Berjalan-jalan di pagi hari; Kafe yang comel ala-ala macam kat dalam cerita Coffee Prince di Korea (tak caya tanya Zai!!); Tempat parking basikal yang berhampiran dengan sungai. Kalau bengang dengan orang yang parking basikal tak betul, campak je beskal dia kat dalam sungai tu...muahahaha!!!!! ; Idea yang kreatif, sebuah gazebo yang dibina dari susunan pasu2 kecil.
Seterusnya kami menaiki bas awam untuk ke jeti bot. Macam2 informasi dan cerita yang disampaikan kepada kami yang foreigner ni. Macam rombongan pelancong pulak rasanya. Walaupun kadang2 kami tak faham apa yang student2 dari KUFF ni cakap (sebab English diorang agak 'luar biasa')kami buat faham je la. Nak berbual dengan diorang pun kena pakai simple words, tak perlu present or past tense, just a basic word. Macam kalau kita nak tanya "What is your major program in Forestry course?" confirm diorang ternganga, so kena la cakap "Your major you study" baru diorang faham. Tapi aku memang respect la kat diorang, walaupun ada masalah komunikasi dengan kami yang tak tau berbahasa Thai ni, diorang tetap bersemangat dan berusaha untuk bercerita dan bersembang dengan kami. Siap ada yang bawa electronic dictionary tu...jenama Besta (yang Dr. Fazlee dok jual kat Malaysia). Last2 dengan kitaorang skali cakap Thailish slang all the time. Tu belum lagi aku tersasul berbahasa Indonesia bila berborak dengan kak Finie dan Pacik. Gara2 berborak dengan student IPB, Edo dan Nanin, sampai bercampur aduk dah B.M kami.
Pemandangan disepanjang sungai Chao Praya.

Persedian untuk perayaan Loy Krathong pada malamnya. Oh...hari ni adalah hari Loy Krathong. Nanti che' ceghita pasal perayaan ni ye.

Wat Pho

Wat Pho ni adalah di antara salah satu kuil yang tertua di Thailand. Dalam kuil ni terdapat patung 'Sleeping Buddha' yang diperbuat dari emas sepanjang 46m dan 15m tinggi. Kuil ni merupakan pusat pengajian awam yang pertama ditubuhkan di Thailand. Sekarang ia hanya dijadikan sebagai tempat beribadat penganut agama Buddha dan sebagai tempat pelancongan.

Inilah patung 'Sleeping Buddha' yang diperbuat dari emas tulen. Bahagian kaki patung ni terdapat ukiran tentang sejarah kegemilangan kerajaan Ayutthaya yang diukir dengan mutiara asli atau Mother of Pearl.

Antara ukiran dan patung-patung lain di sekitar Wat Pho yang aku rasa diperbuat daripada emas jugak....emmm...

Museum of Siam

Destinasi yang seterusnya adalah Siam Museum yang berhampiran dengan Wat Pho dan Royal Grand Palace (Istana Raja Thailand). Siam Museum ni tak delah besar sangat, tapi muzium ni penuh dengan informasi dan sejarah masyarakat Thai. Bahan pamerannya pun sangat berinformasi dan interaktif. Kami pun tertarik dengan slot2 video cerita yang disediakan pada setiap bahagian pameran yang telah dibahagikan kepada beberapa era di dalam pemerintahan Thai.
Bergambar kenangan di hadapan Siam Museum. Barisan hadapan: Nanin(Indonesia), Keela, Oui dan Chad (Thai), Hoai (Vietnam), Mod(Thai), K.Finie, aku dan Pacik Hamid(London hehehehe). Barisan belakang: Kidie(Laos), Aoff dan Kim(Thai),Edo (Indonesia), Thiet(Vietnam) dan Heen(Laos).
Bahan pameran yang terdapat di Siam Museum.

Setelah habis lawatan di muzium dalam jam 2.30, kami pun bergerak meninggalkan Siam Museum dan berjalan-jalan di sekitar Bandar Bangkok yang sentiasa sibuk dengan aktiviti penduduknya.

3 comments:

DrKong said...

wah...adakah air minuman di sana terjamin Nora?

Akula Nora said...

kami minum air mineral kebanyakan masa. Tapi air paip dorang kuat tul bau klorin, kulit pun kering semacam lepas mandi.

Anggerik Hutan said...

hahaha yg paling best tu prking beskal die..tul la,rase tak puas hati je apa lagi tolak je trus..kihkih
bersih tak akk..kalo bersih leh terjun skali hehehe