12.11.2008: Seawal jam 6 pagi lagi aku dah bangun untuk mandi dan bersiap. Di sini waktu paginya awal, jam 4.50 dah masuk waktu subuh. Jam 6 tu dah macam 6.45 pagi di Semenanjung Malaysia. Setelah bersiap dan berkemas2 serba sedikit, kami turun dari bangunan hosti (hostel+fakulti... :p) pada jam 7 untuk sarapan pagi. Matahari dah menyinar dengan cerlangnya. Sarapan pagi disediakan di kantin fakulti (macam Kafe Rimba, tapi kecik sket). Di sini, Kasetsart University, makanan halal memang susah nak dapat. Kebanyakan pelajar Muslim di sini hanya makan di kedai vegetarian atau membawa bekal sendiri. Kalau nak kedai yang menyediakan makanan halal, memang ada, tapi nun kat luar kampus. Adalah dalam sekilo meter jalan. Samalah dengan masalah kami student Muslim yang menyertai program ni. Makanan yang disediakan oleh pihak fakulti memang 'bebas pork' dalam masakan dan sebagai gantinya daging ayam digunakan di dalam masakan. Cuma kami ragu-ragu dengan sumber daging ayam itu diperolehi dan cara penyembelihannya. Nasib baik dalam ramai2 staf yang bertugas untuk program ni, ada seorang yang beragama Islam. Nama dia Nureen, pure orang Bangkok. So dengan dialah tempat kami merujuk tentang sumber makanan kami. Kalau dia kata ok, makanlah kami dengan bestnya. Kalau dia cakap, I'm not sure or I don't know, jadi vegi la kami jawabnya. Kalau ada hidangan masakan seafood, kami kira dah bernasib baiklah tu.
Pagi tu hidangan yang disediakan adalah bubur sup ikan. Satu yang aku tengok orang Thailand ni suka makan nasi dengan sup untuk sarapan. Tak kisahlah bubur ke, nasi putih ke, nasi ayam ke...yang penting nasi. Lagi satu diorang suka minum air sejuk masa sarapan. Siap ais lagi tu. Tak sejuk ke diorang? Aku, kak Finie ngan pacik Hamid dah menggigil pagi tu sebab minum air ais!!!!
Satu benda yang yang aku perasan kat Thailand ni, nisbah anjing dengan kucing memang jaaaaaaauuuuuuuuhhhh berbeza. Mana2 aku pergi mesti terserempak dengan anjing atau soknag dalam bahasa tempatan. Memang susah nak jumpa kucing. Padahal sejenis kucing telah dinamakan sempena negara diorang iaitu Kucing Siam. Kat KU ni memang takde kucing langsung. Yang berpeleseran selalunya anjing, dah la tu, terlebih peramah lak tu. Kalau jumpa orang mesti nak 'sapa'. Siap bergesel2 macam kucing lagi. Bab ni yang aku cuak sket. Aku memang suka binatang, termasuklah anjing...suka tengok je la. Kadang2 aku terpaksa menggunakan kawan aku, Mod, student Thai, untuk jadi perisai aku sebab anjing tu tetiba berlari dengan gembiranya nak 'sapa' aku. Apalagi, keluarlah jeritan 'Mariah Carey' aku yang boleh buat gegendang telinga dan saluran koklea orang pecah. Dahla tu bila aku 'shoo' anjing tu dia wat muka blur je. Aku tak sampai hati nak baling batu, kesian wooo.... Rupe2nya anjing tu tak paham bahasa lain. Dia paham bahasa Thai je....alahai... Last2, student Thai tu ajar aku nak halau anjing (dlm bhs Thai) cakap je bah..bah (takde kena mengena dengan Sabah Bah).
Perkenalkan soknag kesayangan KUFF : Bai O(atas). (Gambar bawah): Lihat!!!anjing di mana2!!!
Satu lagi fakta manarik (menarik kot) kucing kat Bangkok ni mesti dipakaikan kolar/rantai. Tak kisahlah kucing belaan atau jalanan. Kucing dengan satu kolar maksudnya under treatment atau dalam vaksinasi dan dua kolar maksudnya kucing tu bertuan. Macamana kalau yang takde kolar? Ha...jawabnya kucing tu akan dimasak!!! Sungguh, kat Bangkok ni ada gerai jual masakan daging kucing. Sebab tu kucing kat sini boleh di kira dengan jari.
6 comments:
haha..kala anjing kena masak dipanggil Sam Lok.. kalau kucing dimasak di panggil ??? entah..hehe!
Shooo..shooo itu anjing...turun kau dari meja makan tu. ciss!!
tak tau la diorang panggil apa, tapi ada sorang student thai tu ckp diorang wat panggang je.Pastu cicah kuah macam ayam percik...errgghh..
Bukan shoo tapi bah....bah... anjing tu tak paham bahasa luar...hahahaha
hahaha kalo kat korea plak akk..anjing besar n kucing mmg ssh gile nak jumpe..sbb kat sini dieorg masak daging anjing..kucing tak sure plak..a'ah kwn zai ade ckp kat thai tu apa yang dieorang tak mkn sume makan kak...huhuhu
err... makan kucen? siannya.... tak sampai hati nak makan (T_T)
kesiannnnn...apehal la diorg mkn kuceng ni??!! babap kang :p mkn je la anj tu :p
Betul tu zai...akak rasa diorang makan semua kot...termasuk batu ngan kayu.
Dahsyat hilmi....suka benar gaknye diorang makan kucing tu sampai nak pupus kat sana.
Babap pun diorang makan, anjing pun diorang makan jugak. Tp akak rasa kucing paling mendpt sambutan kot....
Post a Comment