Pemandangan di sekitar KU (clockwise); Berjalan-jalan di pagi hari; Kafe yang comel ala-ala macam kat dalam cerita Coffee Prince di Korea (tak caya tanya Zai!!); Tempat parking basikal yang berhampiran dengan sungai. Kalau bengang dengan orang yang parking basikal tak betul, campak je beskal dia kat dalam sungai tu...muahahaha!!!!! ; Idea yang kreatif, sebuah gazebo yang dibina dari susunan pasu2 kecil.

Pemandangan disepanjang sungai Chao Praya.
Persedian untuk perayaan Loy Krathong pada malamnya. Oh...hari ni adalah hari Loy Krathong. Nanti che' ceghita pasal perayaan ni ye.
Wat Pho ni adalah di antara salah satu kuil yang tertua di Thailand. Dalam kuil ni terdapat patung 'Sleeping Buddha' yang diperbuat dari emas sepanjang 46m dan 15m tinggi. Kuil ni merupakan pusat pengajian awam yang pertama ditubuhkan di Thailand. Sekarang ia hanya dijadikan sebagai tempat beribadat penganut agama Buddha dan sebagai tempat pelancongan.
Inilah patung 'Sleeping Buddha' yang diperbuat dari emas tulen. Bahagian kaki patung ni terdapat ukiran tentang sejarah kegemilangan kerajaan Ayutthaya yang diukir dengan mutiara asli atau Mother of Pearl.
Antara ukiran dan patung-patung lain di sekitar Wat Pho yang aku rasa diperbuat daripada emas jugak....emmm...
Destinasi yang seterusnya adalah Siam Museum yang berhampiran dengan Wat Pho dan Royal Grand Palace (Istana Raja Thailand). Siam Museum ni tak delah besar sangat, tapi muzium ni penuh dengan informasi dan sejarah masyarakat Thai. Bahan pamerannya pun sangat berinformasi dan interaktif. Kami pun tertarik dengan slot2 video cerita yang disediakan pada setiap bahagian pameran yang telah dibahagikan kepada beberapa era di dalam pemerintahan Thai.
Bergambar kenangan di hadapan Siam Museum. Barisan hadapan: Nanin(Indonesia), Keela, Oui dan Chad (Thai), Hoai (Vietnam), Mod(Thai), K.Finie, aku dan Pacik Hamid(London hehehehe). Barisan belakang: Kidie(Laos), Aoff dan Kim(Thai),Edo (Indonesia), Thiet(Vietnam) dan Heen(Laos).
Bahan pameran yang terdapat di Siam Museum.
Setelah habis lawatan di muzium dalam jam 2.30, kami pun bergerak meninggalkan Siam Museum dan berjalan-jalan di sekitar Bandar Bangkok yang sentiasa sibuk dengan aktiviti penduduknya.


3 comments:
wah...adakah air minuman di sana terjamin Nora?
kami minum air mineral kebanyakan masa. Tapi air paip dorang kuat tul bau klorin, kulit pun kering semacam lepas mandi.
hahaha yg paling best tu prking beskal die..tul la,rase tak puas hati je apa lagi tolak je trus..kihkih
bersih tak akk..kalo bersih leh terjun skali hehehe
Post a Comment