13.11.2008-Hari ketiga kami di Bangkok. Pagi itu, selepas bersarapan kami bertolak ke Khao Yai National Park. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari kota Bangkok ke Khao Yai National Park (K.Y.N.P). Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan bukit bukau dan kawasan penanaman padi yang saujana mata memandang. Difahamkan bahawa pertanian adalah penjana ekonomi yang utama bagi penduduk di kawasan utara Thailand ini.

Kami tiba di gate K.Y.N.P hampir jam 10.30 a.m. Sebelum meneruskan perjalanan ke h.q K.Y.N.P, kami sempat menyinggah dulu ke Heaw Narok Waterfall. Heaw Narok Waterfall adalah air terjun yang terbesar dan tertinggi di K.Y.N.P ini. Air terjun ini berketinggian 150 meter dan mempunyai 3 tingkat air terjun. Ketika kunjungan kami, K.Y.N.P ini sedang mengalami musim panas (suhu sekitar 26
oC), dikatakan ketika musim hujan, kawasan di sekitar Haew Narok Waterfall adalah berbahaya kepada pelawat kerana dikhuatiri berlakunya banjir dan aliran air sungai yang deras secara tiba
2 (kepala air kalau orang Malaysia cakap). 
  Berposing mercu tanda Haew Narok Waterfall.
Berposing mercu tanda Haew Narok Waterfall.
 Pemandangan di sekitar Haew Narok Waterfall.
Pemandangan di sekitar Haew Narok Waterfall.
Gajah oh Gajah
Semasa berjalan menuju ke waterfall, aku ternampak satu kesan tapak kaki gajah betul2 bersebelahan dengan trail. Kesan tapak kaki tersebut kelihatan masih baru, mungkin pada awal pagi tadi gajah tersebut telah melalui denai hutan yang melintasi trail tersebut.
 Tapak kaki gajah. Mungkin anak gajah sebab saiz tapak kaki yang kecil.
Tapak kaki gajah. Mungkin anak gajah sebab saiz tapak kaki yang kecil.
 
Cerita di sebalik pagar
Semasa hampir ke destinasi, waterfall, terdapat sebuah pagar lama yang menutupi di sepanjang kawasan tebing sungai hinggalah ke atas bukit. Pagar tersebut berkemungkinan berusia lebih dari 100 tahun yang dibuat dari batu dan kawat duri. Menurut cerita, pagar tersebut dibina bagi menghalang gajah dari melintasi kawasan sungai yang berhampiran dengan air terjun. Dahulu pernah terdapat beberapa ekor gajah yang mati lemas ketika berenang melintasi sungai akibat aliran air yang deras terutamanya di musim hujan. Orang Thai juga sangat memuja gajah, hinggakan mereka sanggup membina pagar bagi menghalang haiwan tersebut menghampiri air terjun. Trail pejalan kaki dibina melintasi pagar tersebut dengan sebuah pintu kecil bagi laluan pelawat. Penduduk tempatan biasanya akan meletakkan bunga pisang (Heleconia) di satu sudut di tepi pintu pagar dan berdoa agar gajah di kawasan tersebut akan selamat. 
 Sebahagian dari pagar
 Sebahagian dari pagar
 Pintu kecil bagi kegunaan pelawat
Pintu kecil bagi kegunaan pelawat
 Ukiran gajah putih di bahagian atas tembok pagar.
 Ukiran gajah putih di bahagian atas tembok pagar.
 Bunga pisang dan patung gajah (yang mungkin dah berpuluhan tahun usianya) sebagai tanda mendoakan kesejahteraan haiwan tersebut.
Bunga pisang dan patung gajah (yang mungkin dah berpuluhan tahun usianya) sebagai tanda mendoakan kesejahteraan haiwan tersebut.
Heaw Narok Waterfall



 
Khao Yai National Park

Perjalanan kami kemudiannya diteruskan menuju ke h.q Khao Yai National Park. Udara dingin sudah mula terasa memandangkan kami sudah berada pada ketinggian hampir 1000m a.s.l. KYNP adalah merupakan taman negara yang terbesar (2, 168km2) di Thailand. KYNP ditubuhkan pada tahun 1962 dan juga merupakan salah satu taman negara tertua di negara Gajah Putih itu. 
Kawasan hutan di KYNP ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tropical moist evergreen forest, dry evergreen forest, dry deciduous forest, bamboo forest, hill evergreen forest dan grassland. Pihak pengurusan KYNP akan membakar kawasan grassland sekali dalam setahun bagi mengelakkan berlakunya proses penyesaran(di mana spesies pokok berkayu akan menggantikan rumput) kerana kawasan berumput atau grassland ini merupakan kawasan sumber makanan utama bagi rusa, gajah dan gaur (macam seladang).

Dry evergreen forest

Grassland
KYNP juga merupakan kawasan tadahan air yang penting dan mempunyai sebuah reservoir (kolam tadahan air) yang menyimpan air bagi penduduk di sekitar KYNP dan akan membekalkan air bagi aktiviti pertanian di kawasan kaki bukit di sekitar KYNP. Sumber air ini adalah sangat penting bagi penduduk di kawasan pedalaman dan di sekitar KYNP terutamanya ketika musim kering.


Sai Sorn Reservoir
KYNP Head Quarters
Setelah tiba di hq, kami telah disajikan dengan hidangan makan tengahari. Bagaimanapun, kami yang muslim terpaksa menjadi ala2 vegitarian hari ni sebab daging ayam yang disediakan tak halal... tapi tak mengapa, nasib baik kitaorang ada membawa bekal serunding atau dalam bahasa Indonesia dipanggil abon yang dijadikan sebagai lauk gantian kepada kami. Lupa nak bagitau, trip kami kali ini disertai oleh 2 orang observer dari UK, iaitu Katherine dan John yang merupakan wakil dari Eden Project di UK (United Kingdom ok...bukan Ulu Kelang). Katherine ni sebenarnya seorang vegi, tapi lately dia menjadi veg-egg sebab dia makan sayur dan telur. Bila aku tanya kenapa, dia cakap "It's hard to resist the Thai food, you know...and sometimes it's much difficult to find a vegitarian food around here"...emm..alasan yang munasabah jugak sebab kalau tengok hidangan makanan diorang memang melelehlah saliva, kalau peminat tom yam tu, jangan jelas na, kitaorang makan tomyam sea food hari2 sejak dari hari tu. Lepas tu masakan sayuran mereka pula selalunya dicampur dengan udang dan minyak ikan...memang tak vegi langsung la. Selalunya si Kata(nama manja minah ni) join makan skali dengan kitaorang sebab berkongsi lauk yang sama. Si John ni pulak, segala benda dia taram (kucing aku tak sure plak...).
Di bangunan hq KYNP terdapat sebuah pokok Ipoh (Antiaris toxicaria) yang sangat tinggi dan berusia ratusan tahun. Pokok Ipoh ni tumbuh di dalam kawasan bangunan (jap...rasanya diorang sengaja bina bangunan di atas kawasan pokok ni). Pihak pengurusan mungkin sengaja tidak menebang pokok tersebut dan dijadikan sebagai tarikan di situ.




 
Aktiviti di petang hari: 4w/d Sight-seeing
Selepas lunch dan berehat sekejap, kami meneruskan aktiviti dengan melawat kawasan di sekitar KYNP dengan menaiki truck. Aku dan Kak Finie memilih untuk berdiri walaupun terdapat seat di bahagian belakang truck tersebut (bebudak lain berebut nak duduk, jadi tak kisahlah kalau kami bediri). Bagi aku berdiri memudahkan aku untuk meninjau keadaan di sepanjang jalan dan mengambil gambar tentunya...(jangan tiru aksi kami melainkan anda adalah seorang penumpang truck yang profesional...ngehngehngeh)

Beginilah ghupernya keadaan kami bila menaiki truck untuk aktiviti observation. Menjimatkan ruang dan praktikal.
View di sepanjang perjalanan







 
Pa Deo-Die Cliff (Rom Mountain ridge scenary)




 
Some wildlife in KYNP


The Pig-tailed macaque
Sambar deer (agak jinak)
 
 
The flora
 
Wildlife Night Observation
 Malamnya, dalam jam 9 lebih, kami melakukan aktiviti wildlife observation. Aktiviti yang memang aku nanti2kan jugakla sebab diorang cakap waktu malamlah kami berpeluang untuk melihat pelbagai haiwan nocturnal dan mamalia besar seperti rusa, muntjack, gajah dan imau(harimau). Dengan perasaan yang berkobar2, kami meredah kedinginan malam (sejuk...macam kat New Zealand :p, 10oC) dengan harapan dapatlah melihat haiwan-haiwan tersebut secara live.
Malamnya, dalam jam 9 lebih, kami melakukan aktiviti wildlife observation. Aktiviti yang memang aku nanti2kan jugakla sebab diorang cakap waktu malamlah kami berpeluang untuk melihat pelbagai haiwan nocturnal dan mamalia besar seperti rusa, muntjack, gajah dan imau(harimau). Dengan perasaan yang berkobar2, kami meredah kedinginan malam (sejuk...macam kat New Zealand :p, 10oC) dengan harapan dapatlah melihat haiwan-haiwan tersebut secara live.

Berhimpitan di atas lori/truck, macam PATI kena tangkap polis
Dan hasilnya....
Kami bernasib baik kerana pada malam tersebut cuaca baik dan bulan bersinar dengan terangnya. Maka dapatlah kami berjumpa dengan makhluk2 ni..

Payau

Rusa
Dan yang ni paling best....best yang teramat. Sangat(8x) gembira, suka, best, seronok macam dapat jumpa jejaka idaman.

ENCIK GAJAH PUTIH!!!!!! The most rarest species and so difficult tu see, but I saw it in KYNP. It's maybe once in a life time chance. I was so lucky to have this experience; the chance to face this species as live in action and in wildly(kat zoo tak main la)... Tak tido malam aku dibuatnya.

This one also. Tapi ni Cik Gajah. Dapat snap sikit je sebab terlalu dekat dan berbahaya buat kami.
Selain tu kami telah ternampak landak, muntjack, musang dan kucing hutan. Tapi tak de sapepun sempat tangkap gambar sebab gelap dan of course la makhluk tu dah lari jejauh.
To be continue lagi.....