Today is Sunday. Hari untuk bermalas-malasan. Hari ni juga merupakan Hari Kemerdekaan yang ke-51 Malaysia. Cadang hari ni nak berehat-rehat sahaja di rumah memandangkan esok akan bermulanya Ramadhan. Rasanya tahun ramai orang yang hanya melakukan aktiviti-aktiviti santai dan berehat-rehat saja di rumah daripada berkumpul di Dataran Merdeka melihat perbarisan. Lagipun acara macam tu boleh ditonton di kaca tv, sambil baring2 makan maruku kat rumah.
Sebenarnya, bukan rakyat Malaysia dah tak ada rasa semangat untuk menyambut kemerdekaan. Cuma tahun ini rasanya lebih ramai orang yang lebih excited menyambut Ramadhan yang akan disambut esok, berbanding menyaksikan konsert2 dan perarakan yang diadakan setiap tahun. Perayaan Hari Kemerdekaan tak semestinya disambut dengan pekikan dan laungan 'MERDEKA' 3x dan akhirnya sakit tekak dan kepenatan tanpa penghayatan erti kemerdekaan. Tak perlu juga memasang bendera pada kenderaan dan memandunya ke hulu hilir dan akhirnya bendera itu tercampak ke atas tanah jua. Apatah lagi ada yang cuba menunjukkan rasa kebangsaannya dengan memakai Jalur Gemilang sebagai pakaian dan akhirnya pakaian itu akan berbau hamis dek peluh dan disumbat saja ke dalam washing machine untuk dicuci.
Bergantunglah kepada individu itu sendiri bagaimana mereka menghayati erti kemerdekaan yang ada pada negara, bangsa dan diri kita sendiri. Tak perlulah setiap kali 31 Ogos semua kakitangan kerajaan dan pelajar IPTA/S dikerah untuk mengikuti kempen2 menghayati Hari Kemerdekaan dengan berarak dan menghadiri majlis2 yang berkaitan dan yang mana akhirnya mereka-mereka itu datang kerana terpaksa atau untuk mengutip kredit agar dapat naik pangkat atau stay kolej (pernah kena ni).
Biarlah kita menghayati kemerdekaan dengan rasa kesyukuran dan rasa berterima kasih kepada pejuang-pejuang yang bermatian menuntut kemerdekaan negara dulu. Cukuplah dengan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia, tanpa malu mengaku anda sebenarnya seorang penggemar belacan, cencaluk, tempoyak, budu dan tidak ketinggalan petai dan jering...hehehe
Sempena hari kemerdekaan ini, saya rasa bersyukur kerana dapat menikmati hari-hari dengan aman damai di tanah negara sendiri. Tak perlu risau nak kena bom atau menjadi pelarian di dalam negara sendiri. Sedih rasanyakan kalau itu yang terjadi?
Jadi apo yang eden buek maso cuti2 cenggini? Heheheh...Selain dari buek taik mato, eden sibuk membaco komik yang dipinjam dari kawan eden si Hali. Best jugak wat marathon baca komik nih. Selalunya sibuk baca jurnal dan buku untuk reference projek. Hari ni bantai baca komik je. Kira nak merdekakan diri dari stress la ni. Minggu depan dah start fieldwork. Jadi kita rehat2kan minda supaya kerja kita lebih efisyen dan lancar. Yea.....berusahalah!!!
KEPADA TEMAN-TEMAN, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-51. SEMOGA APA YANG KITA NIKMATI KETIKA INI AKAN KEKAL HINGGA KE GENERASI-GENERASI YANG SETERUSNYA.
No comments:
Post a Comment