(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Monday, August 25, 2008

Gambatte!!!

Minggu ni adalah hari untuk menyibukkan diri dengan kerja-kerja persiapan nak ke P.Carey. Ya... untuk pengetahuan anda semua, Pulau Carey terletak di sebelah barat Selangor, berhampiran dengan Pelabuhan Klang, bukan terletak di kepulauan Carribean mahupun Tahiti (seperti yang difikirkan oleh beberapa sahabat yang agak kureng dengan peta Malaysia). Persiapan yang nak dimaksudkan adalah menghantar borang2 pinjaman peralatan (binocular, laser range finder dan sweep net).

Dah selesai hal pinjaman peralatan, kena wat follow up dengan orang Golden Hope Research Center berkenaan dengan penginapan, pengangkutan dan lain2. Setakat ni, alhamdulillah... takde masalah dengan hal2 penginapan dan lain-lain.


Dan kerja yang paling2 leceh adalah...jumpa penasihat untuk laporkan data dan proggres kerja. Ha....mesti korang ingat aku tak siap kerja, so malas jumpa penasihat. Sebenarnya bukan tak siap kerja, tapi punyalah payah nak jumpa penasihat aku yang sorang ni iaitu Prof. Madya Dr. Z. Beliau ni sibuk betul, kejap kat Kuching, pastu tetiba kat Kedah, sat lagi kat KL ada conference. Minggu ni pun sama. Ntah mana beliau ni pegi. Selalunya student yang lari tak nak jumpa pensyarah...tapi ni dah terbalik dah. Heh.... Nasib baik keje yang beliau bagi (marking paper 1st test, update attandance, buat attandance sheet baru, renew manual amali, project proggres report) dah siap. So dapatlah pergi ke P.Carey next week dengan dengan senang hati sambil lalala...


No comments: