
KEPADA TEMAN-TEMAN, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-51. SEMOGA APA YANG KITA NIKMATI KETIKA INI AKAN KEKAL HINGGA KE GENERASI-GENERASI YANG SETERUSNYA.

KEPADA TEMAN-TEMAN, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-51. SEMOGA APA YANG KITA NIKMATI KETIKA INI AKAN KEKAL HINGGA KE GENERASI-GENERASI YANG SETERUSNYA.
Dah selesai hal pinjaman peralatan, kena wat follow up dengan orang Golden Hope Research Center berkenaan dengan penginapan, pengangkutan dan lain2. Setakat ni, alhamdulillah... takde masalah dengan hal2 penginapan dan lain-lain.
Dan kerja yang paling2 leceh adalah...jumpa penasihat untuk laporkan data dan proggres kerja. Ha....mesti korang ingat aku tak siap kerja, so malas jumpa penasihat. Sebenarnya bukan tak siap kerja, tapi punyalah payah nak jumpa penasihat aku yang sorang ni iaitu Prof. Madya Dr. Z. Beliau ni sibuk betul, kejap kat Kuching, pastu tetiba kat Kedah, sat lagi kat KL ada conference. Minggu ni pun sama. Ntah mana beliau ni pegi. Selalunya student yang lari tak nak jumpa pensyarah...tapi ni dah terbalik dah. Heh.... Nasib baik keje yang beliau bagi (marking paper 1st test, update attandance, buat attandance sheet baru, renew manual amali, project proggres report) dah siap. So dapatlah pergi ke P.Carey next week dengan dengan senang hati sambil lalala...
Buah naga/dragon fruit
Ikan kerapu
Sempat bermain dengan jigsaw puzzles
Penuh jugak gelanggang rodeo malam tu walaupun hujan renyai-renyai
Encik koboi ni, tak dapat naik kuda, naik palang kayu pun jadikla.
Gaya seorang koboi menaiki kuda
Pada saya persembahan rodeo dan bullrides cowboy ni so-so. Takdelah hebat macam yang kat dalam tv. But I gave credits for their performance, kira berani mati jugakla. Sebab kat Malaysia ni mana ada orang yang berani tunggang lembu tengah naik minyakkan? Kat Malaysia aksi2 berani mati tu hanya mat rempit je yang berani buat. Tu pun naik motor kapcai jer!!
Bergambar kenangan dengan abang koboi
Petang masih lagi gelap. Hujan dah teduh, tapi langit masih mendung. Ooohh...hari yang penuh blues....
