(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, June 16, 2009

4 in 1

Akhir-akhir ni aku agak sibuk dan tiada masa untuk up-date blog. Banyak acara dan kejadian yang berlaku (sebab tu aku sibuk...) sepanjang 2 minggu ni. Paling banyak adalah jemputan walimah dari saudara mara, kawan-kawan dan jiran tetangga. Bak kata Ijan "bulan 6 ni musim orang mengawan" ----> (^_^') (tiada komen dari aku...hehe). Ada yang dapat dipenuhi undangannya dan ada yang tidak. Mohon maaf jika aku tak dapat memenuhi undangan kalian.


Cerita 1: Kenduri Idzha @ Kijing Da Playboy of Forestry


Akhirnya setelah beberapa tahun menjalin cinta (lebih 4 tahun rasanya...), Playboy Forestry tumpas jua akhirnya.. haha! *gelak macam Action Kamen*. Kijing dan Elly telah selamat disatukan pada 30 Mei 2009. Majlis persandingan sebelah perempuan telah diadakan pada 31 Mei di Cheras.


Wajah ceria pengantin baru.



Disekitar majlis perkahwinan Idzha a.k.a Kijing dan Elly.


Atas: Wajah bekas Playboy Malaya. Sempat bagi peace kat kitaorang.(kiri) Makan beradap. Idzha dan Elly bagai pinang dibelah-belah (kanan)


Bawah: Wajah gembira+bahagia kedua mempelai jelas kelihatan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...(kiri) Bersama Kijing sebelum berarak. Kawan-kawan menjadi pengiring berarak dengan pengantin. Kijing sanggup delay majlis semata-mata menunggu kawan-kawan berkumpul semua sekali. Terharu beb...
Bersama kengkawan batch Forestry 2001-2004 dan 2004-2006. Kelihatan Shah (belakang, 2 dari kanan yang tak pandang kamera) sedang mengedarkan kad kahwinnya.


Cerita 2: KEMPAS 2009 CaMp RoX!!


Kem Pendidikan Alam Semulajadi (KEMPAS) adalah satu pertandingan bercorak pendidikan peringkat kebangsaan bagi pelajar sekolah menengah. KEMPAS 2009 diadakan pada 1-6 Jun 2009 bertempat di Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong. Seramai 39 pelajar dari 13 buah sekolah di seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Wajah ceria para peserta ketika aktiviti tanam pokok. Mana tak ceria...muka masuk paper..huhu!


Fasi dan peserta tak dapat dipisahkan (masa kem la..). Chaos ketika mengambil gambar dengan peserta. Ini adalah gambar ketika majlis penutupan program. Ketika ini pemenang bagi pertandingan telah diumumkan. Tahun ni kumpulan peserta dari Kelantan telah menjuarai KEMPAS 2009. Diikuti oleh kumpulan Kuala Lumpur (2nd place) dan Putrajaya (3rd place).


Inilah mereka yang menjadi tulang belakang KEMPAS. Tanpa mereka kem ni takkan menjadi...memang hancur la kem tanpa diorang ni!hahahahaha! Oops...terlebih suda. Ini adalah barisan fasilitator bagi KEMPAS 2009. Fasi memang rock! Jap, Amin...mana Amin...(sambil melihat di celah kerusi dan di dalam beg Zuhir) :P


Cerita 3: Walimah Rin- Maafkan aku...


Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Noor Azrin Aman. Mintak maap banyak-banyak sebab tak dapat menghadiri majlis pernikahan dan perkahwinan kau. Dan mintak maap sekali lagi sebab tak dapat jadi pengapit ko..hukhukhuk... sedeynyer..

Bergambar dengan Rin masa kenduri Kijing. Sekarang Rin dah bergelar isteri orang. Rin dan pasangan telah selamat diijab kabulkan pada 12 Jun yang lalu.Sorry sangat-sangat ye Rin... aku tak dapat datang sebab ada hal keluarga. Atuk saudara aku (Hj. Abdullah bin Kassim) telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat tu..Al-Fatihah buat beliau.




Cerita 4: Kambing oh kambing...Edisi mari berjalan-jalan


Aktiviti riadah aku semasa penat dengan kerja adalah berjalan-jalan. Tak kisah la berjalan ke mana sekalipun asalkan dapat berjalan-jalan. Alkisahnya kali ni aku melawat ke ladang kambing di bahagian belakang UPM. Ladang kambing ni sebenarnya adalah milik Fakulti Pertanian, di mana segala jenis kajian dan eksperimen mengenai kambing dibuat di sini. Ladang ni juga terletak bersebelahan dengan Muzium Pastura (muzium rumput) yang tidak pernah aku ketahui kewujudannya. Pada pandangan kasar muzium ni nampak semak je..dipenuhi segala jenis rumput dan rumpai. Tapi rupanya ia adalah sebuah (sebuah??...) muzium rumput yang sangat unik dan terpencil.

Kambing oh kambing...
Ada macam-macam spesies kambing kat sini dari yang baka kampung sampailah baka import. Baru aku perasan kambing punya anak mata retina tak bulat, tapi berbentuk empat segi panjang. Kagumnyer........


p/s: Tetiba aku rasa macam nak tukar bidang dari wildlife ke kambing..huhu..

12 comments:

Gurlish said...

Bestnya tgk kawan2 dah kawen..... huhu aku dok belajar lg, mak aku ckp time belajar jgn gatal2 nak bercinta........ tu pasal aku tak kawen2 lg nih.... harharhar. Tahniah rin & kijing

Amin Ahmad said...

kejam gila tak letak gambar yg aku ada, haha

Akula Nora said...

ceh...alasan x logik. mana mak ko kata xleh bercinta masa belajar. mak ko ckp jgn gatal2 masa belajar je... nak kahwin aku rasa mak kau lg suka yat.hehe

Akula Nora said...

ada la...gmbar dgn student tu. aik, xkan x perasan kot. ni yg kena cari kat dlm beg zuhir ni..

Oasis said...

Nasib baik musim mengawan kali ni masih dapat dikawal, ikut adat dan kepercayaan masyarakat.

Akula Nora said...

naseb baek...naseb baek...hehe

baincardin said...

tak tau lak bulan 6 ni musim mengawan :)

*bestnya tengok anak kambing tu...nampak tenang :)

moon said...

wes cik kak...
aku sukeee ayat ko tu..

"...bak kata ijan.. bulan 6 ni musim mengawan.."

adehhh...ang p mention nama aku wat pe??
tapi nak tambah lagi ler...
bukan bulan 6 jer... bulan 11 nanti pon sama... senang citer... cuti skolah la time musim mengawan...

hahahahahahahah

adioossss!!!

Akula Nora said...

hehe..:P

tu la...mmg comel sgt anak2 kambing tuh. manja lak tu.. cuma busuk sket la.. hehe

Akula Nora said...

aku promote ko tu jan... ko patut berbanggo dongan den..hihi

DrKong said...

wah kambing... haha...
tahniah lah dorang yang kawen...
Nora p tak majlis Bain tadi?
haha... Kong dah tag kamu lagi...hehe

Akula Nora said...

wuuwuu...bain x jemput pun!

tp sy mmg xde kat sini, still kat sabah lg hari tu.

tag tu nanti sy buat... janji!