(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, June 30, 2009

Beruas: Durian Hunt+Kerja+Jejalan

Cuba teka...musim apa yang paling orang Malaysia suka?

Musim hujan? SALAH

Musim panas? SALAH

Sonata Musim Salju? SALAH ...ek eleh...

Musim Deroyan ler wei!

Beruas, sebuah daerah penuh sejarah yang terletak di negeri Perak. Terkenal pada zaman dahulunya sebagai salah sebuah tempat pemerintahan kerajaan Gangga Negara yang merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung. Gangga Negara, satu kerajaan yang mahsyur dan gah di nusantara sekitar abad ke-2 masihi. Kerajaan mahsyur ini akhirnya musnah selepas diserang oleh kerajaan Chola dari selatan India (rujuk buku sejarah Tingkatan 1 untuk maklumat lanjut).

Kini tempat yang penuh sejarah lama ini menjadi salah sebuah kawasan tarikan pelancongan di Perak. Menarik atau tak menarik, anda pergilah melawat sendiri. Yang pasti, lawatan kali ini adalah untuk membantu rakan seangkatan bersekutu aku; Kak Finie untuk menjalankan kajian di Hutan Simpan Bubu.
Antara kerja yang perlu dijalankan, menanda pokok. Pokok yang ditanda adalah pokok balak yang akan ditebang (dengan kebenaran Jabatan Perhutanan). Sedikit sampel kayu dari pokok yang ditebang akan diambil untuk mengira kandungan karbon yang terdapat di dalam sebatang pokok.
Lihat! tekunnya aku membuat kerja... :P. Sebenarnya pokok yang kami tanda dengan reben merah ini adalah pokok yang telah di'tagging' oleh orang Jabatan Perhutanan sebagai pokok yang akan ditebang untuk aktiviti pembalakan yang akan dijalankan tidak lama lagi.

Setelah siap kerja, tibalah masanya untuk meronda-ronda Beruas dan daerah di sekitarnya. Tujuan lain adalah untuk 'Durian Hunt'. Dari Beruas, gerak ke Kampar..tak ade. Pi belok masuk Kuala Kangsar...ade tapi mahey(mahal) bebenor. Singgah ke Parit, pi pekena mi hailam depa yang terkenal tu. Leh tahan la jugak rasanya.
Maaf...gambar diambil selepas juadah dimakan. Teman kebulor time ni...

Belok kiri, belok kanan. Segala ceruk kampung dah diredah. Semua tarak! Malang nasib kami, waktu ni area Perak belum lagi musim durian. 'Deroyan baru nak berbunga' bak lagu Mr. Os. Hampa la jugak. Tapi kami sempat la jugak merasa durian, Penang mari. Ghupernyer belah utara dah berbuah. Ate kat sini tak de nyer...(sebut dengan loghat orang Bota).

Jalan punya jalan sampai la ke Bota Kanan. Alang-alang dah ke Bota Kanan, singgah la sekejap ke Pusat Konservasi Tuntung. Pusat Konservasi ini dibuka bagi orang ramai untuk melawatnya. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan.
Dengar citer, landmark Pusat Konservasi ni direka dan dibina oleh pelajar Fakulti Perhutanan dibawah kelas Dr. Azlizam (Pengguna Rekreasi).
Sebuah sajak yang telah direka oleh pelajar sekolah. Pelajar tersebut memenangi pertandingan mencipta sajak mengenai Tuntung. Karya tersebut kemudiannya telah dipamerkan di landmark Pusat Konservasi.

Pusat Konservasi Tuntung ini berfungsi sebagai pusat pembiakan spesies Tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur. Program konservasi secara ex-situ digunakan bagi tujuan pembiakan tuntung. Anak-anak tuntung yang telah menetas akan dilepaskan ke Sungai Perak kemudiannya.

Tuntung a.k.a River Terrapin yang nama saintifiknya Batagur baska, sejenis haiwan reptilia sama seperti penyu dan kura-kura. Dikategorikan oleh IUCN sebagai haiwan yang 'critically endangered' (terancam teruk), spesies ini adalah haiwan yang dilindungai sepenuhnya mengikut Akta Hidupan Liar 1972. Tuntung adalah haiwan yang hidup di habitat air tawar. Selalunya dijumpai di Sungai Perak dan di negeri lain iaitu Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Ini adalah Tuntung betina dewasa. Saiz Tuntung berbeza mengikut jantina. Saiz tuntung betina biasanya lebih besar dari tuntung jantan. Anak Tuntung berwarna kelabu coklat dan akan berubah apabila dewasa. Tuntung betina dewasa berwarna coklat kekelabuan manakala tuntung jantan dewasa berwarna kelabu gelap dan mempunyai jalur merah di tepi mata.
Anak-anak tuntung yang disimpan tujuan pembiakan. Sebahagian anak tuntung yang telah menetas akan dilepaskan ke Sungai Perak bagi menambahkan populasinya di habitat semula jadi.
Seekor buaya yang telah diawet. Panjangnya lebih kurang 2 meter. Kelihatan Kak Finie cuba untuk berjabat tangan dengan beliau.

Sekian dari Beruas, Perak.
22-25 Jun 2009.

4 comments:

Haley said...

wah2.. jenjalan je ko ni. Kpd cik Finie, ghenti2 aje la keje x pekdah tu. Nmpak sgt en. buaya tu x sudi ngan ko

Akula Nora said...

Mari kita dendangkan lagu 'I wanna hold your hand' kat cik finie tu...huhu kitaorg follow jer aritu. En. Abas ngan en.salim yg drive...nak harapkan kitaorg, mana la gheti rupa geografi kat situ.

DrKong said...

yay... best!@

Akula Nora said...

mestila best berjalan2..hehe