Akhir-akhir ni aku agak sibuk dan tiada masa untuk up-date blog. Banyak acara dan kejadian yang berlaku (sebab tu aku sibuk...) sepanjang 2 minggu ni. Paling banyak adalah jemputan walimah dari saudara mara, kawan-kawan dan jiran tetangga. Bak kata Ijan "bulan 6 ni musim orang mengawan" ----> (^_^') (tiada komen dari aku...hehe). Ada yang dapat dipenuhi undangannya dan ada yang tidak. Mohon maaf jika aku tak dapat memenuhi undangan kalian.
Cerita 1: Kenduri Idzha @ Kijing Da Playboy of Forestry
Akhirnya setelah beberapa tahun menjalin cinta (lebih 4 tahun rasanya...), Playboy Forestry tumpas jua akhirnya.. haha! *gelak macam Action Kamen*. Kijing dan Elly telah selamat disatukan pada 30 Mei 2009. Majlis persandingan sebelah perempuan telah diadakan pada 31 Mei di Cheras.


Atas: Wajah bekas Playboy Malaya. Sempat bagi peace kat kitaorang.(kiri) Makan beradap. Idzha dan Elly bagai pinang dibelah-belah (kanan)
Bawah: Wajah gembira+bahagia kedua mempelai jelas kelihatan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...(kiri) Bersama Kijing sebelum berarak. Kawan-kawan menjadi pengiring berarak dengan pengantin. Kijing sanggup delay majlis semata-mata menunggu kawan-kawan berkumpul semua sekali. Terharu beb...

Cerita 2: KEMPAS 2009 CaMp RoX!!
Kem Pendidikan Alam Semulajadi (KEMPAS) adalah satu pertandingan bercorak pendidikan peringkat kebangsaan bagi pelajar sekolah menengah. KEMPAS 2009 diadakan pada 1-6 Jun 2009 bertempat di Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong. Seramai 39 pelajar dari 13 buah sekolah di seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.



Cerita 3: Walimah Rin- Maafkan aku...
Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Noor Azrin Aman. Mintak maap banyak-banyak sebab tak dapat menghadiri majlis pernikahan dan perkahwinan kau. Dan mintak maap sekali lagi sebab tak dapat jadi pengapit ko..hukhukhuk... sedeynyer..


Cerita 4: Kambing oh kambing...Edisi mari berjalan-jalan
Aktiviti riadah aku semasa penat dengan kerja adalah berjalan-jalan. Tak kisah la berjalan ke mana sekalipun asalkan dapat berjalan-jalan. Alkisahnya kali ni aku melawat ke ladang kambing di bahagian belakang UPM. Ladang kambing ni sebenarnya adalah milik Fakulti Pertanian, di mana segala jenis kajian dan eksperimen mengenai kambing dibuat di sini. Ladang ni juga terletak bersebelahan dengan Muzium Pastura (muzium rumput) yang tidak pernah aku ketahui kewujudannya. Pada pandangan kasar muzium ni nampak semak je..dipenuhi segala jenis rumput dan rumpai. Tapi rupanya ia adalah sebuah (sebuah??...) muzium rumput yang sangat unik dan terpencil.

Ada macam-macam spesies kambing kat sini dari yang baka kampung sampailah baka import. Baru aku perasan kambing punya anak mata retina tak bulat, tapi berbentuk empat segi panjang. Kagumnyer........
p/s: Tetiba aku rasa macam nak tukar bidang dari wildlife ke kambing..huhu..
12 comments:
Bestnya tgk kawan2 dah kawen..... huhu aku dok belajar lg, mak aku ckp time belajar jgn gatal2 nak bercinta........ tu pasal aku tak kawen2 lg nih.... harharhar. Tahniah rin & kijing
kejam gila tak letak gambar yg aku ada, haha
ceh...alasan x logik. mana mak ko kata xleh bercinta masa belajar. mak ko ckp jgn gatal2 masa belajar je... nak kahwin aku rasa mak kau lg suka yat.hehe
ada la...gmbar dgn student tu. aik, xkan x perasan kot. ni yg kena cari kat dlm beg zuhir ni..
Nasib baik musim mengawan kali ni masih dapat dikawal, ikut adat dan kepercayaan masyarakat.
naseb baek...naseb baek...hehe
tak tau lak bulan 6 ni musim mengawan :)
*bestnya tengok anak kambing tu...nampak tenang :)
wes cik kak...
aku sukeee ayat ko tu..
"...bak kata ijan.. bulan 6 ni musim mengawan.."
adehhh...ang p mention nama aku wat pe??
tapi nak tambah lagi ler...
bukan bulan 6 jer... bulan 11 nanti pon sama... senang citer... cuti skolah la time musim mengawan...
hahahahahahahah
adioossss!!!
hehe..:P
tu la...mmg comel sgt anak2 kambing tuh. manja lak tu.. cuma busuk sket la.. hehe
aku promote ko tu jan... ko patut berbanggo dongan den..hihi
wah kambing... haha...
tahniah lah dorang yang kawen...
Nora p tak majlis Bain tadi?
haha... Kong dah tag kamu lagi...hehe
wuuwuu...bain x jemput pun!
tp sy mmg xde kat sini, still kat sabah lg hari tu.
tag tu nanti sy buat... janji!
Post a Comment