(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Sunday, April 12, 2009

Di kala sengal melanda...

9.30 a.m, sepasang kaki melangkah laju menuju ke mesin 'penjaga masa'. Lap sikit ibu jari, pastu tenyeh dekat mesin 'penjaga masa' tu. "Teeeeeeeeeeeeeeeeet","Thank You"; satu suara perempuan yang kedengaran ramah tamah keluar dari mesin 'penjaga masa' tersebut. 'Ish, bising betul la minah ni' gerutu aku dalam hati. Inilah rutin aku setiap hari (Isnin-Jumaat). Kadang-kadang datang awal (9.30 a.m tu kira awal la..) kadang-kadang pukul 11 baru aku jejak fakulti. Datang pun sekadar nak cukupkan syarat GRF yang menetapkan kehadiran pelajar tajaannya pada setiap hari bekerja. Bagi kami pelajar yang menjalankan kajian di lapangan, syarat tersebut (wajib datang 6 jam sehari) agak membebankan kerana perlu membahagikan masa di lapangan dan fakulti. Syarat lain yang dikenakan adalah menjadi pembantu pengajaran a.k.a Demonstrator untuk kelas yang telah ditetapkan oleh fakulti. Kadang-kadang masa tengah tekun menjalankan kajian di site, 'bos' panggil balik datang ke fakulti semata-mata kena jaga exam, jaga amali atau tanda paper. Emm...penat sebenarnya. Tumpuan yang sepatutnya diberikan untuk kajian terpaksa dibahagikan dengan tugasan lain. Tapi tak mengapa...(macam lagu A. Rahman Hassan), seronok jugak sebenarnya menjadi Demon...oopps...Demo ni. Banyak pengalaman dapat dikutip (dan dapat penuhkan resume..;P) dan seronok bila dapat berkongsi ilmu dan idea dengan pelajar lain. Sharing is caring, rite..?

Dan di kala ini, aku telah pun menghabiskan kutipan data di lapangan. Data yang dikumpulkan tu pun dah dianalisis. Alhamdulillah... Sekarang yang tinggal hanyalah ketukan jejari untuk menyiapkan thesis dan juga otak yang cerdas untuk berfikir dan memerah idea. Emm...cakap pasal otak yang cerdas, seminggu kebelakangan ni, entah kenapa, otak aku terasa sendat, fikiran pun macam celaru sikit. Rasa macam banyak benda yang harus difikirkan dan diselesaikan. Sebenarnya dah berbulan macam ni, cuma baru minggu lepas terasa tekanannya. Kepala pun asyik pening-pening je. Otak dah jammed dengan pelbagai benda. Atas inisitif sendiri (ewah!), aku membuat rancangan ad-hock untuk release segala bebanan otak ni. Got to escape from this environment! Yup, I must! Just for a while..

Misi 1: Tengok wayang back to back.
Rakan bersekongkol pertama adalah Kak Finie. Petang Khamis yang indah permai, kami bergerak dari UPM ke Alamanda. Target hari ni, nak tengok cerita 'Talentime' dan 'He's just not that into you'. Mission accomplished! Tiket available. Lagipun petang hari bekerja. Tak ramai sangat orang. So, petang tu kitaorang tengok cerita 'Talentime' diikuti 'He's just not that into you'. Both of the stories were good. Good enough for me or us to release things that hanging inside (our heads..). Rakan bersekongkol kedua, Ina dan Labu. (Oh, ya.... Labu is Ina's bf. I know u guys gonna read this post. Hi.....) Petang Jumaat yang ceria, aku meneruskan misi bersama diorang. Kali ni cerita 'Fast & Furious 4' (kelakar dengan translation kat screen... Pantas dan Garang 4..hehe). Memang best. Rasa jatuh hati kat Vin Diesel..ahaks.. acah je..

Misi2: Something that connected with adrenaline.
Belum tercapai lagi. Tengah memikirkan xtvt yang sesuai. Hiking maybe?Dah lama tak mendaki gunung. Stamina dah makin down...aisey... tak boleh jadi nih. Kena jogging balik la nampaknya.

Apa-apa pun, terima kasihlah membaca posting mengarut aku nih. Inilah yang berlaku bila sengal melanda diri..hehe

13 comments:

eksp said...

adatlah bekerja tuh...

at least tak kena layan karenah budak2 bawah 12 tahun... lagi pening wooo...

hehe

Akula Nora said...

baiklah ustat!!

sbnrnya layan kerenah bapak mak budak lagi susah. bebudak tu leh dipujuk2...huhuhu

a.b geldofg said...

salam kpd pcinta :)

Kay said...

salam kembali...
thanks sudi singgah ke blog saya.

iYda Juhar said...

wehuuuuuuuuuu!!!

best nyer nengok wayang. join bley??

Akula Nora said...

a.b.geldofg, salam kembali.

Akula Nora said...

kak kay, suka blog kak kay. sy nak link ye...

Akula Nora said...

iyda, huhu...jum kita tgk wayang. x sabar nak tgk transformers bln 6 nanti.

baincardin said...

huu...ni dah nak sampai tahap betul2 sengal ni...;) just jokin'!

snm said...

kak nora. nk share boypren dgn lin ke? :p

ai loiikkeee Vin Diesel occay! (nmpk x ketara gedix2 di ayat itu?)

tgk FnF4 smpi rs nk jerit2 je sbb scene awal2 lg dh rs nk tcabut jantung! :P

oh ya! Abg Paul Walker sangat menggegarkan jantung! Abg Vin Diesel pun mcm nk pecah jantung tgk dia! Lg seronok sbb skrg mr.snm ala2 Vin Diesel :p

snm said...

share boypren sbb Vin Diesel antra boypren2 yg lin suka :P

Akula Nora said...

sgt sengal...kalau urut pun x dpt hilang. Camner ye En. Bain?

Akula Nora said...

Lin!!!i lurve him toooooooo...hehe

i x kisah kalu nak share minat. tp kalu share hubby no way!!!:P

FnF4 mmg best..rasa meremang tgk diorang masa race. Bila tgk citer ni baru dpt connect dgn citer Tokyo Drift. Psl Han tetiba ada kat Jepun and so on..