27 March hari tu genaplah umur kawan aku ni 26 tahun...
Happy Birthday pok... semoga berbahagia selalu.
Kenangan masa lalu
Aku kenal Nurafzan Anuar a.k.a Iejan ni sejak zaman Kem Hutan 2001 lagi. Mula-mula memang tak rapat dengan dia, kami mula rapat masa hujung kem bila terperasan nombor akhir kad pengenalan kami sama. Pelikkan? Selalunya kita jumpa orang yang sama tarikh lahir, tapi no. kad pengenalan...memang jarang-jarang...
Kenangan time amali. Subjek dalam Perhutanan memang baaaaaaaaaaaanyaak amali dan field trip. Penat tapi best.
Banyak2 amali, amali subjek Ekologi Hutan (Diploma). Masa tu kami kena amik data 30 jam untuk suhu dan kelembapan. Dengan bestnyer kami merancang untuk membuat amali tersebut di Hutan Lipur Lentang. Kira lain dari yang lain la kononnya. Orang lain kebanyakannya buat kat sekitar UPM (tapi ada gak yang buat kat P.D :P), tapi kitaorang bersemangat nak amik data di kawasan sungai. Otw ke Lentang (kitaorang tumpang van Kus; coursemate), tiba-tiba van yang kitaorang tak boleh naik bukit kat highway Karak. Enjin ok lagi, tapi van tak gerak-gerak. Nak dijadikan cerita, seramai 7 orang penumpang van tersebut telah dikerahkan oleh En.Drebar or Kus untuk menolak van menaiki bukit di tengah-tengah Lebuhraya Karak yang horror itu...wuuu... Gambar kat atas tu adalah bukti hari yang bersejarah tersebut di mana kami telah tersadai di tengah highway sementara menunggu bantuan untuk ke Genting Sempah. Iejan selaku ketua group, telah mengetuai amali dengan jayanya. Paling best, berendam dalam sungai sepanjang amali (walaupun takde data untuk dalam air).
Moral of the story:
- Sila periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan jauh terutamanya clutch. Walaupun anda mengisi minyak bergelen2 tapi clutch rosak maka tiadalah gunanya anda menggunakan minyak apa sekalipun... ;P
- Kepada adik-adik Junior yang membaca blog ni, buatlah amali di tempat yang senang. Ambiklah iktibar dari kejadian ini...huhu..
Amali yang paling best; tentunya amali Wildlife di Sg.Lalang, Semenyih (bagi aku la...) Best sebab dapat mandi sungai, makan sedap and tangkap burung. Walaupun aku tak satu group dengan Iejan, kitaorang sekhemah. Paling aku ingat time amali Wildlife ni, group Iejan kena kejar dengan Beruang... paling best kawan kitaorang, Rin nampak Beruang tu macam pegang parang!!! apakah???
p/s: Perasan tak gambar yang kedua tu... ada sesuatu yang ganjil tak?hehehe
Merantau or berjalan-jalan time
6 comments:
heppy birthday Pok... haha!
semoga panjang umur, murah rezeki!!
wallaweh... tergarunye aku nora... thanx a lot beb!! huhuuh
aku grab gamba2 tu k.. apesal bnyk yg takde dlm stock aku ek? hehehhe
tq2!! yup... hope kita kekal bersahabat sampai biler2...
sayang korang!
huhu...Kong panggil Iejan pok..
grab la sebanyak yg ko nak. gmbar ni stok dari zaman Dip dlu. Aku scan balik.
i lap u too!!
waaa tribute tuk birthday tapi sudahnya lebih kurang nmpk cam entry mengimbau zmn silam..hehehe
nora...sapekah itu kong?... adekah frisco nobita haiitttt!!... ekekeek... lawak2 aje kong... tq2!!
zai: biasalh tu... saja je kunun2 tribute besday org... padahal saja nak mengenang zaman muda mudi duloo... hahahahahah... tapi mmg best... dulu org kecik jer kan... la ni...haa...nala besaq! kakakakak
hehe..mengambil kesempatan.. tp semua tu ada pic ijan pe...
ijan, ko mantain!!!
Post a Comment