Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH) Puchong, sekali lagi menjadi tumpuan lewat minggu lepas. Terdapat 4 acara yang disatukan dalam satu majlis yang meriah pada 14 April itu. Antara acara yang telah diagendakan adalah penyerahan cek Exxon Mobil, perasmian projek ekspedisi penyelidikan saintifik, perasmian pusat penyelidikan a.k.a chalet HSAH (projek RM1 juta tu...) dan perasmian buku-buku ilmiah mengenai HSAH.
Minggu ini juga adalah merupakan minggu yang sibuk buat aku kerana terlibat dengan dua tugasan 1. Sebagai penyambut tetamu untuk majlis perasmian (ada keluar kat berita TV3 wei..) dan 2. sebagai ahli ekspedisi yang mewakili kajian bagi fauna (wut else..) di HSAH. Sebenarnya acara utama bagi majlis ini adalah Ekspedisi Saintifik Penyelidikan yang bermula 13-16 April. Bagaimanapun, acara tumpuan pastinya majlis perasmian dan penyerahan cek pada 14 April tersebut. Majlis perasmian pada pagi tersebut telah dihadiri oleh tetamu kehormat Yg. Berbahagia Naib Canselor UPM; Prof. Dato' Dr. Nik Mustapha R. Abdullah dan disertai oleh tetamu jemputan dari Exxon Mobil; Pn. Fatimah Merican dan juga Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor; Datuk Yunus Zakaria.
Puan Fatimah Merican; wakil Exxon Mobil yang hadir untuk penyerahan cek bernilai RM80 000 kepada Fakulti Perhutanan bagi sumbangan untuk Kuiz Sains Alam Semulajadi 2009. Beliau amat berbangga dengan kerjasama dari Fakulti Perhutanan dalam menganjurkan acara tersebut. Sumbangan dari Exxon Mobil ini diharapkan agar dapat memupuk semangat mencintai alam semulajadi di kalangan pelajar sekolah.
Tetamu Kehormat; Prof. Dato' Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor UPM.
Beliau sangat gembira dengan khazanah alam yang telah dijaga dengan baik oleh Fakulti Perhutanan dan berharap agar lebih banyak penyelidikan dapat dilakukan di HSAH.
Majlis diteruskan dengan penyerahan cek (replika) dari wakil Exxon Mobil dan seterusnya perasmian pembukaan program Ekspedisi Saintifik oleh Dato' Naib Canselor.
10 comments:
Bain rasa, Kong pernah ajak pergi sini, tapi bain x pergi sebab syiok tidur time tu. huhuu.....;)
best ooo bain.. dpt mandi sungai.
yg ni aku seronok ni.
80k kali ni ya? hebat!
yup, 80k utk KEMPAS'09.Maka byklah nnti item2 yg akan diberikan utk peserta dan staf yg terlibat dgn KEMPAS. Yg pasti...gaji fasi tetap x naik..ahaks!
hahaha gaji fasi yg juga tak naik hehehe...asal dlm gambar nmpk cam cantik je sungai tu..hijau lagi..ke ikut waktu..time tak cantik tuk dasar pun tak nmpk gerun jer...
gaji fasi takat tu je la..
skrang tgh musim hujan kat sini. air naik sket. akak edit sket je, bg naik contrast.
Wow RM80000..... best nih kalo dapat ge shopping.
beli rumah pun boleh nok..
Kong dah ajak banyak kali p HSAH tu.. tapi si Bain tak mau sebab masih nak bergulung dengan selimut nye...
nice one.. sepa tangkap owl tu Nora? cantek nya.... I miss HSAH... sinilah kita camping before semua blah.... best kan Nora...
haha...Mr.Bain. Rugila dia x join.
Tu owl kitaorg tangkap guna mist net. Pagi tu hujan, habis lencun bulu burung tu. dpt 3 ekor owl time ni. Rindu juga baa... xtvt makan+mandi sungai pastu makan balik pastu terjun lagi kat dlm sungai...
Post a Comment