(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, April 8, 2009

The Birds

Yea!!! I've got something to share wit u guys.
@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@



This is Brown Kiwi (Apteryx mantelli). Frisco hantar dari New Zealand...hehe Sebenarnya dia bukan bagi burung Kiwi (kalau betul, Kong dah kat dalam jail sekarang). Tapi post-card with Kiwi pic. Brown Kiwi actually. One of the most endangered species. Native species in New Zealand and North Island. Burung kiwi adalah spesies burung yang tidak boleh terbang, sama seperti burung Emu, Ostrich dan ayam (kecuali ayam hutan). Ia adalah sejenis burung nocturnal (keluar malam), dan mempunyai sarang di dalam tanah untuk bertelur. Selalunya burung kiwi akan mengeluarkan 1 biji telur sahaja dalam satu musim. Burung kiwi juga adalah monogamous; 1 pasangan untuk seumur hidup, sama macam burung merpati. Keunikan burung kiwi adalah terletak pada lubang hidungnya....(apsal korang senyum?) Betul...lubang hidung atau nostril kiwi terletak di bahagian hujung paruhnya yang panjang. Sebab itu kiwi mempunyai deria bau yang kuat, memudahkan beliau untuk mengesan bau haiwan invertebrates kecil seperti cacing dan ulat. Burung kiwi juga makan buah-buahan, biji benih, ikan-ikan kecil dan haiwan amphibia macam katak. Emm...semua dia sapu. Tapi spesies burung ni makin pupus akibat pemburuan haram dan juga kadar pemangsaan yang tinggi (burung kiwi jadi mangsa kepada haiwan seperti kucing liar, musang etc). Burung kiwi diburu kerana bulunya yang unik dan lembut. Bagi masyarakat Maori, bulu burung kiwi adalah simbol kuasa dan kekayaan. Kini burung kiwi digunakan sebagai simbol rasmi negara New Zealand.
Post-card dari Kong.
Nak tanya satu soalan? Pernah tak dengar spesies burung bernama Kookaburra (kadang-kadang orang panggil Kookobara)? Nak dijadikan cerita, burung ni ada kat dalam kereta aku.


Hehe...ni adalah souvinier dari Kak Finie dari Aussie; masa menjalankan study visit ke Melbourne University. Burung kookaburra adalah sejenis native species di Australia dan New Guinea. Kookaburra merupakan spesies burung yang satu family dengan burung raja udang/Kingfisher (Halcyonidae). Cuma yang membezakannya, burung spesies ni tidak hidup di kawasan berair (e.g sungai, tasik, kolam) seperti Kingfisher. Ia merupakan burung terrestrial (mencari makanan di atas tanah) dan sejenis burung karnivor. Kookaburra memakan haiwan-haiwan seperti ular, tikus, serangga dan cicak. Burung ini juga makan cebisan daging yang diberikan oleh orang (dalam zoo). Ada satu kes (kat suburban Aussie), burung kookaburra menjadi ekstrim, apabila mencuri ketulan daging BBQ yang sedang dimasak. Lapar betul agaknya.... Kookaburra amat terkenal dengan bunyinya yang seakan-akan orang ketawa mengilai. So, don't unmistakably recognize the sounds with other 'creature' ye...

Burung Kookaburra adalah di antara yang terpilih untuk dijadikan maskot Sydney Summer Olympic pada tahun 2000. Burung Kookaburra juga sering diambil untuk dijadikan watak di dalam kartun Disney dan bunyi Kookaburra sering dimainkan di dalam muzik atau bunyi yang berunsurkan "jungle-sound". Macam mana bunyinyer... cuba dengar opening cerita The Jungle Book..hehe


Anyway, terima kasih Kong untuk post-card dan Kak Finie untuk Kookaburra plushie. I love it... ni rasa macam nak travel nih. Bila la dapat ke sana...

2 comments:

DrKong said...

haha..pandai nye ko carik dollie burung Kookaburra tu? cute... hehe!

Akula Nora said...

tu finie yg beli kat melbourn. yup...cute and cuddly