Wednesday, September 16, 2009
Edisi Bumper: Nah! Amik Ko.
Thursday, August 27, 2009
Monday, July 13, 2009
Tautan Hati Tiga Serangkai
11 Julai 2009 adalah tarikh bersejarah buat keluarga En. Jemali dan Pn. Azimah. Pada tarikh ini tiga anakanda mereka telah melangkah ke alam berumah tangga. Sekaligus, keluarga ini juga bertambah lagi tiga orang ahli baru yang menjadi anak menantu mereka berdua.
Kedatangan para pengantin yang diusung dengan kereta Hilux. Sangat Forester! haha!
Persembahan pencak silat buat para raja sehari, satu tradisi dalam adat istiadat Melayu.
Upacara memotong kek beramai-ramai. Sebenarnya kek tu ada 4 biji, tak tau kenapa diorang nak share gak potong kek yang satu ni........
Memandangkan para pengantin nak share satu kek je, Iejan bercadang untuk tapau sebiji bawak balik...hehe... Acah je.. tapi sebenarnya aku rasa Iejan tengah amik ilham dengan deko kek pengantin ni. Untuk apa???!! Hanya beliau saja yang tahu...*wink!*
Rakan taulan yang menghadiri majlis bersejarah tersebut. Ada yang dah jadi mak budak, yang ada 'aura' bakal mempelai pun ada jugak, yang single pun ada jugak.
Bersama bebudak Forest dari 3 generasi berlainan-aku(Jr.), Kak Fad(Super Senior) dan Kak Finie(Senior). Tuesday, June 30, 2009
Beruas: Durian Hunt+Kerja+Jejalan
Antara kerja yang perlu dijalankan, menanda pokok. Pokok yang ditanda adalah pokok balak yang akan ditebang (dengan kebenaran Jabatan Perhutanan). Sedikit sampel kayu dari pokok yang ditebang akan diambil untuk mengira kandungan karbon yang terdapat di dalam sebatang pokok.
Lihat! tekunnya aku membuat kerja... :P. Sebenarnya pokok yang kami tanda dengan reben merah ini adalah pokok yang telah di'tagging' oleh orang Jabatan Perhutanan sebagai pokok yang akan ditebang untuk aktiviti pembalakan yang akan dijalankan tidak lama lagi.
Maaf...gambar diambil selepas juadah dimakan. Teman kebulor time ni...
Dengar citer, landmark Pusat Konservasi ni direka dan dibina oleh pelajar Fakulti Perhutanan dibawah kelas Dr. Azlizam (Pengguna Rekreasi).
Sebuah sajak yang telah direka oleh pelajar sekolah. Pelajar tersebut memenangi pertandingan mencipta sajak mengenai Tuntung. Karya tersebut kemudiannya telah dipamerkan di landmark Pusat Konservasi.
Ini adalah Tuntung betina dewasa. Saiz Tuntung berbeza mengikut jantina. Saiz tuntung betina biasanya lebih besar dari tuntung jantan. Anak Tuntung berwarna kelabu coklat dan akan berubah apabila dewasa. Tuntung betina dewasa berwarna coklat kekelabuan manakala tuntung jantan dewasa berwarna kelabu gelap dan mempunyai jalur merah di tepi mata.
Anak-anak tuntung yang disimpan tujuan pembiakan. Sebahagian anak tuntung yang telah menetas akan dilepaskan ke Sungai Perak bagi menambahkan populasinya di habitat semula jadi.
Seekor buaya yang telah diawet. Panjangnya lebih kurang 2 meter. Kelihatan Kak Finie cuba untuk berjabat tangan dengan beliau.
Sekian dari Beruas, Perak.Tuesday, June 16, 2009
4 in 1
Wajah ceria pengantin baru.
Disekitar majlis perkahwinan Idzha a.k.a Kijing dan Elly.
Bersama kengkawan batch Forestry 2001-2004 dan 2004-2006. Kelihatan Shah (belakang, 2 dari kanan yang tak pandang kamera) sedang mengedarkan kad kahwinnya.
Wajah ceria para peserta ketika aktiviti tanam pokok. Mana tak ceria...muka masuk paper..huhu!
Fasi dan peserta tak dapat dipisahkan (masa kem la..). Chaos ketika mengambil gambar dengan peserta. Ini adalah gambar ketika majlis penutupan program. Ketika ini pemenang bagi pertandingan telah diumumkan. Tahun ni kumpulan peserta dari Kelantan telah menjuarai KEMPAS 2009. Diikuti oleh kumpulan Kuala Lumpur (2nd place) dan Putrajaya (3rd place).
Inilah mereka yang menjadi tulang belakang KEMPAS. Tanpa mereka kem ni takkan menjadi...memang hancur la kem tanpa diorang ni!hahahahaha! Oops...terlebih suda. Ini adalah barisan fasilitator bagi KEMPAS 2009. Fasi memang rock! Jap, Amin...mana Amin...(sambil melihat di celah kerusi dan di dalam beg Zuhir) :P
Bergambar dengan Rin masa kenduri Kijing. Sekarang Rin dah bergelar isteri orang. Rin dan pasangan telah selamat diijab kabulkan pada 12 Jun yang lalu.
Sorry sangat-sangat ye Rin... aku tak dapat datang sebab ada hal keluarga. Atuk saudara aku (Hj. Abdullah bin Kassim) telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat tu..Al-Fatihah buat beliau.
Kambing oh kambing... Friday, June 12, 2009
The engagement day - Rombongan meminang dah mai..

Butang bukan sebarang butang,
Butang dibeli dari Gujerat,
Datang bukan sebarang datang,
Datang sini membawa hajat
Berjalan pulang ke rumah bonda,
Diiring kicau si burung murai,
Cincin diterima sebagai tanda,
Janji bersama bakal termeterai

Huhu...jangan terkejut. Ni sebenarnya majlis pertunangan bff aku Cikgu 'Izzati Akmal dengan En. Aisamuddin Afiq a.k.a Apeq pada 7 Jun yang lalu.

Wakil dari pihak Apeq menyarungkan cincin sebagai tanda.
Zati anggun dengan tema berwarna pink.
Bersama geng x-treme dari zaman skolah. Atas; Yam, Zati n aku. Bawah; Frul, Apeq n Qin. Apeq tersenyum (gigi adalah trademark Apeq :P) tapi masih menampakkan rupa nervousnye...hehe
Masih sempat bergosip...hehe.. sebenarnya tengah dengar Zati membebel. Orang kalau bertunang malu-malu, makcik ni mantain sama jer.. musykil tul.
Majlis juga diserikan dengan persembahan dari anak-anak buah Zati.
Turn Mak Lang diorang lak try. Anis; anak buah Zati ternganga dengan penuh kekaguman
Hero kesayangan, Danish menunjukkan bakatnya meniup trompet secara terbalik... Bravo!
Zati kelihatan berseri-seri pada hari tersebut adalah kerana hasil andaman Pak Andam ni. Ada bakat nih... tengok gaya pun dah tau.hahaha...Saturday, May 23, 2009
Waa!!! I tak rela, tapi terpaksa
Ish... kesian budak ni... mesti kena paksa join persembahan. Walaupun dengan lelehan air mata, tapi dia tetap kewl je menari. memang profesional. What ever happen, the show must go on!
Wednesday, May 20, 2009
Chatuchak Weekend Market






KLIK!KLIK! tapi dari jauh je la. Ni pulak kawasan menjual puppy-puppy yang comel dan gebu. Tak dinafikan, memang comel. Terdetik jugak hati nak usap-usap, peluk-peluk. Tapi rasa was-was tu masih menebal dan malas nak memikirkan cara nak samak nanti. So, tengok je la.
Ni pulak burung merbah atau Red-whiskered bulbul. Burung ni banyak terdapat di kawasan Asia yang beriklim tropika sederhana macam di Thailand ni. Kepada anda yang ketagih teh tarik takpun yang rindu kat kedai mamak kat M'sia, jangan risau sebab kat sini ada teh tarik pusing 360o. Diorang wat teh tarik sambil berdiri di atas roda pemusing macam roda impian, sambil memegang dua biji kole air teh sekaligus. Siap angkat sebelah kaki lagi. Beberapa orang 'mat dan minah saleh' kat sebelah aku bersorak sambil menepuk tangan pabila melihat aksi tersebut. Wa...leh la join pertandingan 'Raja Tarik' anjuran susu F&N nanti (promote aku dalam hati..huahuahua) Diorang mengaku yang diorang belajar buat 'bubble tea' ni dari seorang kawan kat Malaysia. Bangga sekejap aku kat tengah-tengah CM yang chaos ni.


Yang paling disukai oleh penduduk tempatan dan pelancong adalah MBK Center. MBK Center(Mah Boon Krong Center) mempunyai segala macam shopping mall, bowling, cinema (di antara yang terbesar di sini). MBK Center pernah menjadi salah satu pusat membeli belah yang terbesar di Asia sekitar tahun 1985. Tapi lepas tu kalah dengan Mid Valley Malaysia..haha..


Lagi satu cara untuk bergerak di tengah Kota Bangkok ni (selain berjalan dan berlari) adalah dengan menaiki Tuk-tuk; sejenis kereta roda-3. Walaupun kecil dan kurang laju berbanding teksi dan bas, tapi kelebihannya adalah dapat menyelit di celah-celah kenderaan besar semasa jammed. Tabikla... sangat pro. (P/s:nasib baik bukan aku yang naik. Kalau tak mau kecut perut gak tengok drebar tuk-tuk ni bawa. Memang rempit habis....)


