5 Oktober 2008, Ahad, buat kesekian kalinya telah diadakan acara tahunan makan-makan secara kecil-kecilan di rumah ku khas untuk member-member aku. Terima kasih kepada member-member yang telah sudi datang pada hari ni. Hampir 30 orang semuanya, tak larat nak sebut nama, especially member-member skolah yang dah berkurun tak berjumpa. Konon nak wat gathering kat KL lah, Midv lah, last-last kat umah aku gak yang jadiknya. Wat member-member UPM macam Eddy, Ashadie, Ricky, Zah and lelain, thanks datang petang tadi. Nasib baik lauk ada lagi. Tu la...datang lambat lagi.
Geng-geng masa remaja dulu. Akhirnya dapat gak kita berkumpul macam dolu-dolu. Rasa macam kembali ke sekolah pulak.
Gambar Aie tengah membebel pun korang tangkap. Dahlah si Firdaus tu ternganga je dengar Aie mengarut. Takde gambar lain yang best ke...

Itu sajalah cerita jamuan raya aku yang sangat sederhana ini. Pape pun, terima kasihlah kepada yang sudi datang. Ada rezeki tahun depan aku buat lagi.

Oleh kerana terlalu sibuk melayan tetamu dan menghidangkan makanan, maka tak banyak berkesempatan untk mengambil gambar rakan-rakan. Itupun adalah sesikit yang dapat dirakam termasuklah entah siapa yang tangkap gambar nih.
Ni mesti salah sorang punyer keje. Antara Frul, Ina or Zati. Baik korang ngaku.

Hehehe...jangan marah aa....anyway thanks la tolong tangkap gambar time aku tengah sesibuk tadi. Seterusnya nak cerita pasal menu. Kasi jeles kat member-member yang tak datang muahahaha....
Ketupat/nasi himpit
Kuah kacang dengan ayam
Kuah lodeh (ada orang panggil lontong)
Rendang daging
Soto ayam
Puding karamel
Buah-buahan tropika
Kekuih raya

No comments:
Post a Comment