(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Sunday, October 26, 2008

Bila ku kenang....

Sekali sekala bukak album lama best jugak. Tengok gambar2 masa awal remaja-tengah remaja-akhir remaja dan early ladies (hehehehe..). Macam,2 kenangan tercatat dalam setiap gambar ni. Macam kat atas ni, gambar masa form 3, baru lepas wat demo masa hari sukan sekolah. Muka semua terbakar sebab kena berjemur kat tetengah padang. Kalau terer cari la aku yang mana satu..thethethe...(klu-kalau kenal Dayah Shamsul Arifin, aku berdiri kat blakang dia.)

Ni pulak gambar semasa dan selepas exam SPM. Sempat tangkap gambar kat dalam dewan periksa dan kat blakang skolah lagi tuh. Yang 'menandukkan' aku tu adalah bff aku (best fren forever), Ina. Leh nampak meja yang berselerak dengan segala macam perkakas untuk peperiksaan. Rindu dekat saat2 nervous nak peksa....tensyen sampai leh demam. Neway, masa awal peksa aku dah kena demam selesema yang teruk. Nak taknak kena tahan je la sebab nak SPM...tawakal je time tu. Hasilnya? Alhamdulillah...aku berjaya juga menjejakkan kaki ke menara gading.


Zaman budak 'U'
Dip. of Forestry(2001-2004), Bac. Sc. of Forestry (2004-2006), Ms. Sc Wildlife Mangement (2007-.....) UPM
Kalau nak diikutkan, kehidupan di U adalah masa yang paling best, menarik, mencabar dan penuh dugaan. Pelbagai dugaan dan cabaran yang ditempuhi, mengajar aku menjadi seorang yang matang dan berfikiran terbuka. Yup, di sinilah aku mengenal erti kawan, kuliah, exam, kuiz, merit, pointer, CGPA, camping dan sebagainya. Semasa di sinilah aku memahami dan mencari apa yang aku mahukan untuk memenuhi impian aku.





Tapi, dalam banyak2 benda kat U, perkara yang paling aku suka adalah field trip dan hiking!!!! Ada orang yang tak suka field trip sebab kena jalan jejauh, masuk hutan berhari-hari...tapi tu la yang aku suka!!! Let's go back to nature!!!


Ni masa kat Gunung Ledang ikut trail Asahan

Top: XPDC Mount Kinabalu 2002 (Timpohon-Mesilau trail), yang lelain XPDC Mount Kinabalu 2005 (Timpohon-Timpohon trail)



Summit of Mount Tahan


Travel time
a.k.a mari berfoya-foya bersama rakan-rakan




Now

Sekarang impian dan cita2 aku adalah untuk menghabiskan pengajian siswazah (sikit je lagi...semester depan dah abis) dan menghasilkan publication bagi research aku. Doakan semoga aku berjaya menghabiskan pengajian master dengan jayanya dan menabur bakti untuk agama, bangsa, negara dan alam sejagat.

2 comments:

DrKong said...

yea...sikit lagi ko dah nak sapai hujung jalan ke Master Nora. Di doakan semoga sabar menanti, kerja kuat dan berjaya dalam master mu.

Akula Nora said...

ye...sy akan berusaha bersungguh-sunguh...emmmph...chaiyok!!!