Yea!!! Hari ni besday kucing aku. Nama dia Cepah. Mesti korang ingat mengarut betul aku celebrate besday kucing....tapi memang itu la yang aku buat dari dulu lagi. Sebenarnya point aku untuk posting kali ni adalah pengiraan umur dalam kitaran hidup kucing (aku blajar dari veterinar Dr. Syahar Amir). Contohnya macam Cepah kucing aku ni, umur dia dalam kiraan tahun manusia adalah 5 tahun. Tapi dalam usia kucing umur dia dah menjangkau 36 tahun!!!!!!! Camni cara nak kira: Tahun pertama or 1 tahun=15 tahun umur kucing, Tahun kedua or 2 tahun=24 tahun umur kucing. Setiap tahun berikutnya (e.g 3,4,5,6......) tambah 4 tahun/1 tahun manusia.Ini mengingatkan aku dekat kucing yang paling lama aku pernah bela, Rockey. Aku telah bela Rockey dari kecil hinggalah umur dia 12 tahun/64 tahun umur kucing (1989-2000). Rockey ni special sebab, dia adalah kucing kurang upaya (K.K.U????) yang mempunyai satu sahaja mata untuk hidup. Kisahnye camni, Rockey dilahirkan sempurna masa kecil dulu, sehinggalah masa umur dia 2 tahun, di mana dia telah ditimpa kemalangan menyebabkan sebelah mata dia terkeluar...(ngerikan? aku yang tengok lagi ngeri...). Bila hantar ke klinik haiwan, UPM vet tu cakap mata dia terpaksa dibuang dan untuk keselamatan dia, Rockey terpaksa menjalani pembedahan untuk strayed atau dikasi. Begitulah kisah si Rockey yang hidup selama 10 tahun berikutnya dengan satu mata sahaja.

Sekarang aku mempunyai 10 ekor kucing, tu tak campur lagi kucing2 liar yang tumpang makan sekali kat umah aku. Semuanya dari baka kucing kampung yang aku kutip dari merata tempat. Kira rumah aku dah macam shelter untuk kucing liar la....huhuhuhu... tapi takpe aku memang suka bela kucing. Nabi S.A.W pun suka kat kucing....
Ibn. Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan. Tiada sebab mengapa kucing harus didera, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa, sama ada kucing atau manusia"
Wallahua'lam.











































Sedikit latar belakang HSAH ni. HSAH adalah satu2nya hutan simpan yang digazetkan oleh kerajaan Selangor sebagai hutan simpan pendidikan dan penyelidikan di bawah pengurusan Fakulti Perhutanan UPM untuk selama 90 tahun. Berkeluasan 1248 ha, HSAH dikelilingi oleh pembangunan di kawasan sekitarnya (Bandar Puchong, Bandar Kinrara, Taman Equine, IOI Mall...) menjadikan HSAH 'hutan belantara di tengah bandaraya'. HSAH mempunyai nilai yang tinggi dari segi ekonomi dan juga ekologi. Sebab itulah kawasan hutan ni menjadi rebutan di antara pihak pemaju hartanah dan juga penyelidik seperti kami. Itu adalah di antara faktor2 yang menjadikan kawasan hutan ini sebagai unik dan tersendiri. 
Sample pengecaman spesies pokok balak. Yang ni sample Keruing Bulu (Dipterocarpus baudii)
Pokok tongkat ali (Eurycoma longifolia) di kawasan permatang



























