Cuba teka...musim apa yang paling orang Malaysia suka?
Musim hujan? SALAH
Musim panas? SALAH
Sonata Musim Salju? SALAH ...ek eleh...
Musim Deroyan ler wei!
Beruas, sebuah daerah penuh sejarah yang terletak di negeri Perak. Terkenal pada zaman dahulunya sebagai salah sebuah tempat pemerintahan kerajaan Gangga Negara yang merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung. Gangga Negara, satu kerajaan yang mahsyur dan gah di nusantara sekitar abad ke-2 masihi. Kerajaan mahsyur ini akhirnya musnah selepas diserang oleh kerajaan Chola dari selatan India (rujuk buku sejarah Tingkatan 1 untuk maklumat lanjut).
Kini tempat yang penuh sejarah lama ini menjadi salah sebuah kawasan tarikan pelancongan di Perak. Menarik atau tak menarik, anda pergilah melawat sendiri. Yang pasti, lawatan kali ini adalah untuk membantu rakan seangkatan bersekutu aku; Kak Finie untuk menjalankan kajian di Hutan Simpan Bubu.


Setelah siap kerja, tibalah masanya untuk meronda-ronda Beruas dan daerah di sekitarnya. Tujuan lain adalah untuk 'Durian Hunt'. Dari Beruas, gerak ke Kampar..tak ade. Pi belok masuk Kuala Kangsar...ade tapi mahey(mahal) bebenor. Singgah ke Parit, pi pekena mi hailam depa yang terkenal tu. Leh tahan la jugak rasanya.

Belok kiri, belok kanan. Segala ceruk kampung dah diredah. Semua tarak! Malang nasib kami, waktu ni area Perak belum lagi musim durian. 'Deroyan baru nak berbunga' bak lagu Mr. Os. Hampa la jugak. Tapi kami sempat la jugak merasa durian, Penang mari. Ghupernyer belah utara dah berbuah. Ate kat sini tak de nyer...(sebut dengan loghat orang Bota).
Jalan punya jalan sampai la ke Bota Kanan. Alang-alang dah ke Bota Kanan, singgah la sekejap ke Pusat Konservasi Tuntung. Pusat Konservasi ini dibuka bagi orang ramai untuk melawatnya. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan.


Pusat Konservasi Tuntung ini berfungsi sebagai pusat pembiakan spesies Tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur. Program konservasi secara ex-situ digunakan bagi tujuan pembiakan tuntung. Anak-anak tuntung yang telah menetas akan dilepaskan ke Sungai Perak kemudiannya.
Tuntung a.k.a River Terrapin yang nama saintifiknya Batagur baska, sejenis haiwan reptilia sama seperti penyu dan kura-kura. Dikategorikan oleh IUCN sebagai haiwan yang 'critically endangered' (terancam teruk), spesies ini adalah haiwan yang dilindungai sepenuhnya mengikut Akta Hidupan Liar 1972. Tuntung adalah haiwan yang hidup di habitat air tawar. Selalunya dijumpai di Sungai Perak dan di negeri lain iaitu Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu.




22-25 Jun 2009.