
Friday, April 24, 2009
Wednesday, April 22, 2009
Time For Change - EARTH DAY

Earth Day, celebrated April 22, is a day designed to inspire awareness and appreciation for the Earth's environment. It was founded by U.S. Senator Gaylord Nelson as an environmental teach-in in 1970 and is celebrated in many countries every year. This date is Spring in the Northern Hemisphere and Autumn in the Southern Hemisphere.
What you can do for Earth Day
Reduce/reuse/recyclePractice the three R's: first reduce how much you use, then reuse what you can, and then recycle the rest. Then, dispose of what's left in the most environmentally friendly way.
1. Reduce:- Buy permanent items instead of disposables.
- Buy and use only what you need.
- Buy products with less packaging.
- Buy products that use less toxic chemicals.
2. Reuse:
- Repair items as much as possible.
- Use durable coffee mugs.
- Use cloth napkins or towels.
- Clean out juice bottles and use them for water.
- Use empty jars to hold leftover food.
- Reuse boxes.
- Purchase refillable pens and pencils.
- Participate in a paint collection and reuse program. For information on handling household solid waste.
- Donate extras to people you know or to charity instead of throwing them away.
- Reuse grocery bags as trash bags.
3. Recycle:
- Recycle paper (printer paper, newspapers, mail, etc.), plastic, glass bottles, cardboard, and aluminum cans. If your community doesn't collect at the curb, take them to a collection center.
- Recycle electronics
Save energy
- Turn off appliances and lights when you leave the room.
- Use the microwave to cook small meals. (It uses less power than an oven.)
- Have leaky air conditioning and refrigeration systems repaired.
- Insulate your home, water heater and pipes.
- Replace incandescent light bulbs
Planting some trees or flowers. The greener, the better!
Monday, April 20, 2009
Scientific Research Expedition 2
Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH) Puchong, sekali lagi menjadi tumpuan lewat minggu lepas. Terdapat 4 acara yang disatukan dalam satu majlis yang meriah pada 14 April itu. Antara acara yang telah diagendakan adalah penyerahan cek Exxon Mobil, perasmian projek ekspedisi penyelidikan saintifik, perasmian pusat penyelidikan a.k.a chalet HSAH (projek RM1 juta tu...) dan perasmian buku-buku ilmiah mengenai HSAH.
Minggu ini juga adalah merupakan minggu yang sibuk buat aku kerana terlibat dengan dua tugasan 1. Sebagai penyambut tetamu untuk majlis perasmian (ada keluar kat berita TV3 wei..) dan 2. sebagai ahli ekspedisi yang mewakili kajian bagi fauna (wut else..) di HSAH. Sebenarnya acara utama bagi majlis ini adalah Ekspedisi Saintifik Penyelidikan yang bermula 13-16 April. Bagaimanapun, acara tumpuan pastinya majlis perasmian dan penyerahan cek pada 14 April tersebut. Majlis perasmian pada pagi tersebut telah dihadiri oleh tetamu kehormat Yg. Berbahagia Naib Canselor UPM; Prof. Dato' Dr. Nik Mustapha R. Abdullah dan disertai oleh tetamu jemputan dari Exxon Mobil; Pn. Fatimah Merican dan juga Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor; Datuk Yunus Zakaria.
Puan Fatimah Merican; wakil Exxon Mobil yang hadir untuk penyerahan cek bernilai RM80 000 kepada Fakulti Perhutanan bagi sumbangan untuk Kuiz Sains Alam Semulajadi 2009. Beliau amat berbangga dengan kerjasama dari Fakulti Perhutanan dalam menganjurkan acara tersebut. Sumbangan dari Exxon Mobil ini diharapkan agar dapat memupuk semangat mencintai alam semulajadi di kalangan pelajar sekolah.
Tetamu Kehormat; Prof. Dato' Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor UPM.
Beliau sangat gembira dengan khazanah alam yang telah dijaga dengan baik oleh Fakulti Perhutanan dan berharap agar lebih banyak penyelidikan dapat dilakukan di HSAH.
Majlis diteruskan dengan penyerahan cek (replika) dari wakil Exxon Mobil dan seterusnya perasmian pembukaan program Ekspedisi Saintifik oleh Dato' Naib Canselor.

Perasmian Pusat Penyelidikan HSAH
Upacara menggelang burung ala Kem Wildlife oleh Dato' Naib Canselor, satu simbolik untuk perasmian buku 'Birds of Ayer Hitam Forest Reserve'.

Saturday, April 18, 2009
Wednesday, April 15, 2009
DaripadaNYA dia datang..
Sunday, April 12, 2009
Di kala sengal melanda...
9.30 a.m, sepasang kaki melangkah laju menuju ke mesin 'penjaga masa'. Lap sikit ibu jari, pastu tenyeh dekat mesin 'penjaga masa' tu. "Teeeeeeeeeeeeeeeeet","Thank You"; satu suara perempuan yang kedengaran ramah tamah keluar dari mesin 'penjaga masa' tersebut. 'Ish, bising betul la minah ni' gerutu aku dalam hati. Inilah rutin aku setiap hari (Isnin-Jumaat). Kadang-kadang datang awal (9.30 a.m tu kira awal la..) kadang-kadang pukul 11 baru aku jejak fakulti. Datang pun sekadar nak cukupkan syarat GRF yang menetapkan kehadiran pelajar tajaannya pada setiap hari bekerja. Bagi kami pelajar yang menjalankan kajian di lapangan, syarat tersebut (wajib datang 6 jam sehari) agak membebankan kerana perlu membahagikan masa di lapangan dan fakulti. Syarat lain yang dikenakan adalah menjadi pembantu pengajaran a.k.a Demonstrator untuk kelas yang telah ditetapkan oleh fakulti. Kadang-kadang masa tengah tekun menjalankan kajian di site, 'bos' panggil balik datang ke fakulti semata-mata kena jaga exam, jaga amali atau tanda paper. Emm...penat sebenarnya. Tumpuan yang sepatutnya diberikan untuk kajian terpaksa dibahagikan dengan tugasan lain. Tapi tak mengapa...(macam lagu A. Rahman Hassan), seronok jugak sebenarnya menjadi Demon...oopps...Demo ni. Banyak pengalaman dapat dikutip (dan dapat penuhkan resume..;P) dan seronok bila dapat berkongsi ilmu dan idea dengan pelajar lain. Sharing is caring, rite..? Dan di kala ini, aku telah pun menghabiskan kutipan data di lapangan. Data yang dikumpulkan tu pun dah dianalisis. Alhamdulillah... Sekarang yang tinggal hanyalah ketukan jejari untuk menyiapkan thesis dan juga otak yang cerdas untuk berfikir dan memerah idea. Emm...cakap pasal otak yang cerdas, seminggu kebelakangan ni, entah kenapa, otak aku terasa sendat, fikiran pun macam celaru sikit. Rasa macam banyak benda yang harus difikirkan dan diselesaikan. Sebenarnya dah berbulan macam ni, cuma baru minggu lepas terasa tekanannya. Kepala pun asyik pening-pening je. Otak dah jammed dengan pelbagai benda. Atas inisitif sendiri (ewah!), aku membuat rancangan ad-hock untuk release segala bebanan otak ni. Got to escape from this environment! Yup, I must! Just for a while..
Misi2: Something that connected with adrenaline.
Wednesday, April 8, 2009
The Birds


Hehe...ni adalah souvinier dari Kak Finie dari Aussie; masa menjalankan study visit ke Melbourne University. Burung kookaburra adalah sejenis native species di Australia dan New Guinea. Kookaburra merupakan spesies burung yang satu family dengan burung raja udang/Kingfisher (Halcyonidae). Cuma yang membezakannya, burung spesies ni tidak hidup di kawasan berair (e.g sungai, tasik, kolam) seperti Kingfisher. Ia merupakan burung terrestrial (mencari makanan di atas tanah) dan sejenis burung karnivor. Kookaburra memakan haiwan-haiwan seperti ular, tikus, serangga dan cicak. Burung ini juga makan cebisan daging yang diberikan oleh orang (dalam zoo). Ada satu kes (kat suburban Aussie), burung kookaburra menjadi ekstrim, apabila mencuri ketulan daging BBQ yang sedang dimasak. Lapar betul agaknya.... Kookaburra amat terkenal dengan bunyinya yang seakan-akan orang ketawa mengilai. So, don't unmistakably recognize the sounds with other 'creature' ye...

Burung Kookaburra adalah di antara yang terpilih untuk dijadikan maskot Sydney Summer Olympic pada tahun 2000. Burung Kookaburra juga sering diambil untuk dijadikan watak di dalam kartun Disney dan bunyi Kookaburra sering dimainkan di dalam muzik atau bunyi yang berunsurkan "jungle-sound". Macam mana bunyinyer... cuba dengar opening cerita The Jungle Book..hehe
Anyway, terima kasih Kong untuk post-card dan Kak Finie untuk Kookaburra plushie. I love it... ni rasa macam nak travel nih. Bila la dapat ke sana...
Thursday, April 2, 2009
Baby bash!!
- Juli Robani (UPM) - baby boy (Muhammad Solihin)
- Suhaina (UPM) - baby boy-->anak kedua (Muhammad Fareez Haiqal)
- Yazmin (BBB) - baby boy (Ilyas Amar)
- Norliza Jali (UPM)- baby girl
- Nik Mohd. Zamani (UPM) - baby girl
- Siti Zabedah (UPM) - baby boy
- Marshaliza (UPM) - baby girl
- Ain
- Najwa
- Zahratul Firdaus
:- Sedang menyusun jadual untuk melawat anak-anak buah yang comel-comel ni. Sape nak ikut jum...
Wednesday, April 1, 2009
Sebuah Kisah Klasik: Nurafzan Anuar
Aku kenal Nurafzan Anuar a.k.a Iejan ni sejak zaman Kem Hutan 2001 lagi. Mula-mula memang tak rapat dengan dia, kami mula rapat masa hujung kem bila terperasan nombor akhir kad pengenalan kami sama. Pelikkan? Selalunya kita jumpa orang yang sama tarikh lahir, tapi no. kad pengenalan...memang jarang-jarang...
Kenangan time amali. Subjek dalam Perhutanan memang baaaaaaaaaaaanyaak amali dan field trip. Penat tapi best.
Banyak2 amali, amali subjek Ekologi Hutan (Diploma). Masa tu kami kena amik data 30 jam untuk suhu dan kelembapan. Dengan bestnyer kami merancang untuk membuat amali tersebut di Hutan Lipur Lentang. Kira lain dari yang lain la kononnya. Orang lain kebanyakannya buat kat sekitar UPM (tapi ada gak yang buat kat P.D :P), tapi kitaorang bersemangat nak amik data di kawasan sungai. Otw ke Lentang (kitaorang tumpang van Kus; coursemate), tiba-tiba van yang kitaorang tak boleh naik bukit kat highway Karak. Enjin ok lagi, tapi van tak gerak-gerak. Nak dijadikan cerita, seramai 7 orang penumpang van tersebut telah dikerahkan oleh En.Drebar or Kus untuk menolak van menaiki bukit di tengah-tengah Lebuhraya Karak yang horror itu...wuuu... Gambar kat atas tu adalah bukti hari yang bersejarah tersebut di mana kami telah tersadai di tengah highway sementara menunggu bantuan untuk ke Genting Sempah. Iejan selaku ketua group, telah mengetuai amali dengan jayanya. Paling best, berendam dalam sungai sepanjang amali (walaupun takde data untuk dalam air).Moral of the story:
- Sila periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan jauh terutamanya clutch. Walaupun anda mengisi minyak bergelen2 tapi clutch rosak maka tiadalah gunanya anda menggunakan minyak apa sekalipun... ;P
- Kepada adik-adik Junior yang membaca blog ni, buatlah amali di tempat yang senang. Ambiklah iktibar dari kejadian ini...huhu..
Amali yang paling best; tentunya amali Wildlife di Sg.Lalang, Semenyih (bagi aku la...) Best sebab dapat mandi sungai, makan sedap and tangkap burung. Walaupun aku tak satu group dengan Iejan, kitaorang sekhemah. Paling aku ingat time amali Wildlife ni, group Iejan kena kejar dengan Beruang... paling best kawan kitaorang, Rin nampak Beruang tu macam pegang parang!!! apakah??? p/s: Perasan tak gambar yang kedua tu... ada sesuatu yang ganjil tak?hehehe
Merantau or berjalan-jalan time








