(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Thursday, February 9, 2012

URBAN VIBE ONLINE CONTEST- "Cinta Seputih Salju" (Preview)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...


"Terang bulan malam yang indah
Tenang air di pinggir kolah
Dirisik sudah bertunang pun sudah
Urban Vibe contest saya sertai pulalah"


Amacam intro pembuka entry kali ni. Bermadah pantun la pulak dia ni kan. Berkias kata, pantun bermakna. Memang ada makna pun....entry kali ni khas untuk preview mengenai Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event.

Merancang majlis perkahwinan bukannya mudah. Bakal pengantin, mak ayah dan saudara mara pengantin tentunya pening kepala memikirkan keperluan dan perbelanjaan yang perlu diperuntukkan untuk menjayakan majlis tersebut. Bagi bakal raja sehari atau B2B (Bride to be), pameran pengantin adalah satu acara yang dinanti-nantikan sebagai persediaan majlis mereka nanti. Pameran Pengantin Malaysia (PPM) by Urban Vibe Event bakal diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 24-26 Februari 2012 ini. Bertemakan "Cinta Seputih Salju" (feeling suci murni kudus gitu...), PPM kali ini pasti akan menjadi tarikan buat bakal mempelai dan juga mereka yang berminat dalam bidang perancang majlis perkahwinan. Pameran akan dibuka dari jam 10 pagi - 10 malam dan paling penting masuk adalah PERCUMA!!! Jadi kepada mereka yang berminat bolehlah berkunjung ke PPM 2012 ini nanti. Datang jangan tak datang...




Pameran Pengantin Malaysia 2012 dianjurkan oleh Urban Vibe Event; sebuah syarikat pengurusan majlis (event management) yang bertapak di Batu Caves. Ditubuhkan pada tahun 2005 oleh Puan Nadia Hassan bersama suaminya En. Syahrul Hafiidz, Urban Vibe Event adalah sebuah syarikat milik sepenuhnya oleh Bumiputera yang berpengalaman luas dalam penganjuran majlis dan pameran berkonsep di Malaysia.



Urban Vibe Event menyediakan perkhidmatan pengurusan majlis bermula dari merangka konsep hingga ke pengurusan perjalanan program ketika majlis dijalankan. Mereka juga menyediakan khidmat nasihat, penjadualan hiburan, penyediaan tapak dan dekorasi untuk sesuatu majlis. Kira Urban Vibe Event ni menyediakan pakej lengkap dari A -Z untuk menjayakan sesuatu majlis. Urban Vibe Event pernah menganjurkan pameran bertema seperti 'Merdeka Celebration', 'Ramadhan Eid Mubarak' dan yang paling terkenal adalah 'Pameran Pengantin Malaysia' yang telah dianjurkan sejak tahun 2007.


Pameran Pengantin Malaysia terbesar yang pernah dianjurkan oleh Urban Vibe Event adalah di Mid Valley Exhibition Centre pada Julai 2008 di mana lebih dari 120 booth dibuka! PPM juga akan menampilkan konsep yang unik dan warna tema yang berbeza pada setiap kali ia dianjurkan. Ia adalah salah satu tarikan kepada pengunjung PPM dan mereka sentiasa ternanti-nanti konsep dan tema terkini bagi setiap PPM anjuran Urban Vibe Event.



PPM yang dianjurkan memudahkan para pengunjung (lazimnya bakal raja sehari) untuk menilai dan memilih konsep dan keperluan yang diperlukan untuk majlis bersejarah mereka. Di sini vendor-vendor yang berkaitan dengan pengurusan perkahwinan akan cuba menawarkan produk dan khidmat yang terbaik untuk bakal raja sehari. Jadi terpulanglah kepada pengunjung untuk memilih pakej-pakej yang terbaik mengikut kesesuaian bajet, konsep dan keperluan majlis itu nanti. 

Pada pandangan saya, sebelum mula mencari vendor bakal pengantin seharusnya merancang dahulu bajet dan konsep majlis bersejarah itu nanti. Jangan lupa untuk meminta pandangan orang-orang yang lebih berpengalaman dan rajin-rajinlah untuk membuat survey melalui pembacaan majalah, laman web atau blog b2b yer... 

Ok, sekian. Selamat maju jaya...huhu

No comments: