Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Hi ^____^
Masih dalam mood B2B yang beriya-iya kental..
Masih cekal untuk menyertai UVE Online Contest.
Mana tahu ada rezekikan...
Semakin lama semakin seronok pula dengan persediaan untuk walimah nanti.
Harap dipermudahkan semua...Insya'Allah...
Alhamdulillah dapat melakukan tugasan kedua untuk UVE Online Contest. Kali ni tugasannya adalah tribute buat penaja bagi UVE Online Contest dan Pameran Pengantin Malaysia. Bukan senang untuk buat homework bagi mencari details para penaja. Ya...para penaja tau Cik Kiah dan Cik Bedah nye. Bermaksud terdapat lebih dari 1 penaja untuk contest dan event ini. Ada 4 (ke 41/2...ke 5) penaja utama untuk contest dan event ini. Para penaja ni pula bukan calang-calang tahu. Mereka adalah terdiri daripada individu-individu yang sangat berpengalaman and not to mention they are very well known. Para penaja tersebut adalah:
Arma Couture - Main decorator dan penaja hadiah pertandingan
Ari Wedding Couture - Penaja hadiah utama pertandingan
GIPhotolicious - Official Photographer dan penaja hadiah pertandingan
Avicenna Studio - Official Videographer
Avicenna Studio - Official Videographer
Hadiah-hadiah yang ditawarkan juga sangat menarik. Will tell ya later na... Sekarang saya ingin memperkenalkan kepada Cik Kiah dan Cik Bedah sekalian siapa penaja-penaja tersebut. Mereka ini adalah sekumpulan individu yang sangat berbakat, kreatif dan sangat bersemangat dalam bidang kerjaya mereka ini. They are so gifted!!
ARMA COUTURE
ARI WEDDING COUTURE
Ari Wedding Couture adalah salah satu nama yang akan disebut-sebut bila berkaitan dengan busana pengantin. Ditubuhkan lebih dari 10 tahun lalu, syarikat ini bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan untuk menghias pelamin rumah, andaman pengantin dan tempahan baju nikah dan sanding. Namun kini nama Ari Wedding Couture sudah dikenali ramai. Ramai selebriti ternama tanah air juga memilih khidmat dari Ari Wedding Couture untuk merealisasikan hari berbahagia mereka. Antaranya Farah Anuar 'Breep...breep", Elyana, Khai dan Rosma dan Arash Mohamad.
GI PHOTOLICIOUS
The Photolicious pula sangat sinonim dengan fotografer wanitanya (Yes!!go go!!) iaitu Puan Kamalia Kamal a.k.a Kay, pemilik The Photolicious . Amat sukar untuk mencari fotografer wanita yang berani bersaing dalam bidang fotografi yang selalunya didominasi oleh lelaki. Live. Like. Love itulah kata mereka, Photolicious berjinak dalam bidang bidang fotografi sebagai hobi dan bermula dengan menggunakan kamera kompak mereka melangkah lebih jauh apabila menjadi fotografer profesional. Hasil kerja mereka juga sangat menarik dan kelihatan santai di mana momen-momen indah diabadikan secara natural dan sangat terkesan apabila melihatnya. Photolicious juga menganjurkan bengkel fotografi kepada mereka yang berminat untuk mendalami bidang ini dengan lanjut. Pakej fotografi yang ditawarkan juga sangat menarik dan berpatutan (dan sedap seperti lollipop).
Sehingga kini kedua-dua team (GI Photoshoot dan The Photolicious) ini telah berjaya memartabatkan bidang fotografi ke tempat yang lebih tinggi. Retis-retis (artis) adalah di antara yang menggunakan khidmat fotografi mereka, antaranya adalah Umie Aida, Bienda dan pasangan, Aqasha (ingin ku gigit-gigit telinga kecilmu...lalala), Mawi dan Ekin, Farah Anuar 'Breep...breep' dan pasangan serta Eira Shazira dan Azad Jasmin.
Saya amat tertarik dengan quote dari Avicenna ini. Memang benar...gambar yang cantik tak semestinya pada warna, watak ataupun gaya persembahan foto itu. Tapi apa yang pentingkerjasama adalah emosi dan mood yang diabadikan di dalam foto itu memberi kesan kepada mereka yang melihatnya. Avicenna Studio menawarkan khidmat fotografi dan videografi bagi majlis-majlis perkahwinan dan keraian lain.
Gambar-gambar yang diambil oleh Avicenna Studio mempunyai kelainan. Pernah tak, apabila kita tengok gambar yang boleh buat kita ketawa, gembira, rasa lucu, nervous walaupun kita tak mengenali pun individu yang terdapat di dalam gambar tersebut? Itulah yang saya rasa apabila melihat gambar-gambar yang telah dikongsikan di dalan page dan website Avicenna Studio. Kita boleh rasa suasana dan emosi yang terkandung di dalam gambar tersebut walaupun kita tiada semasa gambar tersebut diambil. Kita boleh meneka rasa dan suasana yang telah diabadikan semasa gambar itu diambil.
Avicenna Studio juga menyediakan perkhidmatan videography bagi mereka yang ingin menyimpan kenangan di dalam rakaman. Saya paling suka video pre weds Yasmin Hani Wacha!! (yang comel), sangat sweet ok.
Yasmin Hani + Sha'arin Razali - Short Film from Avicenna Studio on Vimeo.
Arma Couture adalah satu nama yang lazimnya dikaitkan dengan busana pengantin dan evening dress yang sangat cantik dan outstanding. Idea dan rekaan bagi setiap pakaian adalah berbeza dan sentiasa segar mengikut aliran rekaan terkini. Selain itu, Arma Couture juga menyediakan perkhidmatan perancang majlis terutamanya untuk majlis perkahwinan yang merangkumi hiasan pelamin, gubahan hantaran, andaman, hiasan bilik pengantin dan dewan, gubahan bunga hiasan dan pelbagai lagi.
Arma Couture ditubuhkan oleh Arma Abdul Rahman selepas sahaja beliau menamatkan pelajaran di UiTM dalam bidang Art & Design dengan pengkhususan Fashion Design. Dengan menyediakan perkhidmatan sebagai perancang majlis, bakat dan keazaman beliau telah membuahkan hasil apabila nama Arma Couture semakin dikenali ramai dan ramai selebriti tanah air telah menggunakan khidmat beliau sebagai perancang majlis perkahwinan. Antaranya adalah Elyana, Bienda, Mawi dan Ekin, Aida Gadis Melayu dan ramai lagi. Busana rekaan beliau juga sering dipakai oleh selebriti tanah air ketika di acara 'Karpet Merah' untuk majlis-majlis ternama.
Arma Couture juga terdiri dari satu team yang sangat berdedikasi dan profesional. Team Arma Couture sentiasa berusaha untuk memenuhi dan merealisasikan kehendak dan citarasa pelanggan mereka. Hasil kerja mereka sangat unik, cantik dan lain daripada yang lain. Tidak mustahil jika suatu hari nanti nama Arma Couture akan berjaya di peringkat antarabangsa dengan segala usaha dan dedikasi tanpa henti oleh mereka ini. Butik Arma Couture berlokasi di Seri Kembangan, Selangor tidak jauh dari pusat bandar utama seperti Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Shah Alam dan Putrajaya.
ARI WEDDING COUTURE
Ari Wedding Couture adalah salah satu nama yang akan disebut-sebut bila berkaitan dengan busana pengantin. Ditubuhkan lebih dari 10 tahun lalu, syarikat ini bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan untuk menghias pelamin rumah, andaman pengantin dan tempahan baju nikah dan sanding. Namun kini nama Ari Wedding Couture sudah dikenali ramai. Ramai selebriti ternama tanah air juga memilih khidmat dari Ari Wedding Couture untuk merealisasikan hari berbahagia mereka. Antaranya Farah Anuar 'Breep...breep", Elyana, Khai dan Rosma dan Arash Mohamad.
Butik Ari Wedding Couture terletak di Ampang menyediakan perkhidmatan sebagai perancang majlis perkahwinan, andaman, hiasan untuk majlis perkahwinan dan tempahan dan penyewaan busana pengantin.
Sentuhan Ari Wedding Couture memang sangat menarik dan unik. Paling saya suka adalah rekaan pelamin yang mempunyai tema dan konsep yang unik mengikut kehendak pengantin. Tak hairanlah jika ramai yang inginkan sentuhan beliau untuk merealisasikan hari bersejarah mereka.

+
Masa mula-mula baca nama penaja untuk UVE contest ni pusing kepala kenapa GI Photoshoot ni dah jadi Gi Photolicious, then apa dah jadi dengan The Photolicious. Bila click baru tahu mereka bergabung untuk jadi penaja PPM kali ni. Personally saya memang dah lama follow hasil kerja GI Photoshoot dan The Photolicious. Sangat mengagumi mereka (sebab saya sangat meminati bidang fotografi) dan hasil kerja kedua team ini sangat marvellous lah!
GI (Get Inspired) Photoshoot dengan tagline nya "We love taking photos" memang sinonim dengan fotografer momen perkahwinan dan pelbagai acara termasuk gambar korporat dan outdoor portaiture. Gi Photoshoot juga mempunyai studio fotografi bagi mereka yang ingin mengabdikan foto secara indoor. Gi Photoshoot juga pernah mengadakan contest bagi follower mereka di Facebook. Anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai team yang awesome ini boleh la melawat ke Facebook mereka. Anda juga boleh melihat hasil kerja mereka yang sangat cantik, terperinci, kemas dan dekat di hati...huhu.
Antara selebriti yang menggunakan khidmat GI Photoshoot |
The Photolicious pula sangat sinonim dengan fotografer wanitanya (Yes!!go go!!) iaitu Puan Kamalia Kamal a.k.a Kay, pemilik The Photolicious . Amat sukar untuk mencari fotografer wanita yang berani bersaing dalam bidang fotografi yang selalunya didominasi oleh lelaki. Live. Like. Love itulah kata mereka, Photolicious berjinak dalam bidang bidang fotografi sebagai hobi dan bermula dengan menggunakan kamera kompak mereka melangkah lebih jauh apabila menjadi fotografer profesional. Hasil kerja mereka juga sangat menarik dan kelihatan santai di mana momen-momen indah diabadikan secara natural dan sangat terkesan apabila melihatnya. Photolicious juga menganjurkan bengkel fotografi kepada mereka yang berminat untuk mendalami bidang ini dengan lanjut. Pakej fotografi yang ditawarkan juga sangat menarik dan berpatutan (dan sedap seperti lollipop).
Hasil kerja gambar yang sedap...hehe |
Avicenna Studio
"We don't just take photos, we capture emotions...".
Saya amat tertarik dengan quote dari Avicenna ini. Memang benar...gambar yang cantik tak semestinya pada warna, watak ataupun gaya persembahan foto itu. Tapi apa yang penting
Gambar-gambar yang diambil oleh Avicenna Studio mempunyai kelainan. Pernah tak, apabila kita tengok gambar yang boleh buat kita ketawa, gembira, rasa lucu, nervous walaupun kita tak mengenali pun individu yang terdapat di dalam gambar tersebut? Itulah yang saya rasa apabila melihat gambar-gambar yang telah dikongsikan di dalan page dan website Avicenna Studio. Kita boleh rasa suasana dan emosi yang terkandung di dalam gambar tersebut walaupun kita tiada semasa gambar tersebut diambil. Kita boleh meneka rasa dan suasana yang telah diabadikan semasa gambar itu diambil.
Avicenna Studio juga menyediakan perkhidmatan videography bagi mereka yang ingin menyimpan kenangan di dalam rakaman. Saya paling suka video pre weds Yasmin Hani Wacha!! (yang comel), sangat sweet ok.
Yasmin Hani + Sha'arin Razali - Short Film from Avicenna Studio on Vimeo.
Tak rugi rasanya kalau menghalakan sedikit bajet bagi menyimpan momen-momen indah dan bersejarah di dalam bentuk foto mahupun video. Ia adalah satu bukti kenangan yang berharga untuk tatapan di masa depan. Yang penting anda mestilah berani dan memberi kepercayaan kepada vendor fotografi anda untuk melakukan tugas mereka. Memang berbaloi jika melihat hasil kerja dari Avicenna Studio ni.
Seperti yang saya sebut memula tadi, mereka ini juga adalah penaja hadiah bagi UVE Online Contest kali ini. Hadiah-hadiah yang ditawarkan memang lumayan. Berbaloi-baloilah kalau kau menang Cik Kiah oi! Bagi B2B taraf biasa-biasa macam saya ni, amatlah bersyukur jika dapat memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan oleh penaja-penaja tersebut.Lagipun saya bukan artis yang ada orang nak sponsor pelamin, baju, kasut segala bagai!. Jadi apa hadiah yang ditaja tu. Meh sini teman nak citer!
Seperti yang saya sebut memula tadi, mereka ini juga adalah penaja hadiah bagi UVE Online Contest kali ini. Hadiah-hadiah yang ditawarkan memang lumayan. Berbaloi-baloilah kalau kau menang Cik Kiah oi! Bagi B2B taraf biasa-biasa macam saya ni, amatlah bersyukur jika dapat memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan oleh penaja-penaja tersebut.
1st Prize
Pelamin rumah bernilai RM 5K berserta dekorasi 9 dulang hantaran tajaan Ari Wedding Couture
2nd Prize
Sewaan baju (L&P) bernilai RM5k oleh Arma Couture
3rd Price
Pre wedding worth RM1500.00 + Persandingan photoshot worth RM2500.00 + album + frame tajaan GI Photolicious
Menarik bukan? Ini adalah online contest bagi Pameran Pengantin Malaysia yang diadakan pada 24 -26 Februari 2012 bertempat Shah Alam Convention Center (SACC) anjuran Urban Vibe Event.
Kepada yang berminat moh le kita pergi ke Pameran Pengantin Malaysia ni. Kita jumpa di sana...sana..sana....