(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Saturday, February 4, 2012

Apa nak jadi?

Assalamualaikum w.b.t....

Setelah bertahun meninggalkan dunia alam blog ni, rasa rindu pula nak berkarya (sangat la kunun) kembali. Sebenarnya saya masih aktif berblog tapi hanya menjadi pembaca tegar untuk blogger-blogger lain. Minat terhadap penulisan masih menebal, jadi mungkin beberapa perubahan akan dilakukan di muka blog saya ini. 
---->erm..patutkah blog yang carca marba ni bertukar menjadi blog b2b?... or blog kucing? or blog pasal travel and backpacking?...atau ikut suka hati la ko nak wat apa cik puan Nora oii.. (ok monolog diri yang tak sudah-sudah).

Banyak perkara yang telah terjadi dan menjadi semenjak tidak mencoret di sini. Bnyak cerita yang hendak diceritakan tapi saya malas nak menulis sebab saya banyak me'lagho'kan diri. Insya'Allah, jika kudrat dan idea ada nanti akan saya update beberapa pengalaman dan kenangan yang mungkin memberikan informasi dan pengetahuan kepada pembaca yang lain. Semoga dipermudahkan segalanya pada 2012 ini...Amin...

Wednesday, September 16, 2009

Edisi Bumper: Nah! Amik Ko.

Salam...

Dah lama tak mengemas kinikan blog. Maaf banyak-banyak buat teman-teman bloggers...

Kesibukan dalam kerja-kerja pengsiswazahan benar-benar menuntut waktu dan fokus (walaupun xlah slalu fokus pun...huhu (^_^')...)

Kini diri ini kembali menconteng di dinding blog yang tidak seberapa ini (anyway ok tak background baru ni? dah boring dengan background buatan sendiri. Skrang pakai orang lain nyer plak). Menggelarkan beberapa entri sebagai edisi bumper yang akan cover cerita ceriti sepanjang beberapa bulan ini.

P/s: akan cuba sedaya upaya untuk mencuri masa menulis blog.....

Thursday, August 27, 2009

Sabarlah hati....

all posts will be publish soon..slowly and patiently due to the internet 'berokband' corruption.


Monday, July 13, 2009

Tautan Hati Tiga Serangkai

11 Julai 2009 adalah tarikh bersejarah buat keluarga En. Jemali dan Pn. Azimah. Pada tarikh ini tiga anakanda mereka telah melangkah ke alam berumah tangga. Sekaligus, keluarga ini juga bertambah lagi tiga orang ahli baru yang menjadi anak menantu mereka berdua.
Kedatangan para pengantin yang diusung dengan kereta Hilux. Sangat Forester! haha!

Persembahan pencak silat buat para raja sehari, satu tradisi dalam adat istiadat Melayu.

Upacara memotong kek beramai-ramai. Sebenarnya kek tu ada 4 biji, tak tau kenapa diorang nak share gak potong kek yang satu ni........

Memandangkan para pengantin nak share satu kek je, Iejan bercadang untuk tapau sebiji bawak balik...hehe... Acah je.. tapi sebenarnya aku rasa Iejan tengah amik ilham dengan deko kek pengantin ni. Untuk apa???!! Hanya beliau saja yang tahu...*wink!*

Rakan taulan yang menghadiri majlis bersejarah tersebut. Ada yang dah jadi mak budak, yang ada 'aura' bakal mempelai pun ada jugak, yang single pun ada jugak.

Bersama bebudak Forest dari 3 generasi berlainan-aku(Jr.), Kak Fad(Super Senior) dan Kak Finie(Senior).

Didoakan semoga ketiga-tiga pasangan mempelai akan berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan dengan zuriat yang baik dan soleh. Amin...