(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label Friend. Show all posts
Showing posts with label Friend. Show all posts

Monday, July 13, 2009

Tautan Hati Tiga Serangkai

11 Julai 2009 adalah tarikh bersejarah buat keluarga En. Jemali dan Pn. Azimah. Pada tarikh ini tiga anakanda mereka telah melangkah ke alam berumah tangga. Sekaligus, keluarga ini juga bertambah lagi tiga orang ahli baru yang menjadi anak menantu mereka berdua.
Kedatangan para pengantin yang diusung dengan kereta Hilux. Sangat Forester! haha!

Persembahan pencak silat buat para raja sehari, satu tradisi dalam adat istiadat Melayu.

Upacara memotong kek beramai-ramai. Sebenarnya kek tu ada 4 biji, tak tau kenapa diorang nak share gak potong kek yang satu ni........

Memandangkan para pengantin nak share satu kek je, Iejan bercadang untuk tapau sebiji bawak balik...hehe... Acah je.. tapi sebenarnya aku rasa Iejan tengah amik ilham dengan deko kek pengantin ni. Untuk apa???!! Hanya beliau saja yang tahu...*wink!*

Rakan taulan yang menghadiri majlis bersejarah tersebut. Ada yang dah jadi mak budak, yang ada 'aura' bakal mempelai pun ada jugak, yang single pun ada jugak.

Bersama bebudak Forest dari 3 generasi berlainan-aku(Jr.), Kak Fad(Super Senior) dan Kak Finie(Senior).

Didoakan semoga ketiga-tiga pasangan mempelai akan berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan dengan zuriat yang baik dan soleh. Amin...

Tuesday, June 30, 2009

Beruas: Durian Hunt+Kerja+Jejalan

Cuba teka...musim apa yang paling orang Malaysia suka?

Musim hujan? SALAH

Musim panas? SALAH

Sonata Musim Salju? SALAH ...ek eleh...

Musim Deroyan ler wei!

Beruas, sebuah daerah penuh sejarah yang terletak di negeri Perak. Terkenal pada zaman dahulunya sebagai salah sebuah tempat pemerintahan kerajaan Gangga Negara yang merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung. Gangga Negara, satu kerajaan yang mahsyur dan gah di nusantara sekitar abad ke-2 masihi. Kerajaan mahsyur ini akhirnya musnah selepas diserang oleh kerajaan Chola dari selatan India (rujuk buku sejarah Tingkatan 1 untuk maklumat lanjut).

Kini tempat yang penuh sejarah lama ini menjadi salah sebuah kawasan tarikan pelancongan di Perak. Menarik atau tak menarik, anda pergilah melawat sendiri. Yang pasti, lawatan kali ini adalah untuk membantu rakan seangkatan bersekutu aku; Kak Finie untuk menjalankan kajian di Hutan Simpan Bubu.
Antara kerja yang perlu dijalankan, menanda pokok. Pokok yang ditanda adalah pokok balak yang akan ditebang (dengan kebenaran Jabatan Perhutanan). Sedikit sampel kayu dari pokok yang ditebang akan diambil untuk mengira kandungan karbon yang terdapat di dalam sebatang pokok.
Lihat! tekunnya aku membuat kerja... :P. Sebenarnya pokok yang kami tanda dengan reben merah ini adalah pokok yang telah di'tagging' oleh orang Jabatan Perhutanan sebagai pokok yang akan ditebang untuk aktiviti pembalakan yang akan dijalankan tidak lama lagi.

Setelah siap kerja, tibalah masanya untuk meronda-ronda Beruas dan daerah di sekitarnya. Tujuan lain adalah untuk 'Durian Hunt'. Dari Beruas, gerak ke Kampar..tak ade. Pi belok masuk Kuala Kangsar...ade tapi mahey(mahal) bebenor. Singgah ke Parit, pi pekena mi hailam depa yang terkenal tu. Leh tahan la jugak rasanya.
Maaf...gambar diambil selepas juadah dimakan. Teman kebulor time ni...

Belok kiri, belok kanan. Segala ceruk kampung dah diredah. Semua tarak! Malang nasib kami, waktu ni area Perak belum lagi musim durian. 'Deroyan baru nak berbunga' bak lagu Mr. Os. Hampa la jugak. Tapi kami sempat la jugak merasa durian, Penang mari. Ghupernyer belah utara dah berbuah. Ate kat sini tak de nyer...(sebut dengan loghat orang Bota).

Jalan punya jalan sampai la ke Bota Kanan. Alang-alang dah ke Bota Kanan, singgah la sekejap ke Pusat Konservasi Tuntung. Pusat Konservasi ini dibuka bagi orang ramai untuk melawatnya. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan.
Dengar citer, landmark Pusat Konservasi ni direka dan dibina oleh pelajar Fakulti Perhutanan dibawah kelas Dr. Azlizam (Pengguna Rekreasi).
Sebuah sajak yang telah direka oleh pelajar sekolah. Pelajar tersebut memenangi pertandingan mencipta sajak mengenai Tuntung. Karya tersebut kemudiannya telah dipamerkan di landmark Pusat Konservasi.

Pusat Konservasi Tuntung ini berfungsi sebagai pusat pembiakan spesies Tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur. Program konservasi secara ex-situ digunakan bagi tujuan pembiakan tuntung. Anak-anak tuntung yang telah menetas akan dilepaskan ke Sungai Perak kemudiannya.

Tuntung a.k.a River Terrapin yang nama saintifiknya Batagur baska, sejenis haiwan reptilia sama seperti penyu dan kura-kura. Dikategorikan oleh IUCN sebagai haiwan yang 'critically endangered' (terancam teruk), spesies ini adalah haiwan yang dilindungai sepenuhnya mengikut Akta Hidupan Liar 1972. Tuntung adalah haiwan yang hidup di habitat air tawar. Selalunya dijumpai di Sungai Perak dan di negeri lain iaitu Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Ini adalah Tuntung betina dewasa. Saiz Tuntung berbeza mengikut jantina. Saiz tuntung betina biasanya lebih besar dari tuntung jantan. Anak Tuntung berwarna kelabu coklat dan akan berubah apabila dewasa. Tuntung betina dewasa berwarna coklat kekelabuan manakala tuntung jantan dewasa berwarna kelabu gelap dan mempunyai jalur merah di tepi mata.
Anak-anak tuntung yang disimpan tujuan pembiakan. Sebahagian anak tuntung yang telah menetas akan dilepaskan ke Sungai Perak bagi menambahkan populasinya di habitat semula jadi.
Seekor buaya yang telah diawet. Panjangnya lebih kurang 2 meter. Kelihatan Kak Finie cuba untuk berjabat tangan dengan beliau.

Sekian dari Beruas, Perak.
22-25 Jun 2009.

Tuesday, June 16, 2009

4 in 1

Akhir-akhir ni aku agak sibuk dan tiada masa untuk up-date blog. Banyak acara dan kejadian yang berlaku (sebab tu aku sibuk...) sepanjang 2 minggu ni. Paling banyak adalah jemputan walimah dari saudara mara, kawan-kawan dan jiran tetangga. Bak kata Ijan "bulan 6 ni musim orang mengawan" ----> (^_^') (tiada komen dari aku...hehe). Ada yang dapat dipenuhi undangannya dan ada yang tidak. Mohon maaf jika aku tak dapat memenuhi undangan kalian.


Cerita 1: Kenduri Idzha @ Kijing Da Playboy of Forestry


Akhirnya setelah beberapa tahun menjalin cinta (lebih 4 tahun rasanya...), Playboy Forestry tumpas jua akhirnya.. haha! *gelak macam Action Kamen*. Kijing dan Elly telah selamat disatukan pada 30 Mei 2009. Majlis persandingan sebelah perempuan telah diadakan pada 31 Mei di Cheras.


Wajah ceria pengantin baru.



Disekitar majlis perkahwinan Idzha a.k.a Kijing dan Elly.


Atas: Wajah bekas Playboy Malaya. Sempat bagi peace kat kitaorang.(kiri) Makan beradap. Idzha dan Elly bagai pinang dibelah-belah (kanan)


Bawah: Wajah gembira+bahagia kedua mempelai jelas kelihatan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...(kiri) Bersama Kijing sebelum berarak. Kawan-kawan menjadi pengiring berarak dengan pengantin. Kijing sanggup delay majlis semata-mata menunggu kawan-kawan berkumpul semua sekali. Terharu beb...
Bersama kengkawan batch Forestry 2001-2004 dan 2004-2006. Kelihatan Shah (belakang, 2 dari kanan yang tak pandang kamera) sedang mengedarkan kad kahwinnya.


Cerita 2: KEMPAS 2009 CaMp RoX!!


Kem Pendidikan Alam Semulajadi (KEMPAS) adalah satu pertandingan bercorak pendidikan peringkat kebangsaan bagi pelajar sekolah menengah. KEMPAS 2009 diadakan pada 1-6 Jun 2009 bertempat di Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong. Seramai 39 pelajar dari 13 buah sekolah di seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Wajah ceria para peserta ketika aktiviti tanam pokok. Mana tak ceria...muka masuk paper..huhu!


Fasi dan peserta tak dapat dipisahkan (masa kem la..). Chaos ketika mengambil gambar dengan peserta. Ini adalah gambar ketika majlis penutupan program. Ketika ini pemenang bagi pertandingan telah diumumkan. Tahun ni kumpulan peserta dari Kelantan telah menjuarai KEMPAS 2009. Diikuti oleh kumpulan Kuala Lumpur (2nd place) dan Putrajaya (3rd place).


Inilah mereka yang menjadi tulang belakang KEMPAS. Tanpa mereka kem ni takkan menjadi...memang hancur la kem tanpa diorang ni!hahahahaha! Oops...terlebih suda. Ini adalah barisan fasilitator bagi KEMPAS 2009. Fasi memang rock! Jap, Amin...mana Amin...(sambil melihat di celah kerusi dan di dalam beg Zuhir) :P


Cerita 3: Walimah Rin- Maafkan aku...


Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Noor Azrin Aman. Mintak maap banyak-banyak sebab tak dapat menghadiri majlis pernikahan dan perkahwinan kau. Dan mintak maap sekali lagi sebab tak dapat jadi pengapit ko..hukhukhuk... sedeynyer..

Bergambar dengan Rin masa kenduri Kijing. Sekarang Rin dah bergelar isteri orang. Rin dan pasangan telah selamat diijab kabulkan pada 12 Jun yang lalu.Sorry sangat-sangat ye Rin... aku tak dapat datang sebab ada hal keluarga. Atuk saudara aku (Hj. Abdullah bin Kassim) telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat tu..Al-Fatihah buat beliau.




Cerita 4: Kambing oh kambing...Edisi mari berjalan-jalan


Aktiviti riadah aku semasa penat dengan kerja adalah berjalan-jalan. Tak kisah la berjalan ke mana sekalipun asalkan dapat berjalan-jalan. Alkisahnya kali ni aku melawat ke ladang kambing di bahagian belakang UPM. Ladang kambing ni sebenarnya adalah milik Fakulti Pertanian, di mana segala jenis kajian dan eksperimen mengenai kambing dibuat di sini. Ladang ni juga terletak bersebelahan dengan Muzium Pastura (muzium rumput) yang tidak pernah aku ketahui kewujudannya. Pada pandangan kasar muzium ni nampak semak je..dipenuhi segala jenis rumput dan rumpai. Tapi rupanya ia adalah sebuah (sebuah??...) muzium rumput yang sangat unik dan terpencil.

Kambing oh kambing...
Ada macam-macam spesies kambing kat sini dari yang baka kampung sampailah baka import. Baru aku perasan kambing punya anak mata retina tak bulat, tapi berbentuk empat segi panjang. Kagumnyer........


p/s: Tetiba aku rasa macam nak tukar bidang dari wildlife ke kambing..huhu..

Friday, June 12, 2009

The engagement day - Rombongan meminang dah mai..


Butang bukan sebarang butang,
Butang dibeli dari Gujerat,
Datang bukan sebarang datang,
Datang sini membawa hajat

Berjalan pulang ke rumah bonda,
Diiring kicau si burung murai,
Cincin diterima sebagai tanda,
Janji bersama bakal termeterai


Huhu...jangan terkejut. Ni sebenarnya majlis pertunangan bff aku Cikgu 'Izzati Akmal dengan En. Aisamuddin Afiq a.k.a Apeq pada 7 Jun yang lalu.

Kronologi majlis; atas. Wakil dari pihak Apeq dan Zati sedang berbincang. Saat-saat tengah serius nih...bebudak tak boleh masuk campur. Duk dediam...
Bawah kanan; pinangan diterima.. Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan (persetujuan apa? Entah aku pun tak tau. Hanya keluarga kedua-dua pihak je yang tau..ahaks!) Doa dibaca sebagai tanda syukur kepada-NYA.
Bawah kiri; Apeq (tengah, berbaju putih) tengah nervous...hahaha!

Wakil dari pihak Apeq menyarungkan cincin sebagai tanda.

Zati anggun dengan tema berwarna pink.

Bersama geng x-treme dari zaman skolah. Atas; Yam, Zati n aku. Bawah; Frul, Apeq n Qin. Apeq tersenyum (gigi adalah trademark Apeq :P) tapi masih menampakkan rupa nervousnye...hehe

Masih sempat bergosip...hehe.. sebenarnya tengah dengar Zati membebel. Orang kalau bertunang malu-malu, makcik ni mantain sama jer.. musykil tul.

Majlis juga diserikan dengan persembahan dari anak-anak buah Zati.

Turn Mak Lang diorang lak try. Anis; anak buah Zati ternganga dengan penuh kekaguman

Hero kesayangan, Danish menunjukkan bakatnya meniup trompet secara terbalik... Bravo!

Zati kelihatan berseri-seri pada hari tersebut adalah kerana hasil andaman Pak Andam ni. Ada bakat nih... tengok gaya pun dah tau.hahaha...


Tuesday, May 12, 2009

Pengantin Bersanding

Ucap Selamat Pengantin Baru,
Buat pengantin cantik berpasangan,
Moga kekal ke anak cucu,
Bahagia selalu kasih berpanjangan.


1 Mei lalu merupakan hari bersejarah buat teman kami Aie, yang telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Ain di Ipoh, Perak. Manakala majlis menyambut menantu bagi pihak Aie telah diadakan pada 9 Mei lalu di Putrajaya. Berseri-seri wajah pengantin..ehem..ehem.. ;P. Ramai saudara mara kedua-dua belah pengantin yang hadir dan tidak terkecuali rakan-rakan sekolah yang dah laaaaaaaaaaaaaaaaaaamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak jumpa.


Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan gamelan dari pelajar UIA....(p/s: To Zai- UPM punya lagi best woo....kenduri akak krang (yang entah bila) nak panggil bebudak UPM....haha)


Bersama geng skolah(Qin, me, Iela and Ina)...just like old days. Takde Frul and Zati time ni.


SMKJ3rian...hehe...chaos sekejap masa nak tangkap gambar.

*Gambar tak best...kamera ku rosak...sob...sob... Gambar terpaksa captured dalam video.

Wednesday, April 15, 2009

DaripadaNYA dia datang..

Hari ini, 15 April 2009, seorang rakan dari Fakulti Perhutanan iaitu Faiz Tajuddin (Diploma batch 2003-2006, Bac. batch 2006-2008) telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.45 akibat jangkitan pada otak kesan dari demam yang teruk. Saya dan beberapa rakan menerima berita yang Allahyarham sakit tenat dan terlantar di Hosp. Serdang pada pagi tadi (8.30 pagi). Ketika itu kami berada di HSAH. Pada jam 1.30 kami bergerak untuk melawat Allahyarham di Hosp. Serdang. Dalam perjalanan ke sana, kami telah dikhabarkan dengan berita yang menyedihkan ini... Innalillah hi wainna ilai hirajiun.. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan beliau disamping orang yang beriman....

Dan kepadaNYA jugalah dia kembali. ALLAHUAKBAR!

Wednesday, April 8, 2009

The Birds

Yea!!! I've got something to share wit u guys.
@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@



This is Brown Kiwi (Apteryx mantelli). Frisco hantar dari New Zealand...hehe Sebenarnya dia bukan bagi burung Kiwi (kalau betul, Kong dah kat dalam jail sekarang). Tapi post-card with Kiwi pic. Brown Kiwi actually. One of the most endangered species. Native species in New Zealand and North Island. Burung kiwi adalah spesies burung yang tidak boleh terbang, sama seperti burung Emu, Ostrich dan ayam (kecuali ayam hutan). Ia adalah sejenis burung nocturnal (keluar malam), dan mempunyai sarang di dalam tanah untuk bertelur. Selalunya burung kiwi akan mengeluarkan 1 biji telur sahaja dalam satu musim. Burung kiwi juga adalah monogamous; 1 pasangan untuk seumur hidup, sama macam burung merpati. Keunikan burung kiwi adalah terletak pada lubang hidungnya....(apsal korang senyum?) Betul...lubang hidung atau nostril kiwi terletak di bahagian hujung paruhnya yang panjang. Sebab itu kiwi mempunyai deria bau yang kuat, memudahkan beliau untuk mengesan bau haiwan invertebrates kecil seperti cacing dan ulat. Burung kiwi juga makan buah-buahan, biji benih, ikan-ikan kecil dan haiwan amphibia macam katak. Emm...semua dia sapu. Tapi spesies burung ni makin pupus akibat pemburuan haram dan juga kadar pemangsaan yang tinggi (burung kiwi jadi mangsa kepada haiwan seperti kucing liar, musang etc). Burung kiwi diburu kerana bulunya yang unik dan lembut. Bagi masyarakat Maori, bulu burung kiwi adalah simbol kuasa dan kekayaan. Kini burung kiwi digunakan sebagai simbol rasmi negara New Zealand.
Post-card dari Kong.
Nak tanya satu soalan? Pernah tak dengar spesies burung bernama Kookaburra (kadang-kadang orang panggil Kookobara)? Nak dijadikan cerita, burung ni ada kat dalam kereta aku.


Hehe...ni adalah souvinier dari Kak Finie dari Aussie; masa menjalankan study visit ke Melbourne University. Burung kookaburra adalah sejenis native species di Australia dan New Guinea. Kookaburra merupakan spesies burung yang satu family dengan burung raja udang/Kingfisher (Halcyonidae). Cuma yang membezakannya, burung spesies ni tidak hidup di kawasan berair (e.g sungai, tasik, kolam) seperti Kingfisher. Ia merupakan burung terrestrial (mencari makanan di atas tanah) dan sejenis burung karnivor. Kookaburra memakan haiwan-haiwan seperti ular, tikus, serangga dan cicak. Burung ini juga makan cebisan daging yang diberikan oleh orang (dalam zoo). Ada satu kes (kat suburban Aussie), burung kookaburra menjadi ekstrim, apabila mencuri ketulan daging BBQ yang sedang dimasak. Lapar betul agaknya.... Kookaburra amat terkenal dengan bunyinya yang seakan-akan orang ketawa mengilai. So, don't unmistakably recognize the sounds with other 'creature' ye...

Burung Kookaburra adalah di antara yang terpilih untuk dijadikan maskot Sydney Summer Olympic pada tahun 2000. Burung Kookaburra juga sering diambil untuk dijadikan watak di dalam kartun Disney dan bunyi Kookaburra sering dimainkan di dalam muzik atau bunyi yang berunsurkan "jungle-sound". Macam mana bunyinyer... cuba dengar opening cerita The Jungle Book..hehe


Anyway, terima kasih Kong untuk post-card dan Kak Finie untuk Kookaburra plushie. I love it... ni rasa macam nak travel nih. Bila la dapat ke sana...

Thursday, April 2, 2009

Baby bash!!

Beberapa bulan ni ramai teman-teman yang telah menimang cahaya mata baru. Tahniah diucapkan buat:
  • Juli Robani (UPM) - baby boy (Muhammad Solihin)
  • Suhaina (UPM) - baby boy-->anak kedua (Muhammad Fareez Haiqal)
  • Yazmin (BBB) - baby boy (Ilyas Amar)
  • Norliza Jali (UPM)- baby girl
  • Nik Mohd. Zamani (UPM) - baby girl
  • Siti Zabedah (UPM) - baby boy
  • Marshaliza (UPM) - baby girl
On the way:
  • Ain
  • Najwa
  • Zahratul Firdaus

:- Sedang menyusun jadual untuk melawat anak-anak buah yang comel-comel ni. Sape nak ikut jum...

Wednesday, April 1, 2009

Sebuah Kisah Klasik: Nurafzan Anuar

27 March hari tu genaplah umur kawan aku ni 26 tahun...
Happy Birthday pok... semoga berbahagia selalu.



Kenangan masa lalu

Aku kenal Nurafzan Anuar a.k.a Iejan ni sejak zaman Kem Hutan 2001 lagi. Mula-mula memang tak rapat dengan dia, kami mula rapat masa hujung kem bila terperasan nombor akhir kad pengenalan kami sama. Pelikkan? Selalunya kita jumpa orang yang sama tarikh lahir, tapi no. kad pengenalan...memang jarang-jarang...

Kenangan time amali. Subjek dalam Perhutanan memang baaaaaaaaaaaanyaak amali dan field trip. Penat tapi best.

Banyak2 amali, amali subjek Ekologi Hutan (Diploma). Masa tu kami kena amik data 30 jam untuk suhu dan kelembapan. Dengan bestnyer kami merancang untuk membuat amali tersebut di Hutan Lipur Lentang. Kira lain dari yang lain la kononnya. Orang lain kebanyakannya buat kat sekitar UPM (tapi ada gak yang buat kat P.D :P), tapi kitaorang bersemangat nak amik data di kawasan sungai. Otw ke Lentang (kitaorang tumpang van Kus; coursemate), tiba-tiba van yang kitaorang tak boleh naik bukit kat highway Karak. Enjin ok lagi, tapi van tak gerak-gerak. Nak dijadikan cerita, seramai 7 orang penumpang van tersebut telah dikerahkan oleh En.Drebar or Kus untuk menolak van menaiki bukit di tengah-tengah Lebuhraya Karak yang horror itu...wuuu... Gambar kat atas tu adalah bukti hari yang bersejarah tersebut di mana kami telah tersadai di tengah highway sementara menunggu bantuan untuk ke Genting Sempah. Iejan selaku ketua group, telah mengetuai amali dengan jayanya. Paling best, berendam dalam sungai sepanjang amali (walaupun takde data untuk dalam air).

Moral of the story:

  1. Sila periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan jauh terutamanya clutch. Walaupun anda mengisi minyak bergelen2 tapi clutch rosak maka tiadalah gunanya anda menggunakan minyak apa sekalipun... ;P
  2. Kepada adik-adik Junior yang membaca blog ni, buatlah amali di tempat yang senang. Ambiklah iktibar dari kejadian ini...huhu..


Amali yang paling best; tentunya amali Wildlife di Sg.Lalang, Semenyih (bagi aku la...) Best sebab dapat mandi sungai, makan sedap and tangkap burung. Walaupun aku tak satu group dengan Iejan, kitaorang sekhemah. Paling aku ingat time amali Wildlife ni, group Iejan kena kejar dengan Beruang... paling best kawan kitaorang, Rin nampak Beruang tu macam pegang parang!!! apakah???

p/s: Perasan tak gambar yang kedua tu... ada sesuatu yang ganjil tak?hehehe


Merantau or berjalan-jalan time







Thanks Iejan, kerana menjadi sahabat aku. Semoga persahabatan kita akan berkekalan.

Domo Arigato!!!