Wednesday, September 16, 2009
Edisi Bumper: Nah! Amik Ko.
Monday, July 13, 2009
Tautan Hati Tiga Serangkai
11 Julai 2009 adalah tarikh bersejarah buat keluarga En. Jemali dan Pn. Azimah. Pada tarikh ini tiga anakanda mereka telah melangkah ke alam berumah tangga. Sekaligus, keluarga ini juga bertambah lagi tiga orang ahli baru yang menjadi anak menantu mereka berdua.
Kedatangan para pengantin yang diusung dengan kereta Hilux. Sangat Forester! haha!
Persembahan pencak silat buat para raja sehari, satu tradisi dalam adat istiadat Melayu.
Upacara memotong kek beramai-ramai. Sebenarnya kek tu ada 4 biji, tak tau kenapa diorang nak share gak potong kek yang satu ni........
Memandangkan para pengantin nak share satu kek je, Iejan bercadang untuk tapau sebiji bawak balik...hehe... Acah je.. tapi sebenarnya aku rasa Iejan tengah amik ilham dengan deko kek pengantin ni. Untuk apa???!! Hanya beliau saja yang tahu...*wink!*
Rakan taulan yang menghadiri majlis bersejarah tersebut. Ada yang dah jadi mak budak, yang ada 'aura' bakal mempelai pun ada jugak, yang single pun ada jugak.
Bersama bebudak Forest dari 3 generasi berlainan-aku(Jr.), Kak Fad(Super Senior) dan Kak Finie(Senior). Tuesday, June 16, 2009
4 in 1
Wajah ceria pengantin baru.
Disekitar majlis perkahwinan Idzha a.k.a Kijing dan Elly.
Bersama kengkawan batch Forestry 2001-2004 dan 2004-2006. Kelihatan Shah (belakang, 2 dari kanan yang tak pandang kamera) sedang mengedarkan kad kahwinnya.
Wajah ceria para peserta ketika aktiviti tanam pokok. Mana tak ceria...muka masuk paper..huhu!
Fasi dan peserta tak dapat dipisahkan (masa kem la..). Chaos ketika mengambil gambar dengan peserta. Ini adalah gambar ketika majlis penutupan program. Ketika ini pemenang bagi pertandingan telah diumumkan. Tahun ni kumpulan peserta dari Kelantan telah menjuarai KEMPAS 2009. Diikuti oleh kumpulan Kuala Lumpur (2nd place) dan Putrajaya (3rd place).
Inilah mereka yang menjadi tulang belakang KEMPAS. Tanpa mereka kem ni takkan menjadi...memang hancur la kem tanpa diorang ni!hahahahaha! Oops...terlebih suda. Ini adalah barisan fasilitator bagi KEMPAS 2009. Fasi memang rock! Jap, Amin...mana Amin...(sambil melihat di celah kerusi dan di dalam beg Zuhir) :P
Bergambar dengan Rin masa kenduri Kijing. Sekarang Rin dah bergelar isteri orang. Rin dan pasangan telah selamat diijab kabulkan pada 12 Jun yang lalu.
Sorry sangat-sangat ye Rin... aku tak dapat datang sebab ada hal keluarga. Atuk saudara aku (Hj. Abdullah bin Kassim) telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat tu..Al-Fatihah buat beliau.
Kambing oh kambing... Tuesday, May 12, 2009
Pengantin Bersanding
1 Mei lalu merupakan hari bersejarah buat teman kami Aie, yang telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Ain di Ipoh, Perak. Manakala majlis menyambut menantu bagi pihak Aie telah diadakan pada 9 Mei lalu di Putrajaya. Berseri-seri wajah pengantin..ehem..ehem.. ;P. Ramai saudara mara kedua-dua belah pengantin yang hadir dan tidak terkecuali rakan-rakan sekolah yang dah laaaaaaaaaaaaaaaaaaamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak jumpa.
Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan gamelan dari pelajar UIA....(p/s: To Zai- UPM punya lagi best woo....kenduri akak krang (yang entah bila) nak panggil bebudak UPM....haha)
Bersama geng skolah(Qin, me, Iela and Ina)...just like old days. Takde Frul and Zati time ni.
SMKJ3rian...hehe...chaos sekejap masa nak tangkap gambar. Sunday, May 10, 2009
Bonda Ratu Hatiku....
Wednesday, April 22, 2009
Time For Change - EARTH DAY

Earth Day, celebrated April 22, is a day designed to inspire awareness and appreciation for the Earth's environment. It was founded by U.S. Senator Gaylord Nelson as an environmental teach-in in 1970 and is celebrated in many countries every year. This date is Spring in the Northern Hemisphere and Autumn in the Southern Hemisphere.
What you can do for Earth Day
Reduce/reuse/recyclePractice the three R's: first reduce how much you use, then reuse what you can, and then recycle the rest. Then, dispose of what's left in the most environmentally friendly way.
1. Reduce:- Buy permanent items instead of disposables.
- Buy and use only what you need.
- Buy products with less packaging.
- Buy products that use less toxic chemicals.
2. Reuse:
- Repair items as much as possible.
- Use durable coffee mugs.
- Use cloth napkins or towels.
- Clean out juice bottles and use them for water.
- Use empty jars to hold leftover food.
- Reuse boxes.
- Purchase refillable pens and pencils.
- Participate in a paint collection and reuse program. For information on handling household solid waste.
- Donate extras to people you know or to charity instead of throwing them away.
- Reuse grocery bags as trash bags.
3. Recycle:
- Recycle paper (printer paper, newspapers, mail, etc.), plastic, glass bottles, cardboard, and aluminum cans. If your community doesn't collect at the curb, take them to a collection center.
- Recycle electronics
Save energy
- Turn off appliances and lights when you leave the room.
- Use the microwave to cook small meals. (It uses less power than an oven.)
- Have leaky air conditioning and refrigeration systems repaired.
- Insulate your home, water heater and pipes.
- Replace incandescent light bulbs
Planting some trees or flowers. The greener, the better!
Thursday, April 2, 2009
Baby bash!!
- Juli Robani (UPM) - baby boy (Muhammad Solihin)
- Suhaina (UPM) - baby boy-->anak kedua (Muhammad Fareez Haiqal)
- Yazmin (BBB) - baby boy (Ilyas Amar)
- Norliza Jali (UPM)- baby girl
- Nik Mohd. Zamani (UPM) - baby girl
- Siti Zabedah (UPM) - baby boy
- Marshaliza (UPM) - baby girl
- Ain
- Najwa
- Zahratul Firdaus
:- Sedang menyusun jadual untuk melawat anak-anak buah yang comel-comel ni. Sape nak ikut jum...
Wednesday, April 1, 2009
Sebuah Kisah Klasik: Nurafzan Anuar
Aku kenal Nurafzan Anuar a.k.a Iejan ni sejak zaman Kem Hutan 2001 lagi. Mula-mula memang tak rapat dengan dia, kami mula rapat masa hujung kem bila terperasan nombor akhir kad pengenalan kami sama. Pelikkan? Selalunya kita jumpa orang yang sama tarikh lahir, tapi no. kad pengenalan...memang jarang-jarang...
Kenangan time amali. Subjek dalam Perhutanan memang baaaaaaaaaaaanyaak amali dan field trip. Penat tapi best.
Banyak2 amali, amali subjek Ekologi Hutan (Diploma). Masa tu kami kena amik data 30 jam untuk suhu dan kelembapan. Dengan bestnyer kami merancang untuk membuat amali tersebut di Hutan Lipur Lentang. Kira lain dari yang lain la kononnya. Orang lain kebanyakannya buat kat sekitar UPM (tapi ada gak yang buat kat P.D :P), tapi kitaorang bersemangat nak amik data di kawasan sungai. Otw ke Lentang (kitaorang tumpang van Kus; coursemate), tiba-tiba van yang kitaorang tak boleh naik bukit kat highway Karak. Enjin ok lagi, tapi van tak gerak-gerak. Nak dijadikan cerita, seramai 7 orang penumpang van tersebut telah dikerahkan oleh En.Drebar or Kus untuk menolak van menaiki bukit di tengah-tengah Lebuhraya Karak yang horror itu...wuuu... Gambar kat atas tu adalah bukti hari yang bersejarah tersebut di mana kami telah tersadai di tengah highway sementara menunggu bantuan untuk ke Genting Sempah. Iejan selaku ketua group, telah mengetuai amali dengan jayanya. Paling best, berendam dalam sungai sepanjang amali (walaupun takde data untuk dalam air).Moral of the story:
- Sila periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan jauh terutamanya clutch. Walaupun anda mengisi minyak bergelen2 tapi clutch rosak maka tiadalah gunanya anda menggunakan minyak apa sekalipun... ;P
- Kepada adik-adik Junior yang membaca blog ni, buatlah amali di tempat yang senang. Ambiklah iktibar dari kejadian ini...huhu..
Amali yang paling best; tentunya amali Wildlife di Sg.Lalang, Semenyih (bagi aku la...) Best sebab dapat mandi sungai, makan sedap and tangkap burung. Walaupun aku tak satu group dengan Iejan, kitaorang sekhemah. Paling aku ingat time amali Wildlife ni, group Iejan kena kejar dengan Beruang... paling best kawan kitaorang, Rin nampak Beruang tu macam pegang parang!!! apakah??? p/s: Perasan tak gambar yang kedua tu... ada sesuatu yang ganjil tak?hehehe
Merantau or berjalan-jalan time
Wednesday, March 18, 2009
Kompang dipalu..

Saturday, January 24, 2009
Gong Xi Fa Chai!
Kisah: Anak Cina
Alkisah 1: Masa kecil dulu aku memang takde rupa anak Melayu, hatta anak Banjar. Menurut cerita mak aku, ada satu hari tu dia pergi ke pasaraya. Masa tu kami masih tinggal di Lurah Bilut, Pahang sebab parents aku mengajar kat sana. Tetiba tokeh kedai datang menyapa mak aku yang sedang mendokong aku, lalu tokeh tu trus tanya mak aku "Itu anak angkat ka?". Mak aku terus terpinga2 sebab tak faham apa maksud tokeh kedai tu. Pastu tokeh tu cakap "Ini amoi a..tada rupa malayu. Sama macam saya jugak. Manyak sepet oo u punya anak". Pastu mak aku punyerla gelak. (Ceh..apek ni. Cakapla aku ni comel ke, putih ke, cute ke...tang mata aku gak yang dia komen.). Kalau diikutkan, aku banyak ikut nenek sebelah ayah aku yang ada mix sikit dengan Jepun/Cina. Aku pun tak pasti sebab nenek ni dah meninggal, dan aku tak pernah jumpa dia. Even tak de siapa pun yang tahu kesahihan cerita tersebut sebab selepas atuk dan nenek aku berpisah, takde orang pernah jumpa dia. Ayah aku dibela oleh atuk belah ayah aku.
Alkisah 2: Masa umur aku dalam lingkungan 4/5 tahun, aku dijaga oleh nenek aku di kampung, Tg. Karang Selangor. Nak dijadikan cerita satu hari tu ada nyonya jual ikan datang kat depan rumah nenek. Pastu terus dia sapa aku dalam bahasa cina. Dia tengok aku terdiam je, lantas nyonya ni terus cakap bahasa melayu "Nenet ada lumah ka?". Aku yang masih tergamam dengan sapaan nyonya tadi terus terdiam. "Aiya...lu tatak tinga ka?". Aku terus ketakutan sebab aku ingat nyonya tu nak tetak 'tinga' aku, terus berlari mendapatkan nenek aku kat dalam rumah. Pastu nenek marah kat aku sebab tak panggil dia awal-awal. Mana la aku tau, nyonya tu punya cakap pun aku tak faham...hehehe...
Alkisah 3: Ini cerita masa aku dah masuk sekolah rendah pulak dalam darjah 4. Dulu kat kelas kitaorang ada kalendar birthday. Ada sorang mamat Chinese kat dalam kelas aku, tak tau kenapa masa besday aku dia bagi hadiah coklat. Aku baik dengan dia "as a classmate" la. Masa tu bebudak, mana tau erti suka or syok. Aku punyerla suka sebab dapat hadiah dari dia, sebab dia sorang je budak lelaki yang bagi hadiah. Bila dah besar panjang ni, aku fikir-fikirkan balik...baik nyer dia bagi hadiah kat aku. Coklat lagi tu...time tu mahal la jugak untuk budak sekolah (Coklat bar macam Van Houten rasanya...aku pun tak ingat coklat camner, tapi coklat la). Apakah itu? Lost contact dengan dia sejak masuk sekolah menengah sebab aku pindah ke Bdr Baru Bangi. Tapi dia memang baik dengan aku.
Kalau diikutkan banyak gak alkisah yang lawak pasal rupa aku yang bermata sepet ni. Sehinggalah aku meningkat remaja, di mana rupa aku dah berubah sedikit kemelayuan dan kulit aku tak seputih dulu (sebab selalu berjemur masa sukan ngan training tae kwon do...blame it on this!!). Sejak aku mula memakai tudung masa darjah 5, orang dah tak silap pandang aku sebagai amoi lagi. Dan aku tak segan untuk mengaku aku anak Banjar...hehehe
Wednesday, December 31, 2008
Monday, December 29, 2008
Wednesday, October 1, 2008
Thursday, September 25, 2008
RAYA : My Baju, My Cookies, My Phobia
Inilah baju raya tahun ni yang bertemakan coklat muda. Beli siap je, tak sempat nak tempah. Ni baju kurung cekak musang yang akan dipakai sekali dengan selendang bertona warna sama (selendang hadiah birthday from inche' Frisco)
My Cookies
Kali ni ambo nak menurunkan ilmu memasak dengan memberikan resipi chocolate chips cookies yang menjadi salah satu juadah kuih rayo ambo. Okey murid-murid, sila ambil pen dan kertas:
Bahan-bahan
- 345g mentega (jangan guna marjerin, x sedap)
- 230g gula perang
- 60g putih telur (dlm 5 biji)
- 200g tepung halus
- 145g tepung naik sendiri
- 115g tepung jagung
- 200g coklat chip
- 2 sudu teh/sudu kecil esen vanilla
- kacang gajus/walnut/badam yg telah dibakar sehingga perang (dlm 15 minit dlm suhu 170 oC) dihancurkan sedikit.
Cara membuatnya:
- Gaul gula dan mentega sehingga kembang
- Campurkan putih telur dan gaulkan
- Masukkan kesemua tapung ke dalam adunan (tepung halus, naik sendiri dan jagung)
- Masukkan coklat chip dan kacang
- Susun adunan di atas dulang pembakar/tray mengikut saiz yang disukai. Peringatan: adunan mempunyai tepung naik sendiri, jadi biskut akan mengembang sekali ganda semasa dibakar.
- Bakar dalam oven pada suhu 170 oC sehingga biskut masak/perang dlm 15 minit.
- Bila dah masak, sejukkan biskut di atas relai.
Ha, lebih kurang camni la biskutnye kalau dah siap. Ni aku sesaja wat besar2, ala2 cookies kat dalam Sesama Street. Budak-budak kecik suka yang saiz camni.
My Phobia
Tak tau nak describe apa benda nama phobia ni dalam bahasa saintifik. Tapi dah dekat 2 tahun kot aku mengalami phobia ni. Takde lah teruk sangan tapi bagi aku ni kes besar la jugak. Aku phobia nak balik kampung!!! Macam pelik je kan dengar benda ni, padahal semua orang bila raya excited nak balik kampung. F.Y.I kampung aku adalah tempat lahir aku di Tanjung Karang walaupun famili aku, termasuk nenek aku duduk kat Bandar Baru Bangi dan Kajang. Asbabnya phobia balik kampung adalah kerana takut dengan soalan2 yang akan ditanya oleh saudara mara dan rakan taulan saudara di kampung. Contoh soalannya adalah:
- Bila nak kahwin?(ni soalan yg paling popular)
- Anak si polan nak buat kenduri hujung bulan ni. Kak Ani bila nak sambut menantu? (ni orang selalu tanya kat mak aku)
- X: Dah ada boyfren ke belum? Aku: Tak de...sibuk. mana ada masa nak berkawan2 ni. X: La...yeke. Kesiannya. (aku paling benci perbualan picisan camni..huh)
- Tak de orang masuk meminang lagi ke? Takpe, nanti makcik kenalkan dengan anak sedara jiran sebelah rumah punya kawan punya sepupu kat London tu (London tu rekaan semata, tapi best jugak kalu dapat..muahaha)
Ha...ni adalah contoh sahaja. Ada macam2 lagi tau. Tapi macam biasa jawapan yang akan aku berikan:
- Tak boleh nak kahwin lagi. Saya masih belajar, takde duit. Kalau nak sponsor ok gak (ni loyar buruk punye)
- Tak jumpa lagi jodohnya...(ni sopan sket)
- Tengoklah...tahun depan kot...(ni jawapan sedang menaruh harapan sambil bohong sunat sket)
- Senyum sambil makan biskut raya, pastu cepat2 tukar topik mcm puji langsir rumah diorang, puji biskut raya, tanya nama jiran belakang rumah dan sbgnya..hehehe....
Ha...demikianlah cerita raya aku. Amacam? Ada yang senasib dengan aku?











