(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label Occasion. Show all posts
Showing posts with label Occasion. Show all posts

Wednesday, April 22, 2009

Time For Change - EARTH DAY


Earth Day, celebrated April 22, is a day designed to inspire awareness and appreciation for the Earth's environment. It was founded by U.S. Senator Gaylord Nelson as an environmental teach-in in 1970 and is celebrated in many countries every year. This date is Spring in the Northern Hemisphere and Autumn in the Southern Hemisphere.

The United Nations celebrates an Earth Day each year on the March equinox, which is often March 20, a tradition which was founded by peace activist John McConnell in 1969.

(Source: National Geographic)


What you can do for Earth Day

Reduce/reuse/recyclePractice the three R's: first reduce how much you use, then reuse what you can, and then recycle the rest. Then, dispose of what's left in the most environmentally friendly way.

1. Reduce:
  • Buy permanent items instead of disposables.
  • Buy and use only what you need.
  • Buy products with less packaging.
  • Buy products that use less toxic chemicals.

2. Reuse:

  • Repair items as much as possible.
  • Use durable coffee mugs.
  • Use cloth napkins or towels.
  • Clean out juice bottles and use them for water.
  • Use empty jars to hold leftover food.
  • Reuse boxes.
  • Purchase refillable pens and pencils.
  • Participate in a paint collection and reuse program. For information on handling household solid waste.
  • Donate extras to people you know or to charity instead of throwing them away.
  • Reuse grocery bags as trash bags.

3. Recycle:

  • Recycle paper (printer paper, newspapers, mail, etc.), plastic, glass bottles, cardboard, and aluminum cans. If your community doesn't collect at the curb, take them to a collection center.
  • Recycle electronics

Save energy

  • Turn off appliances and lights when you leave the room.
  • Use the microwave to cook small meals. (It uses less power than an oven.)
  • Have leaky air conditioning and refrigeration systems repaired.
  • Insulate your home, water heater and pipes.
  • Replace incandescent light bulbs

Planting some trees or flowers. The greener, the better!


Thursday, March 26, 2009

Turn off the lights!!!

28 March 2009....

Switch off the lights ,

only for 1 HOUR..



and save the Earth from

global warming.


C



and save our bills too.... (^_~)


Wednesday, March 18, 2009

Kompang dipalu..

"Selamat pengantin baru, semoga kekal abadi,
Bahgia ke anak cucu, sentosa murah rezeki.."
Itulah bait-bait lirik lagu Selamat Pengantin Baru dendangan Allahyarhamah Puan Seri Saloma. Dan kata-kata itu jua ditujukan buat rakan sekolah merangkap jiran rumah ku, Fadhil dan isterinya Nadia.
Tanggal 15 Mac lepas, berlangsungya majlis persandingan sebelah pihak lelaki. Majlis meriah dengan kehadiran saudara mara dan rakan taulan keluarga pengantin. Tahniah Fadhil... pasni tak dapat la lepak kat Sushi King dengan aku dan Ina...huhuhu


Rakan sekolah: (L)Frul, aku, Fadhil a.k.a Shinigami Fadhil (cheh...pengaruh Bleach), Nadia dan Iela.


Makan...aku paling suka lauk kenduri...sodap..


Friday, November 14, 2008

Day 4 Out of Bangkok : Treasure the nature and culture time

14.11.2008-Kedinginan menyelubungi hostel kami di KYNP. Suhu pada awal pagi itu adalah dalam 11oC. Satu pagi yang indah di sini dengan pemandangan yang cantik dan udara yang nyaman. Rasa macam nak stay kat situ je.
Pemandangan di sekitar hostel
Berposing jap di depan hostel kami
Pagi tersebut, sebelum bersarapan, aku dan beberapa orang peserta berjalan2 di sekitar hostel, meninjau2 keindahan taman negara tersebut. Sempat la aku menangkap gambar beberapa ekor wildlife yang terdapat situ.
Oriental Pied Hornbill
Black-naped Oriole
Selepas bersarapan dalam jam 8.30 pagi, kami bertolak meninggalkan hostel menuju ke visitor center untuk chect-out dan 'meninjau' kedai cenderamata KYNP.
Kak Finie, John dan aku. Bergambar di depan bas.
Adengan membeli barangan KYNP
Selepas itu kami bergerak meninggalkan KYNP untuk menuju ke Sakaerat iaitu sebuah daerah yang terletak bersebelahan dengan KYNP (sebelah timur). Adalah jugak dalam 1 jam perjalanan. Di Sakaerat kami tinggal di Kasetsart University Faculty of Forestry (KUFF)Study Center, kira macam Hutan Simpan Ayer Hitam di Puchong. Lagi best HSAH sebab ada sungai untuk mandi manda...muahahaha.....
Sakaerat Environment Research Stations
Sakaerat Environmental Research Stations atau SERS ditubuhkan di bawah pengurusan Kementerian Sains dan Teknologi Thailand. Fungsi SERS ni sama seperti FRIM di Malaysia.
Menariknya di SERS ini bukan sahaja kajian tentang alam semulajadi, tetapi SERS juga merupakan pusat kebudayaan penduduk tempatan. Ia juga sebagai satu tarikan ekopelancongan di Sakaerat.
Mari memasak Khuay a.k.a kuih Bepang versi Thai
Resepinya:
P/s: Korang translate la sendiri ye...
Sesi penerangan
Panorama di sekitar SERS
Red junglefowl a.k.a Ayam hutan
White squirel
Burung bayan
Dry dipterocarp forest Mix dry dipterocarp forest and grassland
Malam yang panjang
Malam tersebut terdapat aktiviti star gazing di SERS. Jadi kami pun stay di SERS sehingga malam.
1. Warm-Tukang cerita yang bertauliah. Dia ni memang peramah. Walaupun kurang fasih berbahasa Inggeris, namun dia tetap ceria bercerita dengan kami.
2. Pendengar cerita yang penuh khusyuk. Dari kiri: Pacik Hamid, Edo, Nanin dan Kak Finie. Kitaorang kena dengan dengan teliti apa yang si Warm ni cerita, kalau tak tak faham. Lihat wajah mereka yang penuh khusyuk itu.
3. Aku-Khusyuk jugak...tapi tengah kesejukan. Udara dari kawasan pergunungan berhembus lembut mencengkam kulit...adei...aku nak ke toilet sebenarnya tu...
Bulatan hitam-Lebihan makanan vegi yang telah dihidangkan untuk kami pada malam itu...ada telur dadar skali. Tapi dah habis.
Masih khusyuk mendengar cerita. Fokus kepada bulatan kuning. Ha!!! tu la dia kamus Besta yang aku dok ceghita tu. Diorang slalu pakai kamus tu untuk berkomunikasi dengan kami yang foreigner ni. Siap suruh kitaorang eja lagi perkataan dalam bahasa Inggeris. Jenuh la tiap kali nak bercakap tiap kali tu la nak mengeja. Kalau satu rangkap perkataan ada 10 patah perkataan, naya la nak mengejanya.
Memasak biskut traditional diorang..emm..tak ingat nama Thai tapi nama internationalnya Paper Rice cookies.
Selain dari xtvt star gazing kami juga diberi peluang untuk membuat pengecaman serangga dengan menggunakan kaedah skrin dan lampu. Nah, cuba la teka dari species apakah ini.


To be continue....



Thursday, November 13, 2008

Day 3 in Bangkok: Out of Bangkok!!!

13.11.2008-Hari ketiga kami di Bangkok. Pagi itu, selepas bersarapan kami bertolak ke Khao Yai National Park. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari kota Bangkok ke Khao Yai National Park (K.Y.N.P). Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan bukit bukau dan kawasan penanaman padi yang saujana mata memandang. Difahamkan bahawa pertanian adalah penjana ekonomi yang utama bagi penduduk di kawasan utara Thailand ini.Kami tiba di gate K.Y.N.P hampir jam 10.30 a.m. Sebelum meneruskan perjalanan ke h.q K.Y.N.P, kami sempat menyinggah dulu ke Heaw Narok Waterfall. Heaw Narok Waterfall adalah air terjun yang terbesar dan tertinggi di K.Y.N.P ini. Air terjun ini berketinggian 150 meter dan mempunyai 3 tingkat air terjun. Ketika kunjungan kami, K.Y.N.P ini sedang mengalami musim panas (suhu sekitar 26oC), dikatakan ketika musim hujan, kawasan di sekitar Haew Narok Waterfall adalah berbahaya kepada pelawat kerana dikhuatiri berlakunya banjir dan aliran air sungai yang deras secara tiba2 (kepala air kalau orang Malaysia cakap).

Berposing mercu tanda Haew Narok Waterfall.


Pemandangan di sekitar Haew Narok Waterfall.

Gajah oh Gajah

Semasa berjalan menuju ke waterfall, aku ternampak satu kesan tapak kaki gajah betul2 bersebelahan dengan trail. Kesan tapak kaki tersebut kelihatan masih baru, mungkin pada awal pagi tadi gajah tersebut telah melalui denai hutan yang melintasi trail tersebut.

Tapak kaki gajah. Mungkin anak gajah sebab saiz tapak kaki yang kecil.


Cerita di sebalik pagar

Semasa hampir ke destinasi, waterfall, terdapat sebuah pagar lama yang menutupi di sepanjang kawasan tebing sungai hinggalah ke atas bukit. Pagar tersebut berkemungkinan berusia lebih dari 100 tahun yang dibuat dari batu dan kawat duri. Menurut cerita, pagar tersebut dibina bagi menghalang gajah dari melintasi kawasan sungai yang berhampiran dengan air terjun. Dahulu pernah terdapat beberapa ekor gajah yang mati lemas ketika berenang melintasi sungai akibat aliran air yang deras terutamanya di musim hujan. Orang Thai juga sangat memuja gajah, hinggakan mereka sanggup membina pagar bagi menghalang haiwan tersebut menghampiri air terjun. Trail pejalan kaki dibina melintasi pagar tersebut dengan sebuah pintu kecil bagi laluan pelawat. Penduduk tempatan biasanya akan meletakkan bunga pisang (Heleconia) di satu sudut di tepi pintu pagar dan berdoa agar gajah di kawasan tersebut akan selamat.


Sebahagian dari pagar

Pintu kecil bagi kegunaan pelawat

Ukiran gajah putih di bahagian atas tembok pagar.


Bunga pisang dan patung gajah (yang mungkin dah berpuluhan tahun usianya) sebagai tanda mendoakan kesejahteraan haiwan tersebut.


Heaw Narok Waterfall



Khao Yai National Park

Perjalanan kami kemudiannya diteruskan menuju ke h.q Khao Yai National Park. Udara dingin sudah mula terasa memandangkan kami sudah berada pada ketinggian hampir 1000m a.s.l. KYNP adalah merupakan taman negara yang terbesar (2, 168km2) di Thailand. KYNP ditubuhkan pada tahun 1962 dan juga merupakan salah satu taman negara tertua di negara Gajah Putih itu.

Kawasan hutan di KYNP ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tropical moist evergreen forest, dry evergreen forest, dry deciduous forest, bamboo forest, hill evergreen forest dan grassland. Pihak pengurusan KYNP akan membakar kawasan grassland sekali dalam setahun bagi mengelakkan berlakunya proses penyesaran(di mana spesies pokok berkayu akan menggantikan rumput) kerana kawasan berumput atau grassland ini merupakan kawasan sumber makanan utama bagi rusa, gajah dan gaur (macam seladang).


Dry evergreen forest

Grassland

KYNP juga merupakan kawasan tadahan air yang penting dan mempunyai sebuah reservoir (kolam tadahan air) yang menyimpan air bagi penduduk di sekitar KYNP dan akan membekalkan air bagi aktiviti pertanian di kawasan kaki bukit di sekitar KYNP. Sumber air ini adalah sangat penting bagi penduduk di kawasan pedalaman dan di sekitar KYNP terutamanya ketika musim kering.

Sai Sorn Reservoir

KYNP Head Quarters

Setelah tiba di hq, kami telah disajikan dengan hidangan makan tengahari. Bagaimanapun, kami yang muslim terpaksa menjadi ala2 vegitarian hari ni sebab daging ayam yang disediakan tak halal... tapi tak mengapa, nasib baik kitaorang ada membawa bekal serunding atau dalam bahasa Indonesia dipanggil abon yang dijadikan sebagai lauk gantian kepada kami. Lupa nak bagitau, trip kami kali ini disertai oleh 2 orang observer dari UK, iaitu Katherine dan John yang merupakan wakil dari Eden Project di UK (United Kingdom ok...bukan Ulu Kelang). Katherine ni sebenarnya seorang vegi, tapi lately dia menjadi veg-egg sebab dia makan sayur dan telur. Bila aku tanya kenapa, dia cakap "It's hard to resist the Thai food, you know...and sometimes it's much difficult to find a vegitarian food around here"...emm..alasan yang munasabah jugak sebab kalau tengok hidangan makanan diorang memang melelehlah saliva, kalau peminat tom yam tu, jangan jelas na, kitaorang makan tomyam sea food hari2 sejak dari hari tu. Lepas tu masakan sayuran mereka pula selalunya dicampur dengan udang dan minyak ikan...memang tak vegi langsung la. Selalunya si Kata(nama manja minah ni) join makan skali dengan kitaorang sebab berkongsi lauk yang sama. Si John ni pulak, segala benda dia taram (kucing aku tak sure plak...).

Di bangunan hq KYNP terdapat sebuah pokok Ipoh (Antiaris toxicaria) yang sangat tinggi dan berusia ratusan tahun. Pokok Ipoh ni tumbuh di dalam kawasan bangunan (jap...rasanya diorang sengaja bina bangunan di atas kawasan pokok ni). Pihak pengurusan mungkin sengaja tidak menebang pokok tersebut dan dijadikan sebagai tarikan di situ.


Aktiviti di petang hari: 4w/d Sight-seeing

Selepas lunch dan berehat sekejap, kami meneruskan aktiviti dengan melawat kawasan di sekitar KYNP dengan menaiki truck. Aku dan Kak Finie memilih untuk berdiri walaupun terdapat seat di bahagian belakang truck tersebut (bebudak lain berebut nak duduk, jadi tak kisahlah kalau kami bediri). Bagi aku berdiri memudahkan aku untuk meninjau keadaan di sepanjang jalan dan mengambil gambar tentunya...(jangan tiru aksi kami melainkan anda adalah seorang penumpang truck yang profesional...ngehngehngeh)

Beginilah ghupernya keadaan kami bila menaiki truck untuk aktiviti observation. Menjimatkan ruang dan praktikal.

View di sepanjang perjalanan

Pa Deo-Die Cliff (Rom Mountain ridge scenary)

Some wildlife in KYNP

The Pig-tailed macaque

Sambar deer (agak jinak)
The flora

Wildlife Night Observation

Malamnya, dalam jam 9 lebih, kami melakukan aktiviti wildlife observation. Aktiviti yang memang aku nanti2kan jugakla sebab diorang cakap waktu malamlah kami berpeluang untuk melihat pelbagai haiwan nocturnal dan mamalia besar seperti rusa, muntjack, gajah dan imau(harimau). Dengan perasaan yang berkobar2, kami meredah kedinginan malam (sejuk...macam kat New Zealand :p, 10oC) dengan harapan dapatlah melihat haiwan-haiwan tersebut secara live.

Berhimpitan di atas lori/truck, macam PATI kena tangkap polis

Dan hasilnya....

Kami bernasib baik kerana pada malam tersebut cuaca baik dan bulan bersinar dengan terangnya. Maka dapatlah kami berjumpa dengan makhluk2 ni..

Payau

Rusa

Dan yang ni paling best....best yang teramat. Sangat(8x) gembira, suka, best, seronok macam dapat jumpa jejaka idaman.

ENCIK GAJAH PUTIH!!!!!! The most rarest species and so difficult tu see, but I saw it in KYNP. It's maybe once in a life time chance. I was so lucky to have this experience; the chance to face this species as live in action and in wildly(kat zoo tak main la)... Tak tido malam aku dibuatnya.

This one also. Tapi ni Cik Gajah. Dapat snap sikit je sebab terlalu dekat dan berbahaya buat kami.

Selain tu kami telah ternampak landak, muntjack, musang dan kucing hutan. Tapi tak de sapepun sempat tangkap gambar sebab gelap dan of course la makhluk tu dah lari jejauh.

To be continue lagi.....