(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Thursday, November 13, 2008

Aku telah di tagged (2 tagged)!!!!

Akhirnya aku dapat membuat taggged yang di bagi oleh zai a.k.a anggerik hutan. Sian dia, dah lama tunggu, skrang baru akak ada masa nak buat.

Tagged 1
Tag tentang 7 perkara..
1) 7 ciri wanita/lelaki idaman anda
1)PENYABAR...sebab aku ni banyak pe'elnye...

2)PENYAYANG..bagi aku lelaki yang penyayang bukan saja sayang kat aku tapi kat keluarga dia, keluarga aku, anak-anak (bakal anak kami hehehe...), kucing aku, ikan, ayam, pokok, hutan, wildlife..blablabla..
3)BERPENGETAHUAN TINGGI...dalam pelajaran, ilmu agama, pengalaman hidup.
4)Seorang yang OUTGOERS atau aktif. Aku tak suka dengan lelaki yang duduk tengok t.v, main game kat komputer 24 jam. At least ada la bersukan, beraktiviti outdoor sket.
5)MEMPUNYAI CHEMISTRY antara aku dan dia. Dia boleh faham cara aku dan percaya dengan apa yang aku lakukan. Aku akan sentiasa teringat dekat si dia di mana jua aku berada dan namanya akan sentiasa dititipkan di dalam doaku.
6)CARING bukan controlling.
7)BERTANGGUNG JAWAB dalam mengetuai keluarga dan membimbing ke arah jalan yang diredhai-NYA.

2)7 lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup

(alamak susahnya...tak tau nak pilih mana satu...hehehehe)
1.seorang budak high school Kajang, dia seorang ketua pengawas n footballer skolah dia (aku couple ngan dia seminggu je, pastu aku mintak clash sebab boring...)->stakat ni dgn dia je aku pernah ada relationship...sampai skrang aku masih menyingle....>
2.budak satu skool ngan aku, dia footballer skolah (hampir tercouple, nasib baik tak jadi...huhuhu)
3.En. A, satu skolah ngan aku gak. Suka sebab dia sgt humble walaupun dia seorang yang pandai, lepas tu terer silat, siap join kelas tae kwon do lagi, skali dengan aku, tapi dia tak berlagak pun. I adore him so much. Lost contact lepas dia masuk MRSM masa form 4.
4.Filippo Inzaghi, aku suka dia masa main under club Juventus. Suka tgk aksi dia masa worldcup 1998 dan EURO 2000 untuk Italy.
5.Mark Westlife.....aku memang minat giillllleeeerrrr masa skolah dlu. tak tau kenapa.
6.Bebudak k11 (masa tu k11 masih mix boys and girls) dan k10 yang main bola kat padang sebelah wing D kolej 11. Terima kasih kerana menghiburkan aku dan roomate aku di waktu petang. Kitaorang slalu tengok diorang main bola dari bilik kitaorang kat tingkat 3.... hehehehe... bukan skodeng ye...tengok.
7.'Seseorang' yang telah selamatkan aku dari jatuh masa trekking kat dalam hutan di ****** pastu dia pernah tolong kopekkan kacang Pagoda untuk aku masa camping di HSAH...romantik woo...

3)7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati
1.gembira
2.gementar
3.aku akan jadi sama ada terlebih giler2 atau terlalu formal.
4.ceria, rasa macam taknak berhenti senyum
5.i'll make myself and him feel comfort
6.seronok
7.(macam zai) kalau boleh nak berhentikan masa...huhuhu

4)7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda
1.Morocco (kawasan pantai dan pergunungan yang magnificent!!!)
2.Switzerland(aku suka kawasan pergunungan)
3.Mekah (insya'Allah....)
4.National Park...tak kisah la kat negara mana...
5.Spring time in Finland (tak silap aku ada pepatah mengatakan "Love spread in spring")
6.HSAH...special apa.... bagi aku la.
7.mungkin di tempat yang memberi makna kepada aku dan si dia.

5)7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda
-kesetiaan
-kasih sayang
-persahabatan
-keikhlasan
-kepercayaan
-sesuatu yang si dia sukai, kalau mampu
-doa

6)7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda
1.Truly, Madly, Deeply - Savage Garden
2.I'll be-Edwin McCain
3.Something Stupid- Frank & Nancy Sinatra
4.Aku Cinta Padamu- Sheila Majid
5.Sempurna - Andra & The Backbone
6.I Honestly Love You - Olivia Newton John
7.Tercipta Untukku- Ungu

Sorry Zai, akak buat 6 ni je. Yang 7 tu malaslah...hehehe...takpe ye.


Tagged 2
The rules:
1)Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair... Just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.

Gambar ni di ambil directly after balik dari site. Ni kat dalam bilik kat hostel di Pulau Carey. Hujan turun masa on the way balik. Nasib baik basah sikit je. Tapi sejuk teramat.

Lihat pada hujung sebelah kiri gambar... Nampak tak minah yang tengah gigit kuku tu... ha, dialah yang meng'tagged' aku...geramnyer.... hehehehe...

Sejuk...kita minum dulu!!! Nah...milo panas. Buat alas perut sebelum makan malam nanti.

Oklah Zai, akak telah tunaikan permintaan Zai. Tapi yang last tu malas nak buat sebab rasanya kebanyakan kengkawan akak pun dah pernah kena tagged yang sama so, biarkan je la ye....

Day 3 in Bangkok: Out of Bangkok!!!

13.11.2008-Hari ketiga kami di Bangkok. Pagi itu, selepas bersarapan kami bertolak ke Khao Yai National Park. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari kota Bangkok ke Khao Yai National Park (K.Y.N.P). Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan bukit bukau dan kawasan penanaman padi yang saujana mata memandang. Difahamkan bahawa pertanian adalah penjana ekonomi yang utama bagi penduduk di kawasan utara Thailand ini.Kami tiba di gate K.Y.N.P hampir jam 10.30 a.m. Sebelum meneruskan perjalanan ke h.q K.Y.N.P, kami sempat menyinggah dulu ke Heaw Narok Waterfall. Heaw Narok Waterfall adalah air terjun yang terbesar dan tertinggi di K.Y.N.P ini. Air terjun ini berketinggian 150 meter dan mempunyai 3 tingkat air terjun. Ketika kunjungan kami, K.Y.N.P ini sedang mengalami musim panas (suhu sekitar 26oC), dikatakan ketika musim hujan, kawasan di sekitar Haew Narok Waterfall adalah berbahaya kepada pelawat kerana dikhuatiri berlakunya banjir dan aliran air sungai yang deras secara tiba2 (kepala air kalau orang Malaysia cakap).

Berposing mercu tanda Haew Narok Waterfall.


Pemandangan di sekitar Haew Narok Waterfall.

Gajah oh Gajah

Semasa berjalan menuju ke waterfall, aku ternampak satu kesan tapak kaki gajah betul2 bersebelahan dengan trail. Kesan tapak kaki tersebut kelihatan masih baru, mungkin pada awal pagi tadi gajah tersebut telah melalui denai hutan yang melintasi trail tersebut.

Tapak kaki gajah. Mungkin anak gajah sebab saiz tapak kaki yang kecil.


Cerita di sebalik pagar

Semasa hampir ke destinasi, waterfall, terdapat sebuah pagar lama yang menutupi di sepanjang kawasan tebing sungai hinggalah ke atas bukit. Pagar tersebut berkemungkinan berusia lebih dari 100 tahun yang dibuat dari batu dan kawat duri. Menurut cerita, pagar tersebut dibina bagi menghalang gajah dari melintasi kawasan sungai yang berhampiran dengan air terjun. Dahulu pernah terdapat beberapa ekor gajah yang mati lemas ketika berenang melintasi sungai akibat aliran air yang deras terutamanya di musim hujan. Orang Thai juga sangat memuja gajah, hinggakan mereka sanggup membina pagar bagi menghalang haiwan tersebut menghampiri air terjun. Trail pejalan kaki dibina melintasi pagar tersebut dengan sebuah pintu kecil bagi laluan pelawat. Penduduk tempatan biasanya akan meletakkan bunga pisang (Heleconia) di satu sudut di tepi pintu pagar dan berdoa agar gajah di kawasan tersebut akan selamat.


Sebahagian dari pagar

Pintu kecil bagi kegunaan pelawat

Ukiran gajah putih di bahagian atas tembok pagar.


Bunga pisang dan patung gajah (yang mungkin dah berpuluhan tahun usianya) sebagai tanda mendoakan kesejahteraan haiwan tersebut.


Heaw Narok Waterfall



Khao Yai National Park

Perjalanan kami kemudiannya diteruskan menuju ke h.q Khao Yai National Park. Udara dingin sudah mula terasa memandangkan kami sudah berada pada ketinggian hampir 1000m a.s.l. KYNP adalah merupakan taman negara yang terbesar (2, 168km2) di Thailand. KYNP ditubuhkan pada tahun 1962 dan juga merupakan salah satu taman negara tertua di negara Gajah Putih itu.

Kawasan hutan di KYNP ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tropical moist evergreen forest, dry evergreen forest, dry deciduous forest, bamboo forest, hill evergreen forest dan grassland. Pihak pengurusan KYNP akan membakar kawasan grassland sekali dalam setahun bagi mengelakkan berlakunya proses penyesaran(di mana spesies pokok berkayu akan menggantikan rumput) kerana kawasan berumput atau grassland ini merupakan kawasan sumber makanan utama bagi rusa, gajah dan gaur (macam seladang).


Dry evergreen forest

Grassland

KYNP juga merupakan kawasan tadahan air yang penting dan mempunyai sebuah reservoir (kolam tadahan air) yang menyimpan air bagi penduduk di sekitar KYNP dan akan membekalkan air bagi aktiviti pertanian di kawasan kaki bukit di sekitar KYNP. Sumber air ini adalah sangat penting bagi penduduk di kawasan pedalaman dan di sekitar KYNP terutamanya ketika musim kering.

Sai Sorn Reservoir

KYNP Head Quarters

Setelah tiba di hq, kami telah disajikan dengan hidangan makan tengahari. Bagaimanapun, kami yang muslim terpaksa menjadi ala2 vegitarian hari ni sebab daging ayam yang disediakan tak halal... tapi tak mengapa, nasib baik kitaorang ada membawa bekal serunding atau dalam bahasa Indonesia dipanggil abon yang dijadikan sebagai lauk gantian kepada kami. Lupa nak bagitau, trip kami kali ini disertai oleh 2 orang observer dari UK, iaitu Katherine dan John yang merupakan wakil dari Eden Project di UK (United Kingdom ok...bukan Ulu Kelang). Katherine ni sebenarnya seorang vegi, tapi lately dia menjadi veg-egg sebab dia makan sayur dan telur. Bila aku tanya kenapa, dia cakap "It's hard to resist the Thai food, you know...and sometimes it's much difficult to find a vegitarian food around here"...emm..alasan yang munasabah jugak sebab kalau tengok hidangan makanan diorang memang melelehlah saliva, kalau peminat tom yam tu, jangan jelas na, kitaorang makan tomyam sea food hari2 sejak dari hari tu. Lepas tu masakan sayuran mereka pula selalunya dicampur dengan udang dan minyak ikan...memang tak vegi langsung la. Selalunya si Kata(nama manja minah ni) join makan skali dengan kitaorang sebab berkongsi lauk yang sama. Si John ni pulak, segala benda dia taram (kucing aku tak sure plak...).

Di bangunan hq KYNP terdapat sebuah pokok Ipoh (Antiaris toxicaria) yang sangat tinggi dan berusia ratusan tahun. Pokok Ipoh ni tumbuh di dalam kawasan bangunan (jap...rasanya diorang sengaja bina bangunan di atas kawasan pokok ni). Pihak pengurusan mungkin sengaja tidak menebang pokok tersebut dan dijadikan sebagai tarikan di situ.


Aktiviti di petang hari: 4w/d Sight-seeing

Selepas lunch dan berehat sekejap, kami meneruskan aktiviti dengan melawat kawasan di sekitar KYNP dengan menaiki truck. Aku dan Kak Finie memilih untuk berdiri walaupun terdapat seat di bahagian belakang truck tersebut (bebudak lain berebut nak duduk, jadi tak kisahlah kalau kami bediri). Bagi aku berdiri memudahkan aku untuk meninjau keadaan di sepanjang jalan dan mengambil gambar tentunya...(jangan tiru aksi kami melainkan anda adalah seorang penumpang truck yang profesional...ngehngehngeh)

Beginilah ghupernya keadaan kami bila menaiki truck untuk aktiviti observation. Menjimatkan ruang dan praktikal.

View di sepanjang perjalanan

Pa Deo-Die Cliff (Rom Mountain ridge scenary)

Some wildlife in KYNP

The Pig-tailed macaque

Sambar deer (agak jinak)
The flora

Wildlife Night Observation

Malamnya, dalam jam 9 lebih, kami melakukan aktiviti wildlife observation. Aktiviti yang memang aku nanti2kan jugakla sebab diorang cakap waktu malamlah kami berpeluang untuk melihat pelbagai haiwan nocturnal dan mamalia besar seperti rusa, muntjack, gajah dan imau(harimau). Dengan perasaan yang berkobar2, kami meredah kedinginan malam (sejuk...macam kat New Zealand :p, 10oC) dengan harapan dapatlah melihat haiwan-haiwan tersebut secara live.

Berhimpitan di atas lori/truck, macam PATI kena tangkap polis

Dan hasilnya....

Kami bernasib baik kerana pada malam tersebut cuaca baik dan bulan bersinar dengan terangnya. Maka dapatlah kami berjumpa dengan makhluk2 ni..

Payau

Rusa

Dan yang ni paling best....best yang teramat. Sangat(8x) gembira, suka, best, seronok macam dapat jumpa jejaka idaman.

ENCIK GAJAH PUTIH!!!!!! The most rarest species and so difficult tu see, but I saw it in KYNP. It's maybe once in a life time chance. I was so lucky to have this experience; the chance to face this species as live in action and in wildly(kat zoo tak main la)... Tak tido malam aku dibuatnya.

This one also. Tapi ni Cik Gajah. Dapat snap sikit je sebab terlalu dekat dan berbahaya buat kami.

Selain tu kami telah ternampak landak, muntjack, musang dan kucing hutan. Tapi tak de sapepun sempat tangkap gambar sebab gelap dan of course la makhluk tu dah lari jejauh.

To be continue lagi.....

Wednesday, November 12, 2008

Day 2 in Bangkok: Kisah 1

12.11.2008: Seawal jam 6 pagi lagi aku dah bangun untuk mandi dan bersiap. Di sini waktu paginya awal, jam 4.50 dah masuk waktu subuh. Jam 6 tu dah macam 6.45 pagi di Semenanjung Malaysia. Setelah bersiap dan berkemas2 serba sedikit, kami turun dari bangunan hosti (hostel+fakulti... :p) pada jam 7 untuk sarapan pagi. Matahari dah menyinar dengan cerlangnya. Sarapan pagi disediakan di kantin fakulti (macam Kafe Rimba, tapi kecik sket). Di sini, Kasetsart University, makanan halal memang susah nak dapat. Kebanyakan pelajar Muslim di sini hanya makan di kedai vegetarian atau membawa bekal sendiri. Kalau nak kedai yang menyediakan makanan halal, memang ada, tapi nun kat luar kampus. Adalah dalam sekilo meter jalan. Samalah dengan masalah kami student Muslim yang menyertai program ni. Makanan yang disediakan oleh pihak fakulti memang 'bebas pork' dalam masakan dan sebagai gantinya daging ayam digunakan di dalam masakan. Cuma kami ragu-ragu dengan sumber daging ayam itu diperolehi dan cara penyembelihannya. Nasib baik dalam ramai2 staf yang bertugas untuk program ni, ada seorang yang beragama Islam. Nama dia Nureen, pure orang Bangkok. So dengan dialah tempat kami merujuk tentang sumber makanan kami. Kalau dia kata ok, makanlah kami dengan bestnya. Kalau dia cakap, I'm not sure or I don't know, jadi vegi la kami jawabnya. Kalau ada hidangan masakan seafood, kami kira dah bernasib baiklah tu.

Pagi tu hidangan yang disediakan adalah bubur sup ikan. Satu yang aku tengok orang Thailand ni suka makan nasi dengan sup untuk sarapan. Tak kisahlah bubur ke, nasi putih ke, nasi ayam ke...yang penting nasi. Lagi satu diorang suka minum air sejuk masa sarapan. Siap ais lagi tu. Tak sejuk ke diorang? Aku, kak Finie ngan pacik Hamid dah menggigil pagi tu sebab minum air ais!!!!

Satu benda yang yang aku perasan kat Thailand ni, nisbah anjing dengan kucing memang jaaaaaaauuuuuuuuhhhh berbeza. Mana2 aku pergi mesti terserempak dengan anjing atau soknag dalam bahasa tempatan. Memang susah nak jumpa kucing. Padahal sejenis kucing telah dinamakan sempena negara diorang iaitu Kucing Siam. Kat KU ni memang takde kucing langsung. Yang berpeleseran selalunya anjing, dah la tu, terlebih peramah lak tu. Kalau jumpa orang mesti nak 'sapa'. Siap bergesel2 macam kucing lagi. Bab ni yang aku cuak sket. Aku memang suka binatang, termasuklah anjing...suka tengok je la. Kadang2 aku terpaksa menggunakan kawan aku, Mod, student Thai, untuk jadi perisai aku sebab anjing tu tetiba berlari dengan gembiranya nak 'sapa' aku. Apalagi, keluarlah jeritan 'Mariah Carey' aku yang boleh buat gegendang telinga dan saluran koklea orang pecah. Dahla tu bila aku 'shoo' anjing tu dia wat muka blur je. Aku tak sampai hati nak baling batu, kesian wooo.... Rupe2nya anjing tu tak paham bahasa lain. Dia paham bahasa Thai je....alahai... Last2, student Thai tu ajar aku nak halau anjing (dlm bhs Thai) cakap je bah..bah (takde kena mengena dengan Sabah Bah).

Perkenalkan soknag kesayangan KUFF : Bai O(atas). (Gambar bawah): Lihat!!!anjing di mana2!!!


Satu lagi fakta manarik (menarik kot) kucing kat Bangkok ni mesti dipakaikan kolar/rantai. Tak kisahlah kucing belaan atau jalanan. Kucing dengan satu kolar maksudnya under treatment atau dalam vaksinasi dan dua kolar maksudnya kucing tu bertuan. Macamana kalau yang takde kolar? Ha...jawabnya kucing tu akan dimasak!!! Sungguh, kat Bangkok ni ada gerai jual masakan daging kucing. Sebab tu kucing kat sini boleh di kira dengan jari.

Day 2 in Bangkok: Kisah 2

Selepas sarapan pagi, semua peserta di bawa berjalan2 di sekitar KU. Program hari ini adalah untuk menyusuri sungai Chao Praya; sungai terpanjang di Asia Tenggara: dengan menaiki bot. Kemudian kami akan melawat Wat Pho, iaitu kuil tertua di Bangkok dan dianggap sebagai universiti pertama di Thailand sebab dulu kuil ni jadi tempat pengajian Buddha yang pertama di Thailand. Selepas tu kami akan melawat Siam Museum yang berhampiran dengan Royal Grand Palace.
Pemandangan di sekitar KU (clockwise); Berjalan-jalan di pagi hari; Kafe yang comel ala-ala macam kat dalam cerita Coffee Prince di Korea (tak caya tanya Zai!!); Tempat parking basikal yang berhampiran dengan sungai. Kalau bengang dengan orang yang parking basikal tak betul, campak je beskal dia kat dalam sungai tu...muahahaha!!!!! ; Idea yang kreatif, sebuah gazebo yang dibina dari susunan pasu2 kecil.
Seterusnya kami menaiki bas awam untuk ke jeti bot. Macam2 informasi dan cerita yang disampaikan kepada kami yang foreigner ni. Macam rombongan pelancong pulak rasanya. Walaupun kadang2 kami tak faham apa yang student2 dari KUFF ni cakap (sebab English diorang agak 'luar biasa')kami buat faham je la. Nak berbual dengan diorang pun kena pakai simple words, tak perlu present or past tense, just a basic word. Macam kalau kita nak tanya "What is your major program in Forestry course?" confirm diorang ternganga, so kena la cakap "Your major you study" baru diorang faham. Tapi aku memang respect la kat diorang, walaupun ada masalah komunikasi dengan kami yang tak tau berbahasa Thai ni, diorang tetap bersemangat dan berusaha untuk bercerita dan bersembang dengan kami. Siap ada yang bawa electronic dictionary tu...jenama Besta (yang Dr. Fazlee dok jual kat Malaysia). Last2 dengan kitaorang skali cakap Thailish slang all the time. Tu belum lagi aku tersasul berbahasa Indonesia bila berborak dengan kak Finie dan Pacik. Gara2 berborak dengan student IPB, Edo dan Nanin, sampai bercampur aduk dah B.M kami.
Pemandangan disepanjang sungai Chao Praya.

Persedian untuk perayaan Loy Krathong pada malamnya. Oh...hari ni adalah hari Loy Krathong. Nanti che' ceghita pasal perayaan ni ye.

Wat Pho

Wat Pho ni adalah di antara salah satu kuil yang tertua di Thailand. Dalam kuil ni terdapat patung 'Sleeping Buddha' yang diperbuat dari emas sepanjang 46m dan 15m tinggi. Kuil ni merupakan pusat pengajian awam yang pertama ditubuhkan di Thailand. Sekarang ia hanya dijadikan sebagai tempat beribadat penganut agama Buddha dan sebagai tempat pelancongan.

Inilah patung 'Sleeping Buddha' yang diperbuat dari emas tulen. Bahagian kaki patung ni terdapat ukiran tentang sejarah kegemilangan kerajaan Ayutthaya yang diukir dengan mutiara asli atau Mother of Pearl.

Antara ukiran dan patung-patung lain di sekitar Wat Pho yang aku rasa diperbuat daripada emas jugak....emmm...

Museum of Siam

Destinasi yang seterusnya adalah Siam Museum yang berhampiran dengan Wat Pho dan Royal Grand Palace (Istana Raja Thailand). Siam Museum ni tak delah besar sangat, tapi muzium ni penuh dengan informasi dan sejarah masyarakat Thai. Bahan pamerannya pun sangat berinformasi dan interaktif. Kami pun tertarik dengan slot2 video cerita yang disediakan pada setiap bahagian pameran yang telah dibahagikan kepada beberapa era di dalam pemerintahan Thai.
Bergambar kenangan di hadapan Siam Museum. Barisan hadapan: Nanin(Indonesia), Keela, Oui dan Chad (Thai), Hoai (Vietnam), Mod(Thai), K.Finie, aku dan Pacik Hamid(London hehehehe). Barisan belakang: Kidie(Laos), Aoff dan Kim(Thai),Edo (Indonesia), Thiet(Vietnam) dan Heen(Laos).
Bahan pameran yang terdapat di Siam Museum.

Setelah habis lawatan di muzium dalam jam 2.30, kami pun bergerak meninggalkan Siam Museum dan berjalan-jalan di sekitar Bandar Bangkok yang sentiasa sibuk dengan aktiviti penduduknya.