(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Saturday, October 11, 2008

Wedding:Daha & Syifa

'Sirih junjung tersusun indah,
Buat hantaran teruna dan dara,
Merisik sudah, bertunang pun sudah,
Walimah pula menjadi rencana'

11 Oktober, Ahad, bertempat di Ampang telah berlangsungnya majlis perkahwinan Syifa dan Daha (rakan sefakulti). Majlis perkahwinan ini telah diadakan di rumah pengantin perempuan di Taman Bukit Teratai. Ramai saudara kedua belah pihak dan rakan-rakan taulan yang juga rakan sefakulti telah datang menghadiri majlis yang bersejarah ini. Termasuklah aku yang telah berjaya melarikan diri sekejap dari Kem Wildlife di HSAH, Puchong...hahahaha.... Majlis bermula jam 12 tengahari, dan acara bersanding pula diadakan pada jam 1.30 dengan tema berwarna pink dan gold.

Menanti ketibaan rombongan pengantin lelaki. Pengantin perempuan dah nervous ni...

Akhirnya rombongan pengantin lelaki pun tiba....Daha kacak berbaju putih-pink hahahaha!!!

Pengantin perempuan diarak untuk bertemu dengan suami tercinta

Pengantin lelaki tersenyum malu tatkala bertemu pengantin perempuan...tp aku rasa pengapitnya yg tersenyum over...apa kes la si K-rul tu.

Pengantin diarak dengan paluan kompang dan gong atau gidor.

Makcik kendarat (sambut pengantin) yang tengah cuak

Rombongan pengantin lelaki dan barang hantaran

Sempat bergambo dengan pengantin



Hantaran pihak lelaki=11 dulang




Hantaran pihak perempuan = 13 dulang

Aksi anak-anak


Wednesday, October 8, 2008

Mencari diri yang hilang...

Untuk beberapa hari ini, aku sedang mencari sebahagian diriku yang hilang,
Untuk mencari ketenangan diri yang telah terbang,
Untuk menyembuhkan hati yang sedang walang.

Di mana letaknya hati yang dicari,
Di mana sasarnya kehendak diri,
Di mana pedihnya hendak ku akhiri.

Mungkinkah ada di balik sana,
Mungkinkah berjumpa di tabir senja,
Mungkinkah tiada lagi kerana itu takdir-Nya.

Gundah,
Resah,
Gelisah,
dan akhirnya aku berserah.

Moga ada apa yang dicari,
Moga tersua yang belum dimiliki,
Moga ada hati akan mengerti,
Moga Allah akan memberkati.......

(Nukilan hati kakak demo/fasi Kem Wildlife)
-Wildlife Camp for Wildlife Management Class, 9-12 Oktober 2008, Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong-
Wassalam.

Sunday, October 5, 2008

The Makan-makan @ Teratakku

5 Oktober 2008, Ahad, buat kesekian kalinya telah diadakan acara tahunan makan-makan secara kecil-kecilan di rumah ku khas untuk member-member aku. Terima kasih kepada member-member yang telah sudi datang pada hari ni. Hampir 30 orang semuanya, tak larat nak sebut nama, especially member-member skolah yang dah berkurun tak berjumpa. Konon nak wat gathering kat KL lah, Midv lah, last-last kat umah aku gak yang jadiknya. Wat member-member UPM macam Eddy, Ashadie, Ricky, Zah and lelain, thanks datang petang tadi. Nasib baik lauk ada lagi. Tu la...datang lambat lagi.Geng-geng masa remaja dulu. Akhirnya dapat gak kita berkumpul macam dolu-dolu. Rasa macam kembali ke sekolah pulak.

Oleh kerana terlalu sibuk melayan tetamu dan menghidangkan makanan, maka tak banyak berkesempatan untk mengambil gambar rakan-rakan. Itupun adalah sesikit yang dapat dirakam termasuklah entah siapa yang tangkap gambar nih.

Ni mesti salah sorang punyer keje. Antara Frul, Ina or Zati. Baik korang ngaku.

Gambar Aie tengah membebel pun korang tangkap. Dahlah si Firdaus tu ternganga je dengar Aie mengarut. Takde gambar lain yang best ke...

Hehehe...jangan marah aa....anyway thanks la tolong tangkap gambar time aku tengah sesibuk tadi. Seterusnya nak cerita pasal menu. Kasi jeles kat member-member yang tak datang muahahaha....

Ketupat/nasi himpit

Kuah kacang dengan ayam

Kuah lodeh (ada orang panggil lontong)

Rendang daging

Soto ayam

Puding karamel

Buah-buahan tropika

Kekuih raya


Itu sajalah cerita jamuan raya aku yang sangat sederhana ini. Pape pun, terima kasihlah kepada yang sudi datang. Ada rezeki tahun depan aku buat lagi.

Thursday, October 2, 2008

Indahnya beraya di desa....


Oh...kampungku yang indah permai. Sawah terbentang menghijau, burung-burung berkicauan, ayam itik berlari bebas tanpa dilanggar kereta, udara yang segar. Bestnya balik kampung!!!
Ni la pemandangan kampung aku di Tanjung Karang, Selangor. Raya kedua baru pulang ke kampung kami. Memandangkan nenek dah tinggal di Kajang, tinggallah rumah-rumah nenek saudara untuk dijadikan rumah balik kampung kami. Tapi best sangat. Jom tengok apa yang best kat kampung aku. Pemandangan di sawah padi. Kali ni padi baru ditanam. Kalau nak tahu, iklan-iklan dan cerita-cerita drama di t.v dan movie macam cerita Mukhsin diorang wat shooting kat area kampung aku ni la. Sama ada di kawasan sawah di Sabak Bernam, Sekinchan ataupun di Pasir Panjang.

Rumah Tok Cik

Rumah Tok Su

Aksi beraya di kampung
Makan-makan dan jalan-jalan (Jalan-jalan cari makan versi raya)...

Bebudak ni kalau makan dah tak ingat pape. Ni semua sepupu aku: dari kiri Izzah, Zetty, Zafry dan Adi. Cheh...x pelawa lak tu.


Yang bebudak bertiga ni wat apa plak. Mcm berkomplot je... Yang comel bersongkok tu anak saudara aku Duan, sepupu aku kak Nadia punyer anak, yang cute bertocang dua tu sepupu aku Nani, yang hencem pakai spek tu plak adik aku Pojan.

Ni grup orang tua-tua plak tengah makan. Hidangan istimewa rumah tok su lemang, rendang daging dengan kuih apam. Sedap hingga menjilat pinggan wa cakap lu... lemang tu dibuat sendiri oleh Tok Ngah aku.

Ni rumah yang berikutnya (rumah keempat kot)yang kami kunjungi. Rumah di tepi sawah nenek saudara aku Nenek Along. Bebudak ni macam biasa, makan macam tak ingat pape dah. Tak sempat salam tuan rumah dah serbu kuih raya dlu. Apa nak jadi la ngan bebudak zaman skrang...ish..ish...

Si comel Duan, Pojan dan Nani.

Sepupu yang lain, Izzah dan Jua. Yang kat blakang tu interframe je.

Yang ni sepupu lelaki Zhafry dan Adi. Sekali lagi bebudak berdua tu interframe..

Aku ngan dak Nani. Si Zhafry plak interframe..

Ni sepupu aku Zetty (kiri) Kak Linda. Yang di belakang tu pakcik sedara aku, aku panggil Bapak, suami Ucu aku.

Emak aku. Tengah sakit kaki.

Orang tua-tua bersembang. Tak leh menyampuk (lagipun diorang cakap dlm bhs Banjar, aku tak dapt tangkap sgt...hehehe. Apa nak jadi dgn kau ni Nora..ish..).

Emm...tapi tatkala orang tua-tua sedang bersembang.......si Kecik ni sedang menari hula hoop sambil memakai songkok...huhuhu...

Aksi selepas berhari raya:

KIRA DUIT RAYA!!!

Adik aku tengah mengira hasil pendapatan mereka pada hari ini. Macam aksi perompak kat dalam cerita Nujum Pak Belalang je aku tengok...1untuk ko, 1 untuk aku, 2 untuk ko 2 untuk aku, hantam sajalah untuk ko hantam sajalah untuk aku...hehehe..

Nani segan nak kira duit raya dia....adakah kerana sedikit? atau terlebih? tak tau la...

'Singgit je dapat?'...mungkin itu suara hati Duan. Tercapaikah hajat hatinya nak membeli robot...? Kita tunggu.....

Inilah sedikit sebanyak kisah hari raya aku di kampung. Di kesempatan ini sekali lagi aku ingin mengucapkan:

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Terima Kasih kerana membaca blog aku. Sebarang kesilapan dan kekhilafan di dalam blog ini adalah dari hamba jua, yang baik dan terindah itu tentunya diilhami dari-Nya yang Maha Esa...Alhamdulillah. Harap-harap dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Syawal yang mendatang. Insya-ALLAH...."

Salam Ikhlas dari.....

Akula Nora.