(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Monday, September 1, 2008

Salam Ramadhan al-Mubarak

Ramadhan datang kembali. Ada yang mengeluh, ada yang gembira dan ada yang tak rasa apa-apa. Macamanapun, puasa ini adalah tuntutan agama, kita sebagai makhluk yang diciptakan oleh-Nya WAJIB untuk menunaikan fardhu ain ini.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Masa inilah kita patut beramal dengan bersungguh-sungguh. Dengan mudahan setiap amalan kita akan mendapat pahala dan sentiasa diberkati oleh ALLAH s.w.t.
Kepada kawan-kawan, selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh sabar dan keimanan. Semoga kita semua diberkati Allah dalam setiap amalan yang dilakukan.

Sunday, August 31, 2008

Sunday's Blues

Today is Sunday. Hari untuk bermalas-malasan. Hari ni juga merupakan Hari Kemerdekaan yang ke-51 Malaysia. Cadang hari ni nak berehat-rehat sahaja di rumah memandangkan esok akan bermulanya Ramadhan. Rasanya tahun ramai orang yang hanya melakukan aktiviti-aktiviti santai dan berehat-rehat saja di rumah daripada berkumpul di Dataran Merdeka melihat perbarisan. Lagipun acara macam tu boleh ditonton di kaca tv, sambil baring2 makan maruku kat rumah.
Sebenarnya, bukan rakyat Malaysia dah tak ada rasa semangat untuk menyambut kemerdekaan. Cuma tahun ini rasanya lebih ramai orang yang lebih excited menyambut Ramadhan yang akan disambut esok, berbanding menyaksikan konsert2 dan perarakan yang diadakan setiap tahun. Perayaan Hari Kemerdekaan tak semestinya disambut dengan pekikan dan laungan 'MERDEKA' 3x dan akhirnya sakit tekak dan kepenatan tanpa penghayatan erti kemerdekaan. Tak perlu juga memasang bendera pada kenderaan dan memandunya ke hulu hilir dan akhirnya bendera itu tercampak ke atas tanah jua. Apatah lagi ada yang cuba menunjukkan rasa kebangsaannya dengan memakai Jalur Gemilang sebagai pakaian dan akhirnya pakaian itu akan berbau hamis dek peluh dan disumbat saja ke dalam washing machine untuk dicuci.
Bergantunglah kepada individu itu sendiri bagaimana mereka menghayati erti kemerdekaan yang ada pada negara, bangsa dan diri kita sendiri. Tak perlulah setiap kali 31 Ogos semua kakitangan kerajaan dan pelajar IPTA/S dikerah untuk mengikuti kempen2 menghayati Hari Kemerdekaan dengan berarak dan menghadiri majlis2 yang berkaitan dan yang mana akhirnya mereka-mereka itu datang kerana terpaksa atau untuk mengutip kredit agar dapat naik pangkat atau stay kolej (pernah kena ni).
Biarlah kita menghayati kemerdekaan dengan rasa kesyukuran dan rasa berterima kasih kepada pejuang-pejuang yang bermatian menuntut kemerdekaan negara dulu. Cukuplah dengan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia, tanpa malu mengaku anda sebenarnya seorang penggemar belacan, cencaluk, tempoyak, budu dan tidak ketinggalan petai dan jering...hehehe
Sempena hari kemerdekaan ini, saya rasa bersyukur kerana dapat menikmati hari-hari dengan aman damai di tanah negara sendiri. Tak perlu risau nak kena bom atau menjadi pelarian di dalam negara sendiri. Sedih rasanyakan kalau itu yang terjadi?
Jadi apo yang eden buek maso cuti2 cenggini? Heheheh...Selain dari buek taik mato, eden sibuk membaco komik yang dipinjam dari kawan eden si Hali. Best jugak wat marathon baca komik nih. Selalunya sibuk baca jurnal dan buku untuk reference projek. Hari ni bantai baca komik je. Kira nak merdekakan diri dari stress la ni. Minggu depan dah start fieldwork. Jadi kita rehat2kan minda supaya kerja kita lebih efisyen dan lancar. Yea.....berusahalah!!!

KEPADA TEMAN-TEMAN, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-51. SEMOGA APA YANG KITA NIKMATI KETIKA INI AKAN KEKAL HINGGA KE GENERASI-GENERASI YANG SETERUSNYA.

Thank you

To Frisco
.....................
and his housemates (Mr. Fai and Bain),
............................................
THANK YOU
for inviting me and my friends
......................................
to your lovely 3 in 1 party
.......................
(house warming+farewell+birthday party).
...............................
It was a great moments with
.........................
your friendly greetings and marvellous foods!!
.............................................
P/s: Sebenarnya masa balik tu menyesal tak tapau mee kari. Terbayang2 sampai ka rumah.

Friday, August 29, 2008

It's Friday bebeh!!!

Sounds like today is a happy Friday right? Nope... I would like to call it as 'Freaky Friday' coz today was the most tired and hectic day from am to pm. Every Friday morning, I've a job as a kakak demo in Wildlife management class. Tu tak de penat apa sangat la. Yang penat adalah kerja2 menunggu untuk mengambil peralatan dan mengemas barang research. Every month I have to manage this stuffs( amik borang, isi, cari orang yang berkenaan untuk pengesahan, cari barang, ambil barang, isi no. barcode,hantar borang...fuhhh..) but still the most annoying job is looking and waiting for the staff that responsible for those equipments. Sepatutnya kerja ni dah settle beberapa hari sudah, tapi orang2 yang berkenaan cutilah, keluarlah, M.I.A (missing in action) semedang.

Punyalah sibuk, sampai lupa janji dengan inche' Frisco a.k.a Kong. Actually, I've promise to met him untuk ambik duit gaji or upah untuk kerja as interviewer Prof. Awang di Gopeng minggu lalu. I supposed to met him during the lunch hour, but punyerlah sibuk, jam 2 petang baru teringat pasal meeting beliau. (Frisco, if u read this, I just wanna say I'm really..really...really sorry for make u waiting).

So, petang barulah selesai semua kerja2 mengemas barang. Lepas tu baru teringat yang aku tak makan dari pagi tadi. Serius...lupa seh... Nasib baik ingat. Tu pun sebab perut dah menyanyikan lagu-lagu Korn. Pagi tadi tak rasa sangat, bunyi macam lagu Rasa Sayang jer...

Lucky me, terserempak dengan inche' Frisco masa tengah meracau cari K. Finie ngan Hali Nenek untuk keluar makan. Sebagai tanda memohon maaf, sebalang biskut choc. chips (fresh from oven, buat malam tadi k..) dan sebuah hadiah besday telah diberikan untuk Frisco walaupun takde kena mengena dengan kes lupa janji. Kira happy ending gak la hari ni, dapat duit upah RM50 pastu kami (me, K. Finie and Nenek) pergi melantak kat Kenny Rogers Mines. There goes my gaji....