(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Monday, August 25, 2008

Gambatte!!!

Minggu ni adalah hari untuk menyibukkan diri dengan kerja-kerja persiapan nak ke P.Carey. Ya... untuk pengetahuan anda semua, Pulau Carey terletak di sebelah barat Selangor, berhampiran dengan Pelabuhan Klang, bukan terletak di kepulauan Carribean mahupun Tahiti (seperti yang difikirkan oleh beberapa sahabat yang agak kureng dengan peta Malaysia). Persiapan yang nak dimaksudkan adalah menghantar borang2 pinjaman peralatan (binocular, laser range finder dan sweep net).

Dah selesai hal pinjaman peralatan, kena wat follow up dengan orang Golden Hope Research Center berkenaan dengan penginapan, pengangkutan dan lain2. Setakat ni, alhamdulillah... takde masalah dengan hal2 penginapan dan lain-lain.


Dan kerja yang paling2 leceh adalah...jumpa penasihat untuk laporkan data dan proggres kerja. Ha....mesti korang ingat aku tak siap kerja, so malas jumpa penasihat. Sebenarnya bukan tak siap kerja, tapi punyalah payah nak jumpa penasihat aku yang sorang ni iaitu Prof. Madya Dr. Z. Beliau ni sibuk betul, kejap kat Kuching, pastu tetiba kat Kedah, sat lagi kat KL ada conference. Minggu ni pun sama. Ntah mana beliau ni pegi. Selalunya student yang lari tak nak jumpa pensyarah...tapi ni dah terbalik dah. Heh.... Nasib baik keje yang beliau bagi (marking paper 1st test, update attandance, buat attandance sheet baru, renew manual amali, project proggres report) dah siap. So dapatlah pergi ke P.Carey next week dengan dengan senang hati sambil lalala...


Saturday, August 23, 2008

MAHA and abang cowboy


Yesterday, me and my friends (Ina and Hilmi)visit Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2008. Actually, this is my 2nd visit to MAHA. Last week during my 1st visit (with K.Finie, Abe and Nenek), I was just hopping around. Kira xder shopping-shappan sangatla. For my 2nd visit ingat nak beli beberapa barangan and visit skali pameran2 yang ada kat luar.

Unfortunately, tak sampai setengah jam kat MAHA, hujan turun dengan agak lebatnya. Hajat hati nak tengok Rodeo dan melawat taman2 pertanian terpaksa tangguh dulu. Sementara tu sempatla kami bertiga merayau2 kat pameran yang ada kat hall A, B dan C. Kemudian singgah kat hall D untuk membeli dan membelahkan duit....hehehehe.
Antara bahan pameran yang menarik di MAHA:


Buah koko

Buah naga/dragon fruit


Roses

Ikan kerapu

Sempat bermain dengan jigsaw puzzles

Banyak lagi yang menarik sebenarnya. Tapi ini adalah di antara item2 yang sempat dirakamkan.
Malamnya pulak, kami menonton acara Rodeo encik-encik koboi dari Australia.

Penuh jugak gelanggang rodeo malam tu walaupun hujan renyai-renyai

Encik koboi ni, tak dapat naik kuda, naik palang kayu pun jadikla.

Gaya seorang koboi menaiki kuda



Pada saya persembahan rodeo dan bullrides cowboy ni so-so. Takdelah hebat macam yang kat dalam tv. But I gave credits for their performance, kira berani mati jugakla. Sebab kat Malaysia ni mana ada orang yang berani tunggang lembu tengah naik minyakkan? Kat Malaysia aksi2 berani mati tu hanya mat rempit je yang berani buat. Tu pun naik motor kapcai jer!!

Bergambar kenangan dengan abang koboi



Thursday, August 21, 2008

Pagi yang gelap....

Pagi ni hujan renyai-renyai. Mendung dengan angin yang tidak bertiup sepoi-sepoi bahasa. Hari ni rasa malas je nak pergi fakulti...

Perkara utama yang nak dibuat hari adalah berjumpa dengan beberapa orang pelajar tahun akhir untuk berbincang pasal progress projek diorang and then marking paper ujian pertama kelas FHL3301.


Petang masih lagi gelap. Hujan dah teduh, tapi langit masih mendung. Ooohh...hari yang penuh blues....

(P/s: Sebenarnya xde pape yang menarik hari ni. Mengarut jer ni...kihkihkih)

Wednesday, August 20, 2008

Change everything into this blog

Hola!!Que tal?? Since I did'nt write anything for a long time, it's quite hard to restart again. I've wrote in a few blogs before (lets count.. it's 2) about my life, my past journey, my research, poem and whatever other stuffs. So I've decided to manage all those things into this blog and it's much easier for me to handle one thing in a time and I don't have to remember a lot of log in passwords and profilier name (since I was a very 2 'pelupa' person). Thanks for viewing my blog and I hope all the readers (mostly my friends, of course) enjoy this blog for whatever things that I'm gonna write. Thank you...terima kasih...muchas gracias...merci...syukran jazilan...xie xie