(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Saturday, March 3, 2012

Manis...


Jari manis?
Darah manis?
Kayu manis?
Harum manis?
Manis javanicus?
Si manis?


Mengarut tul den ni, memang tak de koje. Ok bai...

Thursday, March 1, 2012

Finale URBAN VIBE ONLINE CONTEST – Cinta Seputih Salju (REVIEW)”

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Hi lagi ^____~
Sampai juga ke penghujung contest
Terpaksa mencuri-curi masa untuk menaip entry ni
Tersangat busy beberapa hari ni *sigh*
Tapi gembira kerana berjaya melawat ke Pameran Pengantin untuk kali pertamanya.

WHAT?!! baru 1st time??!!


Ya Cik Kiah Cik Bedah sekalian...ni lah 1st time saya terjebak dengan aktiviti-aktiviti B2B.

Selama ni saya memang tak pernah terdedah dengan acara-acara sebegini. Apatah lagi contest berkaitan dengan perkahwinan. Mungkin ada di antara kalian yang pernah berkali-kali pergi bersama pasangan/kawan/keluarga ke acara sebegini. Bukan tak suka (saya sangat5x suka dengan persiapan perkahwinan padahalnya), tapi inilah pertama kali dalam hidup ini mempunyai seseorang yang boleh berkongsi hati dan perasaan, seseorang yang boleh menerima segala kegilaan dan ketidakwarasan saya, seseorang yang bakal menjadi imam dalam hidup saya selepas ini. Akhirnya (buat pertama kali) saya bertemu juga dengan 'Mr Right' saya. Kami baru sahaja bertunang 3 bulan (4 Disember 2011) lalu dan insya'Allah akan melangkah ke alam perkahwinan pada bulan Jun ini. tak mau tunang lama-lama..tssk Jadi mengunjungi pameran pengantin dan yang seangkatannya rasa lebih bermakna bila dah ada seseorang disisi untuk ambil gambar dan angkut barang kita masa shopping menemani dan berbincang mengenai persiapan majlis nanti.

Alkisahnya pada 25 (Sabtu) dan 26 (Ahad) Februari yang lepas, berangkatlah saya ke SACC Shah Alam untuk mengunjungi  Pameran Pengantin Malaysia  anjuran Urban Vibe EventPameran Pengantin Malaysia ini diadakan pada 24 -26 Februari 2012. Setibanya di sana pada jam 3 petang, ruang legar SACC telahpun dipenuhi oleh pengunjung dari segenap lapisan umur. Memandangkan terdapat beberapa acara yang turut diadakan di sekitar SACC Convention, tempat memarkir kenderaan juga terhad dan ada yang terpaksa meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan.

Oleh kerana ini adalah pertama kali menjejakkan kaki ke Pameran Pengantin Malaysia(PPM), perasaan teruja itu bagaikan membuak-buak untuk melangkah ke dalam dewan pameran. Tapi... tunggu dulu. Kena daftar dulu di kaunter urusetia. Pertama kali mendaftar di bahagian press as blogger. Emmm...bangga sekejap. Kebanyakan pengunjung hadir bersama keluarga, pasangan dan rakan-rakan yang saya jangka majoritinya adalah B2B.. termasuklah saya.


Sebenarnya sampai sahaja ke dalam SACC ni, kedatangan kami telah disambut dengan alunan rentak gamelan berhampiran dengan pintu masuk dewan pameran. Bunyian gamelan ini seakan mengalu-alukan kedatangan para pengunjung ke PPM ini. Rasa macam orang-orang besar pula. Mata pula terpaku dengan dekorasi oleh Nas Great Idea di bahagian pintu masuk. PPM kali ini bertemakan 'Cinta Seputih Salju', dekorasi pintu gerbang ini juga bertemakan warna putih dengan rimbunan bunga-bungaan seakan di musim sejuk.


Ketika melangkah ke dalam dewan pameran, orang ramai telah pun memenuhi booth vendor yang menyertai PPM kali ini. Terdapat juga pertunjukan fesyen pakaian pengantin di pentas utama dewan. Suasana memang meriah dan sangat 'happening'. Terdapat lebih dari 70 vendor yang menyertai PPM ini. Vendor-vendor itu terdiri daripada butik pengantin, katering, photography, printing, handy craft, bakeri dan produk kecantikan dan kesihatan.


Para petugas juga yang sangat mesra dan peramah sentiasa menyambut kedatangan pengunjung ke dalam dewan pameran yang dihias cantik pada lokasi tertentu. Itu belum termasuk lagi dengan dekorasi di setiap booth di dalam dan luar dewan yang mempamerkan produk masing-masing.


Tarikan pertama saya mestilah ke arah pentas utama di mana pertunjukan fesyen busana pengantin sedang diadakan. Pentas utama kelihatan seperti di taman fantasy telah didekorasi oleh Arma Couture. Apatah lagi ketika itu para model sedang memperagakan busana pengantin rekaan Qudyn Aziz. Gabungan kedua-dua elemen itu benar-benar menghidupkan suasana romantik dan indah.
Pentas utama
Pertunjukan fesyen dari busana Qudyn Aziz. P/s: Dapat jumpa Zahnita wei.. feeling retis gitew
Seterusnya misi melawat booth-booth vendor. Niat dihati nak singgah setiap booth yang ada di dalam dewan SACC ni. Hati tak dapat melawan untuk menyinggah booth-booth yang cantik-cantik dahulu. Saya tahu, ini agak prejudis. Sepatutnya saya melihat dahulu servis-servis dan tawaran yang diberikan oleh vendor-vendor di setiap booth. Tapi ini takkan mengubah penilaian saya terhadap servis yang diberikan oleh mereka. Tak semestinya booth yang cantik akan menawarkan servis yang diingini. Betul tak? Oleh sebab itulah saya mengambil masa selama dua hari untuk menghabiskan survey di sini...hihi
Tengah temuramah cikgu Yom dari Yomie Bake. Kek dia memang sedap.


Lawatan kali kedua yang juga hari terakhir PPM tidak kurang hebatnya. Pengunjung masih lagi berpusu-pusu datang memenuhi kawasan luar dan dalam SACC. Terdapat pelbagai acara yang telah direncanakan pada hari terakhir pameran. Antaranya yang sempat saya ikuti adalah demo solekan oleh Famee Abdullah dari team Arma Couture dan demo sanggul pengantin oleh make-up artist tersohor Sifu Zulfadli Suhaidi. Dapat beberapa tips dan nasihat yang sangat informatif dari kedua-dua pakar ni. Terdapat juga pertunjukan fesyen busana pengantin dari Lova Weddingku pada waktu petang hari tersebut.
Zulfadli dan Famee sedang menunjukkan demo dandanan pengantin


Walaupun agak bersesak di dalam dewan, saya tidak melepaskan peluang untuk mendekati setiap booth dan mengambil brochure atau risalah yang diberikan oleh petugas setiap booth. Saya suka situasi seperti ini di mana mereka tidak terlalu mendesak pengunjung untuk melihat atau mendengar penerangan mereka. Pengunjung bebas melihat-melihat dahulu dan bertanya apabila mereka mahu. Paling saya suka...tentunya potongan harga dan tawaran istimewa yang hanya ditawarkan sepanjang 3 hari PPM ini diadakan. Terutama sekali katering yang menawarkan harga yang agak rendah berbanding perkhidmatan yang mereka berikan. Susah untuk mendapat tender katering yang menawarkan perkhidmatan yang banyak pada harga yang rendah. Namun itu semua terpulang kepada pembeli untuk menilai mutu dan tahap perkhidmatan yang dinginkan oleh mereka. 
Food testing di Ndah Catering. Sedap dan menyediakan pakej  dengan harga yang berpatutan


Cuma kedudukan vendor yang tidak mengikut jenis perkhidmatan agak mengelirukan kadang-kadang. Mungkin juga ada vendor yang sama menawarkan beberapa perkhidmatan jadi agak sukar mengasing-asingkan booth mengikut servis dan perkhidmatan. Tapi pada pendapat saya lebih mudah jika disusun mengikut perkhidmatan kerana selain memudahkan para pengunjung ia juga dapat memberikan ruang kepada pengunjung untuk duduk dan mungkin mencuba makanan yang ditawarkan oleh vendor contohnya vendor katering.


Pada brochure yang diedarkan oleh PPM juga tidak menunjukkan lokasi dan senarai vendor yang mengambil bahagian di dalam dan luar dewan. Senarai dan kedudukan booth hanya dipaparkan di luar kaunter urusetia di luar dewan. Walaupun ia bukanlah sesuatu yang akan menghalang orang ramai untuk mengunjungi PMM, tapi cadangan ini diharapkan dapat memudahkan lagi para pengunjung di masa akan datang. Insya'Allah...
Kini, saya masih ada baki lagi 3 bulan untuk menjadi B2B dan menikmati alam bujang. Pejam celik tak lama lagi tu. Diharapkan dengan menyertai online contest dan menghadiri PPM ni akan menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman saya tentang pengurusan majlis perkahwinan. Sebenarnya dengan mengikuti contest ni, banyak yang saya pelajari dari segi pemilihan vendor yang bagus, fesyen dan trend busana pengantin yang terkini malah dapat berkenalan dengan B2B yang lain. Jika dilihat dengan kandungan blog saya sebelum ni, entry mengenai contest PPM Urban Vibe Event ini adalah entry pertama saya mengenai perkahwinan. Segan bila blogger B2B lain sentiasa update mengenai persiapan perkahwinan mereka. Saya berharap untuk memenangi contest ini kerana hadiah yang ditawarkan begitu hebat dan sudah pastinya ia adalah hasil kerja tangan dan kreativiti nama-nama besar. Yang pastinya dengan memenangi salah satu daripada hadiah tersebut akan membantu  saya serba sedikit (banyak) dalam persediaan walimah nanti sebab budget saya sangat tight... Gembiralah hati bakal pengantin ini jika memenangi salah satu dari tawaran hadiah itu.


Sebelum terlupa, pihak UVE yang menganjurkan online contest ni meminta peserta bergambar di photobooth mereka. Maka dengan ini saya menyelitkan sekali gambar yang membuktikan kehadiran saya di sana...
Cantek tak!!(sebut macam Eric Casa Impian)














Ok, confirm la bukan yang ni kan...ngeh...ngeh...ngeh


:p


:p


:p


:p

Ye...inilah saya. Lihat pipiku...gebukan??
Dapat free token kalau bergambar di photobooth PPM. Tq Style Weddings and UVE!!!
P/s: Fuh....seb baik En. Saranghae pakai baju kaler putih gak. 



Akhir sekali, meh kita tengok gambar-gambar di sekitar PPM 2012 di SACC Shah Alam hari tu. Enjoy!
Bos besar Arma Couture, Mr. Arma Abdul Rahman pun turun padang.
Booth Ari Wedding Couture, tauke butik with their potential customer
Geng GI Photolicious yang sempoi dan friendly dan sweet
Geng Avicenna Studio yang gila-gila dan selamber. Segan bila photographer pro suruh tangkap gambar cantik-cantik. Terus I gelabah, abis gegar-gegar gambau






Sekian. Wassalam...





Thursday, February 23, 2012

^__^ URBAN VIBE ONLINE CONTEST – Cinta Seputih Salju (TRIBUTE PENAJA)”

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Hi ^____^
Masih dalam mood B2B yang beriya-iya kental..
Masih cekal untuk menyertai UVE Online Contest.
Mana tahu ada rezekikan...
Semakin lama semakin seronok pula dengan persediaan untuk walimah nanti.
Harap dipermudahkan semua...Insya'Allah...

Alhamdulillah dapat melakukan tugasan kedua untuk UVE Online Contest. Kali ni tugasannya adalah tribute buat penaja bagi UVE Online Contest dan Pameran Pengantin Malaysia. Bukan senang untuk buat homework bagi mencari details para penaja. Ya...para penaja tau Cik Kiah dan Cik Bedah nye. Bermaksud terdapat lebih dari 1 penaja untuk contest dan event ini. Ada 4 (ke 41/2...ke 5) penaja utama untuk contest dan event ini. Para penaja ni pula bukan calang-calang tahu. Mereka adalah terdiri daripada individu-individu yang sangat berpengalaman and not to mention they are very well known. Para penaja tersebut adalah:

Arma Couture - Main decorator dan penaja hadiah pertandingan
Ari Wedding Couture - Penaja hadiah utama pertandingan
GIPhotoliciou- Official Photographer dan penaja hadiah pertandingan
Avicenna Studio - Official Videographer


Hadiah-hadiah yang ditawarkan juga sangat menarik. Will tell ya later na... Sekarang saya ingin memperkenalkan kepada Cik Kiah dan Cik Bedah sekalian siapa penaja-penaja tersebut. Mereka ini adalah sekumpulan individu yang sangat berbakat, kreatif dan sangat bersemangat dalam bidang kerjaya mereka ini. They are so gifted!!

ARMA COUTURE

Arma Couture adalah satu nama yang lazimnya dikaitkan dengan busana pengantin dan evening dress yang sangat cantik dan outstanding. Idea dan rekaan bagi setiap pakaian adalah berbeza dan sentiasa segar mengikut aliran rekaan terkini. Selain itu, Arma Couture juga menyediakan perkhidmatan perancang majlis terutamanya untuk majlis perkahwinan yang merangkumi hiasan pelamin, gubahan hantaran, andaman, hiasan bilik pengantin dan dewan, gubahan bunga hiasan dan pelbagai lagi.

Arma Couture ditubuhkan oleh Arma Abdul Rahman selepas sahaja beliau menamatkan pelajaran di UiTM dalam bidang Art & Design dengan pengkhususan Fashion Design. Dengan menyediakan perkhidmatan sebagai perancang majlis, bakat dan keazaman beliau telah membuahkan hasil apabila nama Arma Couture semakin dikenali ramai dan ramai selebriti tanah air telah menggunakan khidmat beliau sebagai perancang majlis perkahwinan. Antaranya adalah Elyana, Bienda, Mawi dan Ekin, Aida Gadis Melayu dan ramai lagi. Busana rekaan beliau juga sering dipakai oleh selebriti tanah air ketika di acara 'Karpet Merah' untuk majlis-majlis ternama.




Arma Couture juga terdiri dari satu team yang sangat berdedikasi dan profesional. Team Arma Couture sentiasa berusaha untuk memenuhi dan merealisasikan kehendak dan citarasa pelanggan mereka. Hasil kerja mereka sangat unik, cantik dan lain daripada yang lain. Tidak mustahil jika suatu hari nanti nama Arma Couture akan berjaya di peringkat antarabangsa dengan segala usaha dan dedikasi tanpa henti oleh mereka ini. Butik Arma Couture berlokasi di Seri Kembangan, Selangor tidak jauh dari pusat bandar utama seperti Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Shah Alam dan Putrajaya.






















ARI WEDDING COUTURE




Ari Wedding Couture adalah salah satu nama yang akan disebut-sebut bila berkaitan dengan busana pengantin. Ditubuhkan lebih dari 10 tahun lalu, syarikat ini bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan untuk menghias pelamin rumah, andaman pengantin dan tempahan baju nikah dan sanding. Namun kini nama Ari Wedding Couture sudah dikenali ramai. Ramai selebriti ternama tanah air juga memilih khidmat dari Ari Wedding Couture untuk merealisasikan hari berbahagia mereka. Antaranya Farah Anuar 'Breep...breep", Elyana, Khai dan Rosma dan Arash Mohamad.



Butik Ari Wedding Couture terletak di Ampang menyediakan perkhidmatan sebagai perancang majlis perkahwinan, andaman, hiasan untuk majlis perkahwinan dan tempahan dan penyewaan busana pengantin. 


Sentuhan Ari Wedding Couture memang sangat menarik dan unik. Paling saya suka adalah rekaan pelamin yang mempunyai tema dan konsep yang unik mengikut kehendak pengantin. Tak hairanlah jika ramai yang inginkan sentuhan beliau untuk merealisasikan hari bersejarah mereka.




GI PHOTOLICIOUS





     +




Masa mula-mula baca nama penaja untuk UVE contest ni pusing kepala kenapa GI Photoshoot ni dah jadi Gi Photolicious, then apa dah jadi dengan The Photolicious. Bila click baru tahu mereka bergabung untuk jadi penaja PPM kali ni. Personally saya memang dah lama follow hasil kerja GI Photoshoot dan The Photolicious. Sangat mengagumi mereka (sebab saya sangat meminati bidang fotografi) dan hasil kerja kedua team ini sangat marvellous lah!

GI (Get Inspired) Photoshoot dengan tagline nya "We love taking photos" memang sinonim dengan fotografer momen perkahwinan dan pelbagai acara termasuk gambar korporat dan outdoor portaiture. Gi Photoshoot juga mempunyai studio fotografi bagi mereka yang ingin mengabdikan foto secara indoor. Gi Photoshoot juga pernah mengadakan contest bagi follower mereka di Facebook. Anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai team yang awesome ini boleh la melawat ke Facebook mereka. Anda juga boleh melihat hasil kerja mereka yang sangat cantik, terperinci, kemas dan dekat di hati...huhu. 

Antara selebriti yang menggunakan khidmat GI Photoshoot



The Photolicious  pula sangat sinonim dengan fotografer wanitanya (Yes!!go go!!) iaitu Puan Kamalia Kamal a.k.a Kay, pemilik The  Photolicious .  Amat sukar untuk mencari fotografer wanita yang berani bersaing dalam bidang fotografi yang selalunya didominasi oleh lelaki. Live. Like. Love itulah kata mereka, Photolicious berjinak dalam bidang bidang fotografi sebagai hobi dan bermula dengan menggunakan kamera kompak mereka melangkah lebih jauh apabila menjadi fotografer profesional. Hasil kerja mereka juga sangat menarik dan kelihatan santai di mana momen-momen indah diabadikan secara natural dan sangat terkesan apabila melihatnya. Photolicious juga menganjurkan bengkel fotografi kepada mereka yang berminat untuk mendalami bidang ini dengan lanjut. Pakej fotografi yang ditawarkan juga sangat menarik dan berpatutan (dan sedap seperti lollipop).
Hasil kerja gambar yang sedap...hehe
Sehingga kini kedua-dua team (GI Photoshoot dan The Photolicious)   ini telah berjaya memartabatkan bidang fotografi ke tempat yang lebih tinggi. Retis-retis (artis) adalah di antara yang menggunakan khidmat fotografi mereka, antaranya adalah Umie Aida, Bienda dan pasangan, Aqasha (ingin ku gigit-gigit telinga kecilmu...lalala), Mawi dan Ekin, Farah Anuar 'Breep...breep' dan pasangan serta Eira Shazira dan Azad Jasmin. 


Avicenna Studio



 "We don't just take photos, we capture emotions...".





Saya amat tertarik dengan quote dari Avicenna ini. Memang benar...gambar yang cantik tak semestinya pada warna, watak ataupun gaya persembahan foto itu. Tapi apa yang penting kerjasama adalah emosi dan mood yang diabadikan di dalam foto itu memberi kesan kepada mereka yang melihatnya. Avicenna Studio menawarkan khidmat fotografi dan videografi bagi majlis-majlis perkahwinan dan keraian lain.
Gambar-gambar yang diambil oleh Avicenna Studio mempunyai kelainan. Pernah tak, apabila kita tengok gambar yang boleh buat kita ketawa, gembira, rasa lucu, nervous walaupun kita tak mengenali pun individu yang terdapat di dalam gambar tersebut? Itulah yang saya rasa apabila melihat gambar-gambar yang telah dikongsikan di dalan page dan website Avicenna Studio. Kita boleh rasa suasana dan emosi yang terkandung di dalam gambar tersebut walaupun kita tiada semasa gambar tersebut diambil. Kita boleh meneka rasa dan suasana yang telah diabadikan semasa gambar itu diambil.


Avicenna Studio juga menyediakan perkhidmatan videography bagi mereka yang ingin menyimpan kenangan di dalam rakaman. Saya paling suka video pre weds Yasmin Hani Wacha!! (yang comel), sangat sweet ok.





Yasmin Hani + Sha'arin Razali - Short Film from Avicenna Studio on Vimeo.

Tak rugi rasanya kalau menghalakan sedikit bajet bagi menyimpan momen-momen indah dan bersejarah di dalam bentuk foto mahupun video. Ia adalah satu bukti kenangan yang berharga untuk tatapan di masa depan. Yang penting anda mestilah berani dan memberi kepercayaan kepada vendor fotografi anda untuk melakukan tugas mereka. Memang berbaloi jika melihat hasil kerja dari Avicenna Studio ni.


Seperti yang saya sebut memula tadi, mereka ini juga adalah penaja hadiah bagi UVE Online Contest kali ini. Hadiah-hadiah yang ditawarkan memang lumayan. Berbaloi-baloilah kalau kau menang Cik Kiah oi! Bagi B2B taraf biasa-biasa macam saya ni, amatlah bersyukur jika dapat memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan oleh penaja-penaja tersebut. Lagipun saya bukan artis yang ada orang nak sponsor pelamin, baju, kasut segala bagai!. Jadi apa hadiah yang ditaja tu. Meh sini teman nak citer!

1st Prize
Pelamin rumah bernilai RM 5K berserta dekorasi 9 dulang hantaran tajaan Ari Wedding Couture

2nd Prize
Sewaan baju (L&P) bernilai RM5k oleh Arma Couture

3rd Price
Pre wedding worth RM1500.00 + Persandingan photoshot worth RM2500.00 + album + frame tajaan GI Photolicious


Menarik bukan? Ini adalah online contest bagi Pameran Pengantin Malaysia yang diadakan pada 24 -26 Februari 2012 bertempat Shah Alam Convention Center (SACC) anjuran Urban Vibe Event.
Kepada yang berminat moh le kita pergi ke Pameran Pengantin Malaysia ni. Kita jumpa di sana...sana..sana....

Thursday, February 9, 2012

URBAN VIBE ONLINE CONTEST- "Cinta Seputih Salju" (Preview)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...


"Terang bulan malam yang indah
Tenang air di pinggir kolah
Dirisik sudah bertunang pun sudah
Urban Vibe contest saya sertai pulalah"


Amacam intro pembuka entry kali ni. Bermadah pantun la pulak dia ni kan. Berkias kata, pantun bermakna. Memang ada makna pun....entry kali ni khas untuk preview mengenai Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event.

Merancang majlis perkahwinan bukannya mudah. Bakal pengantin, mak ayah dan saudara mara pengantin tentunya pening kepala memikirkan keperluan dan perbelanjaan yang perlu diperuntukkan untuk menjayakan majlis tersebut. Bagi bakal raja sehari atau B2B (Bride to be), pameran pengantin adalah satu acara yang dinanti-nantikan sebagai persediaan majlis mereka nanti. Pameran Pengantin Malaysia (PPM) by Urban Vibe Event bakal diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 24-26 Februari 2012 ini. Bertemakan "Cinta Seputih Salju" (feeling suci murni kudus gitu...), PPM kali ini pasti akan menjadi tarikan buat bakal mempelai dan juga mereka yang berminat dalam bidang perancang majlis perkahwinan. Pameran akan dibuka dari jam 10 pagi - 10 malam dan paling penting masuk adalah PERCUMA!!! Jadi kepada mereka yang berminat bolehlah berkunjung ke PPM 2012 ini nanti. Datang jangan tak datang...




Pameran Pengantin Malaysia 2012 dianjurkan oleh Urban Vibe Event; sebuah syarikat pengurusan majlis (event management) yang bertapak di Batu Caves. Ditubuhkan pada tahun 2005 oleh Puan Nadia Hassan bersama suaminya En. Syahrul Hafiidz, Urban Vibe Event adalah sebuah syarikat milik sepenuhnya oleh Bumiputera yang berpengalaman luas dalam penganjuran majlis dan pameran berkonsep di Malaysia.



Urban Vibe Event menyediakan perkhidmatan pengurusan majlis bermula dari merangka konsep hingga ke pengurusan perjalanan program ketika majlis dijalankan. Mereka juga menyediakan khidmat nasihat, penjadualan hiburan, penyediaan tapak dan dekorasi untuk sesuatu majlis. Kira Urban Vibe Event ni menyediakan pakej lengkap dari A -Z untuk menjayakan sesuatu majlis. Urban Vibe Event pernah menganjurkan pameran bertema seperti 'Merdeka Celebration', 'Ramadhan Eid Mubarak' dan yang paling terkenal adalah 'Pameran Pengantin Malaysia' yang telah dianjurkan sejak tahun 2007.


Pameran Pengantin Malaysia terbesar yang pernah dianjurkan oleh Urban Vibe Event adalah di Mid Valley Exhibition Centre pada Julai 2008 di mana lebih dari 120 booth dibuka! PPM juga akan menampilkan konsep yang unik dan warna tema yang berbeza pada setiap kali ia dianjurkan. Ia adalah salah satu tarikan kepada pengunjung PPM dan mereka sentiasa ternanti-nanti konsep dan tema terkini bagi setiap PPM anjuran Urban Vibe Event.



PPM yang dianjurkan memudahkan para pengunjung (lazimnya bakal raja sehari) untuk menilai dan memilih konsep dan keperluan yang diperlukan untuk majlis bersejarah mereka. Di sini vendor-vendor yang berkaitan dengan pengurusan perkahwinan akan cuba menawarkan produk dan khidmat yang terbaik untuk bakal raja sehari. Jadi terpulanglah kepada pengunjung untuk memilih pakej-pakej yang terbaik mengikut kesesuaian bajet, konsep dan keperluan majlis itu nanti. 

Pada pandangan saya, sebelum mula mencari vendor bakal pengantin seharusnya merancang dahulu bajet dan konsep majlis bersejarah itu nanti. Jangan lupa untuk meminta pandangan orang-orang yang lebih berpengalaman dan rajin-rajinlah untuk membuat survey melalui pembacaan majalah, laman web atau blog b2b yer... 

Ok, sekian. Selamat maju jaya...huhu