(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Monday, April 20, 2009

Scientific Research Expedition 2

Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH) Puchong, sekali lagi menjadi tumpuan lewat minggu lepas. Terdapat 4 acara yang disatukan dalam satu majlis yang meriah pada 14 April itu. Antara acara yang telah diagendakan adalah penyerahan cek Exxon Mobil, perasmian projek ekspedisi penyelidikan saintifik, perasmian pusat penyelidikan a.k.a chalet HSAH (projek RM1 juta tu...) dan perasmian buku-buku ilmiah mengenai HSAH.

Minggu ini juga adalah merupakan minggu yang sibuk buat aku kerana terlibat dengan dua tugasan 1. Sebagai penyambut tetamu untuk majlis perasmian (ada keluar kat berita TV3 wei..) dan 2. sebagai ahli ekspedisi yang mewakili kajian bagi fauna (wut else..) di HSAH. Sebenarnya acara utama bagi majlis ini adalah Ekspedisi Saintifik Penyelidikan yang bermula 13-16 April. Bagaimanapun, acara tumpuan pastinya majlis perasmian dan penyerahan cek pada 14 April tersebut. Majlis perasmian pada pagi tersebut telah dihadiri oleh tetamu kehormat Yg. Berbahagia Naib Canselor UPM; Prof. Dato' Dr. Nik Mustapha R. Abdullah dan disertai oleh tetamu jemputan dari Exxon Mobil; Pn. Fatimah Merican dan juga Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor; Datuk Yunus Zakaria.

Puan Fatimah Merican; wakil Exxon Mobil yang hadir untuk penyerahan cek bernilai RM80 000 kepada Fakulti Perhutanan bagi sumbangan untuk Kuiz Sains Alam Semulajadi 2009. Beliau amat berbangga dengan kerjasama dari Fakulti Perhutanan dalam menganjurkan acara tersebut. Sumbangan dari Exxon Mobil ini diharapkan agar dapat memupuk semangat mencintai alam semulajadi di kalangan pelajar sekolah.


Tetamu Kehormat; Prof. Dato' Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor UPM.

Beliau sangat gembira dengan khazanah alam yang telah dijaga dengan baik oleh Fakulti Perhutanan dan berharap agar lebih banyak penyelidikan dapat dilakukan di HSAH.








Majlis diteruskan dengan penyerahan cek (replika) dari wakil Exxon Mobil dan seterusnya perasmian pembukaan program Ekspedisi Saintifik oleh Dato' Naib Canselor.

Replika cek dari Exxon Mobil bernilai RM80 000.

Perasmian Pusat Penyelidikan HSAH

Upacara menggelang burung ala Kem Wildlife oleh Dato' Naib Canselor, satu simbolik untuk perasmian buku 'Birds of Ayer Hitam Forest Reserve'.

Ekspedisi Penyelidikan Saintifik

Ekspedisi penyelidikan telah dimulakan pada 13 April untuk pendaftaran. Program ekspedisi ini telah melibatkan pegawai dari Jabatan Perhutanan, PERHILITAN dan Mardi. Institut pengajian tinggi selain UPM yang terlibat adalah dari Univ. Malaya dan Univ. Kebangsaan M'sia (UKM).

Ekspedisi ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya flora, fauna (birds, small mammals, entomology and invertebrates), geology, hidrology, physiologi, meteorology dan sebagainya. Tak banyak yang sempat dirakamkan sepanjang ekspedisi ini. Sangat sibuk dan masih terkejut dengan berita pemergian seorang teman. Ini adalah di antara beberapa spesies burung yang sempat dirakam pada hari terakhir ekspedisi.

Clockwise (top): Lesser racket-tailed Drongo / Cecawi (Dicrurus remifer), Collared scops owl (Ottus bakkamoena), (down, right): Tiger shrike/Tirjup Rimau (Lanius tigrinus), Dekan Fakulti Perhutanan Prof. Madya Dr. Awang Noor Abd. Ghani tengah berborak dengan Tiger Shrike. Sikit pun tak kena patuk. Kalau kitaorang pegang memang dah luka-luka tangan kena patuk.

(P/s: Tiger shrike adalah sejenis burung karnivor. Ia mempunyai paruh yang tajam, yang digunakan untuk mengoyakkan daging mangsa. Pelik tapi benar, burung ni tak berani patuk Dekan. Tak aci!!)

Program ekspedisi berakhir pada 16 April dengan majlis penutupan pada petang hari tersebut. Diharapkan program ekspedisi ini akan memberikan input kepada penyelidikan alam semulajadi terutamanya untuk pemeliharaan HSAH ini. Long live the green!!!

Gambar: kawasan sungai yang sering dijadikan lubuk oleh orang asli untuk menangguk ikan.

Saturday, April 18, 2009

Ngeeeee...


This is a 'photo checklist' of les gatos at home.

Ngeee.....

Wednesday, April 15, 2009

DaripadaNYA dia datang..

Hari ini, 15 April 2009, seorang rakan dari Fakulti Perhutanan iaitu Faiz Tajuddin (Diploma batch 2003-2006, Bac. batch 2006-2008) telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.45 akibat jangkitan pada otak kesan dari demam yang teruk. Saya dan beberapa rakan menerima berita yang Allahyarham sakit tenat dan terlantar di Hosp. Serdang pada pagi tadi (8.30 pagi). Ketika itu kami berada di HSAH. Pada jam 1.30 kami bergerak untuk melawat Allahyarham di Hosp. Serdang. Dalam perjalanan ke sana, kami telah dikhabarkan dengan berita yang menyedihkan ini... Innalillah hi wainna ilai hirajiun.. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan beliau disamping orang yang beriman....

Dan kepadaNYA jugalah dia kembali. ALLAHUAKBAR!

Sunday, April 12, 2009

Di kala sengal melanda...

9.30 a.m, sepasang kaki melangkah laju menuju ke mesin 'penjaga masa'. Lap sikit ibu jari, pastu tenyeh dekat mesin 'penjaga masa' tu. "Teeeeeeeeeeeeeeeeet","Thank You"; satu suara perempuan yang kedengaran ramah tamah keluar dari mesin 'penjaga masa' tersebut. 'Ish, bising betul la minah ni' gerutu aku dalam hati. Inilah rutin aku setiap hari (Isnin-Jumaat). Kadang-kadang datang awal (9.30 a.m tu kira awal la..) kadang-kadang pukul 11 baru aku jejak fakulti. Datang pun sekadar nak cukupkan syarat GRF yang menetapkan kehadiran pelajar tajaannya pada setiap hari bekerja. Bagi kami pelajar yang menjalankan kajian di lapangan, syarat tersebut (wajib datang 6 jam sehari) agak membebankan kerana perlu membahagikan masa di lapangan dan fakulti. Syarat lain yang dikenakan adalah menjadi pembantu pengajaran a.k.a Demonstrator untuk kelas yang telah ditetapkan oleh fakulti. Kadang-kadang masa tengah tekun menjalankan kajian di site, 'bos' panggil balik datang ke fakulti semata-mata kena jaga exam, jaga amali atau tanda paper. Emm...penat sebenarnya. Tumpuan yang sepatutnya diberikan untuk kajian terpaksa dibahagikan dengan tugasan lain. Tapi tak mengapa...(macam lagu A. Rahman Hassan), seronok jugak sebenarnya menjadi Demon...oopps...Demo ni. Banyak pengalaman dapat dikutip (dan dapat penuhkan resume..;P) dan seronok bila dapat berkongsi ilmu dan idea dengan pelajar lain. Sharing is caring, rite..?

Dan di kala ini, aku telah pun menghabiskan kutipan data di lapangan. Data yang dikumpulkan tu pun dah dianalisis. Alhamdulillah... Sekarang yang tinggal hanyalah ketukan jejari untuk menyiapkan thesis dan juga otak yang cerdas untuk berfikir dan memerah idea. Emm...cakap pasal otak yang cerdas, seminggu kebelakangan ni, entah kenapa, otak aku terasa sendat, fikiran pun macam celaru sikit. Rasa macam banyak benda yang harus difikirkan dan diselesaikan. Sebenarnya dah berbulan macam ni, cuma baru minggu lepas terasa tekanannya. Kepala pun asyik pening-pening je. Otak dah jammed dengan pelbagai benda. Atas inisitif sendiri (ewah!), aku membuat rancangan ad-hock untuk release segala bebanan otak ni. Got to escape from this environment! Yup, I must! Just for a while..

Misi 1: Tengok wayang back to back.
Rakan bersekongkol pertama adalah Kak Finie. Petang Khamis yang indah permai, kami bergerak dari UPM ke Alamanda. Target hari ni, nak tengok cerita 'Talentime' dan 'He's just not that into you'. Mission accomplished! Tiket available. Lagipun petang hari bekerja. Tak ramai sangat orang. So, petang tu kitaorang tengok cerita 'Talentime' diikuti 'He's just not that into you'. Both of the stories were good. Good enough for me or us to release things that hanging inside (our heads..). Rakan bersekongkol kedua, Ina dan Labu. (Oh, ya.... Labu is Ina's bf. I know u guys gonna read this post. Hi.....) Petang Jumaat yang ceria, aku meneruskan misi bersama diorang. Kali ni cerita 'Fast & Furious 4' (kelakar dengan translation kat screen... Pantas dan Garang 4..hehe). Memang best. Rasa jatuh hati kat Vin Diesel..ahaks.. acah je..

Misi2: Something that connected with adrenaline.
Belum tercapai lagi. Tengah memikirkan xtvt yang sesuai. Hiking maybe?Dah lama tak mendaki gunung. Stamina dah makin down...aisey... tak boleh jadi nih. Kena jogging balik la nampaknya.

Apa-apa pun, terima kasihlah membaca posting mengarut aku nih. Inilah yang berlaku bila sengal melanda diri..hehe