(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, November 12, 2008

Day 2 in Bangkok: Kisah 3

Pemandangan di Sekitar Kota Bangkok
People of Bangkok
Sister of His Majesty King of Thailand
"Bandar Bangkok agak sibuk sedikit dari biasa hari ni" - kata seorang pelajar KUFF. "sebab mereka sedang membuat persiapan untuk majlis pembakaran (cremated) kakak kepada Raja Thai, Puteri Galyani Vadhana, yang telah meninggal pada 2hb Januari lepas". ERKKKKK!!!! Aku tak dapat nak berkata pape masa dengar cerita pasal majlis pembakaran mayat dan pengebumian diraja tu. Bagi adat istiadat diraja, ia adalah satu tradisi di mana mereka akan tunggu sehingga setahun sebelum majlis pengebumian diadakan.
Sedikit latar belakang mengenai keluarga diraja Thailand(yang aku dengar dari penduduk Thailand jugak). Raja Thailand sekarang, King Bhumibol Adulyadej merupakan raja yang paling lama memerintah di dunia, mengalahkan Queen Elizabeth di England. Keluarga diraja Thai ni memang sangat disayangi oleh rakyatnya sampaikan rakyat Thai gantung gambar King and Queen di setiap rumah. Keluarga diraja Thailand memang terkenal dengan sikap pemurah dan disenangi oleh rakyat Thailand. Jadi tak hairanlah kalau semua rakyst jelata berpusu-pusu datang ke Sanam Luang di Bangkok ni.

Atas: Princess Galyani Vadhana; Askar diraja yang akan mengiringi majlis pengebumian. Bawah: Sanam Luang, tempat pembakaran jenazah raja-raja sejak 2 abad dulu; Sempat bergambar di Sanam Luang.

Day 2 in Bangkok: Kisah 4


Loy Krathong Festival
Loy Krathong adalah satu perayaan tradisi oleh orang Siam/Thai (di mana jua mereka berada). Loy Krathong diraikan pada waktu bulan penuh dalam bulan yang ke-12 mengikut kalendar lunar orang Thai. "Loi" dalam bahasa Thai bermaksud"menghanyutkan" dan "Krathong" pula bermaksud sampan yang bersaiz lebih kurang dua tapak tangan yang dibuat dari batang pisang dan dihiasi dengan bunga-bunga, daun pisang dan lilin (macam gambar di atas). Loy krathong adalah merupakan satu ritual bagi memperingati Buddha. Selain itu, menghanyutkan 'krathong' juga dianggap sebagai satu simbolik untuk amalan 'tolak bala' dan 'buang sial'. Mengikut kepercayaan mereka, menghanyutkan krathong akan membawa tuah terutama dalam mencari jodoh.

Loy Krathong Celebration in KUFF

Perayaan Loy Krathong disambut dengan meriahnya di KUFF. Selepas makan malam, kami berkesempatan untuk berjalan-jalan di festival Loy Krathong di perkarangan KU. Mak aih....ramai betul manusia. Lebih dahsyat dari Jalan TAR masa jualan raya. Kalau kat Jalan TAR boleh la jugak bergerak jalan sikit2, ni memang padat. Festival di KU bukan sahaja dikunjungi oleh pelajar2 KU, tapi juga keluar pelajar dan penduduk di sekitar Kasetsart dan Chatuchak.
Pelbagai aktiviti dan acara telah disediakan disepanjang malam festival ini antaranya gerai2 jualan yang dijalankan sendiri oleh pelajar2 Kasetsart University. Time ni la bagi mereka yang nak menambah duit poket sendiri atau mengutip dana untuk persatuan berusaha keras untuk menarik pelanggan datang ke gerai mereka. Acara lain adalah seperti Pertandingan Ratu Cantik, persembahan nyanyian oleh pelajar KU, dan sukaneka.
Show dari pelajar2 KU.

Sebut pasal sukaneka,aku tertarik dengan satu game ni. Aku lupa apa nama game ni. Game ni senang je, iaitu dengan mencampakkan botol air kepada pemain sampai diorang jatuh ke dalam kolam. Yang menarik adalah aksi2 peserta yang lucu dan aneh. Siap ada yang pakai bikini la (yang pakai lelaki), buat aksi sumolah....macam2 ada.....



Para peserta bersiap sedia di atas platform yang tingginya dalam 10 meter.





Sedia...1....2.....3......serang!!!!!!!!





Hahahaha!!! En. Bertuala Merah ni menang!!! dia dapat bertahan lama sedikit dari yang lelain. Tapi semua peserta telah berjaya dijatuhkan. (teringat game dalam rancangan 'Istana Takeshi......)



Aksi Pengunjung Festival


Memang ramai betul pengunjung ari tu. Ni kira dah kurang sket sebab ramai yang dah balik

Kakak jual bihun sup yang tengah sibuk layan pelanggan.

Aksi berani seorang mamat yang bermain bunga api dengan mulut...cheh....

Festival Loy Krathong berakhir dalam jam 2 pagi. Tapi kitaorang dah balik hostel tidola.... Upacara kemuncak untuk Loy Krathong adalah pertandingan bunga api di seluruh Bangkok. Tapi aku tak perasan plak siapa yang menang atau bunga api sape yang cantik sebab time tu aku dah tido....ngehngehngeh....

To be continue....

Tuesday, November 11, 2008

Here I am...in Bangkok!!

Sawadhi kha semua.... Setelah dua minggu aku tidak mengepost apa2 berita di blog, akhirnya aku berkesempatan untuk mencoret cerita dan berita tentang kisah aku sepanjang 2 minggu ini. Sepanjang 2 minggu lalu, aku telah menjejakkan kaki ke negara yang digelar 'Gajah Putih' bersempena dengan AFSA meeting dan FORTROP conference. Kami, 3 orang wakil dari UPM (pacik Hamid, Kak Finie dan aku) bertolak dari KLIA LCCT pada 11/11/2008. Flight kami dijadualkan pada jam 1.30p.m dan tiba di Bangkok jam 2.30 p.m (3.30p.m waktu Malaysia).

Bergambo sebelum berlepas

Gugusan pulau berhampiran Pelabuhan Klang. Emmm...yang mana satu P. Carey gaknye.
Arriving at Thailand
Jam 2.30pm waktu Bangkok (3.30p.m waktu Malaysia), kami selamat mendarat di Suvarnabhumi airport. Ketibaan kami disambut oleh pelajar2 Kasetsart University yang ramah tamah walaupun terdapat sedikit masalah komunikasi antara kami. Bersama yang menanti adalah student dari Indonesia (Bogor Agriculture University) dan Laos (Laos National University) yang tiba setengah jam awal dari penerbangan kami.Destinasi seterusnya adalah ke Kasetsart University di mana menjadi pusat untuk AFSA meeting dan FORTROP conference.

Highway yang menghubungkan Suvarnabhumi airport dan kota Bangkok. Lihat!!! teksi berwarna pink!!!


Kasetsart University, Faculty of Forestry (KUFF)

Setibanya di KU, kami telah berkumpul dan berkenal-kenalan. Kumpulan pelajar dari 5 negara ASEAN (Malaysia, Indonesia, Laos, Vietnam dan Thailand) bertemu buat pertama kalinya di Kasetsart University, Faculty of Forestry (KUFF).


View sekitar KUFF. Kelihatan 'bebudak hutan' dari KUFF sedang bersantai di petang yang damai itu.Malamnya lebih meriah dengan aktiviti untuk pelajar-pelajar baru atau freshies. Freshies2 ni tengah berlatih satu tarian macam tarian red indian yang menjadi trademark untuk pelajar KUFF. Kira kalau tak lepas wat tarian ni, pelajar tersebut takkan diiktiraf menjadi pelajar Fakulti Perhutanan....waaa....

Malam tersebut juga satu Opening Ceremony telah diadakan bagi meraikan semua wakil pelajar dari negara ASEAN yang hadir.

Selepas berakhirnya majlis tersebut, kami pun dibenarkan balik berehat di bilik yang telah disediakan. Hebat woo fakulti diorang. Siap ada bilik untuk pelawat yang datang ke KUFF. Bilik-bilik ni terletak di atas bangunan pentadbiran fakulti, tingkat 6 dan 7.

Pemandangan kota Bangkok di waktu malam dari jendela bilik.


To be continue.....

(P/S:memandangkan sekarang ni aku sedang berada di Carey Island untuk kerja2 mengambil data, kelewatan untuk mengpublishkan cerita adalah amat dikesali. Walau bagaimanapun, aku akan tetap berusaha untuk meneruskan penceritaan aku yang seterusnya. Sekian terima kasih.

Friday, November 7, 2008

Away to Bangkok...

Salam and hello to all bloggers and readers,
I'll join the AFSA (ASEAN Forestry Student Association) and FORTROP II Conference (Tropical Forestry Change in a Changing World) from 11th - 21st November 2008 at Kasetsart University Bangkok, Thailand.

Semoga aku akan memperolehi ilmu yang akan dikongsikan dengan anak watan. Doakan jua semoga aku selamat pergi dan selamat kembali....