(^___^)V

Daisypath Anniversary tickers

Menghitung hari

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, May 20, 2009

Chatuchak Weekend Market

Dah lama aku menyumbangkan sesuatu untuk blog. Sejak kamera rosak, mood untuk menulis tu langsung padam. Rasanya macam cerita yang aku cuba sampaikan takkan menarik tanpa paparan gambar.

Jadi untuk entry kali ni aku nak selitkan satu catatan tentang perjalanan aku di Chatuchak Weekend Market di Bangkok. Sebenarnya, ini adalah sambungan entry aku pada bulan Disember dulu. Ketika aku mengikuti persidangan FORTROP di Kasetsart Univerisiti. Akhir-akhir ni aku perasan jugak, ramai yang bertanya tentang tempat-tempat menarik yang pernah aku lawat. Terutamanya yang ada kawasan membeli belah. Chatuchak ni pula adalah salah satu kawasan tarikan pelancong yang cukup terkenal dengan pasar minggunya.

Chatuchak Market/ Chatuchak Weekend Market (CM) adalah merupakan salah satu pasar yang terbesar di dunia. Terdapat lebih kurang 15,000 buah gerai yang menjual pelbagai barangan dari serata Thailand. Memang sangat besar, CM ni meliputi 35 ekar keluasan tanah. So, kalau anda berjumpa dengan sesuatu barang yang anda berkenan, jangan fikir banyak, BELI TERUS! Sebab berkemungkinan besar anda takkan dapat jumpa gerai tersebut lagi. Tu belum kes sesat tak jumpa jalan balik lagi. Memang susah nak kembali ke pangkal jalan... :P


Nak sampai ke CM ni memang mudah. CM terletak di bahagian utara Bangkok. Pelancong boleh menaiki kenderaan awam seperti bas dan MRT (macam LRT kalau kat Malaysia) dan turun di stesyen yang betul-betul bersebelahan dengan CM ni. Lupa nak habaq... CM ni hanya dibuka pada hari minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Ia dibuka dari jam 6 a.m hingga 7 p.m sahaja.



Ini adalah salah satu mercu tanda yang terdapat di CM (kalau anda sesat). Dua buah menara jam yang terletak di salah satu entrance di CM. Kawasan CM memang padat dengan manusia terutamanya pelancong-pelancong. Macam-macam ada dijual kat CM. CM terbahagi kepada 26 kawasan. Antara barangan yang dijual di sini adalah barangan antik, makanan, tekstil, pakaian, kraftangan, krafkaki (hehe..ada gerai untuk urut refleksologi), perabot, barang kemas, barang perhiasan diri, lukisan, buku, pokok bunga, pokok buah, haiwan peliharaan pun ada, dan bermacam-macam barangan lagi. Memang satu tempat yang paaaaaaaaaliiiiiiing best bagi shophaholic. Tapi anda mestilah pandai dalam urusan tawar menawar harga. Barangan di sini kebanyakannya dijual dalam matawang Baht Thailand. Kelebihan kita orang Malaysia, nilai RM tinggi sikit dari Baht (mengikut kadar pertukaran matawang semasa). So, pandai-pandailah anda berbelanja. Jadilah pengguna yang berhemah..hehe..

Memandangkan time aku melawat di CM ni sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti. Penuh dengan manusia dan bukan manusia (batu, kayu, pokok, anjing etc.), peluang untuk mengambil gambar memang susah. Apatah lagi bila aku sendiri dah rambang mata tengok barangan yang dijual. Terus lupa diri...err...tak jugak...terus lupa nak tangkap gambar. Lagipun tiap kali berhenti kena bagi tau kawan-kawan sebab takut tertinggal. Kalau tertinggal, alamatlah...menangis la sesorang kat celah-celah deretan gerai. Nak bertanya, susah sket sebab kebanyakan orang Thai tidak fasih berbahasa Inggeris. Jadi kalau boleh, bawalah seorang orang Thai yang boleh menjadi translator di antara anda dan penjual. Kalau tak kena jadi macam Zai (Miazai), yang kena wat aksi dan bahasa isyarat bila bercakap dengan orang Korea semata-mata untuk bagi orang tu faham apa yang kita nak. Bayangkan, ada 15,000 gerai yang sesak dengan manusia. Anda pasti menjadi perhatian...hehe. Suasana kat dalam CM ni walaupun sesak dengan orang tapi takdelah sesak padat macam kat Jalan TAR masa shopping raya. Keadaan kadang-kadang agak lengang di kawasan gerai-gerai yang kurang tumpuan. Kadang-kadang teringat pasar kat Padang Besar, tak pun macam kat Pasar Filipin di KK.




Sempat snap satu gambar kat kedai yang menjual kotak-kotak perhiasan dan kraftangan. See... kotak pun diorang jual. Wa cakap lu...

Barangan kraftangan yang direka dari kain tenun Thai. Seswai untuk dijadikan hantaran. So sesiapa yang berminat dan tengah pening nak memikirkan barang hantaran, di sinilah tempatnya (promote nih!)

Di bahagian lain CM, terdapat kawasan untuk menjual haiwan peliharaan seperti anjing, kucing, rabbit, hamster, burung, iguana, gecko..blablabla.. and u name it je. Macam-macam ada, sanggup tak sanggup nak bela je. Tu belum masuk haiwan yang tersenarai sebagai terpelihara dan red listed dari IUCN.
KLIK!!Sempat snap gambar anak kucing Siamese ni. Comel...tapi tak sempat tanya berapa harga sekor anak kucing dari baka asli Siamese ni. Lagipun kalu murah, aku bukan beli pun. Terfikir gak nak angkut sekor dua bawak balik M'sia. Tapi apakan daya, aku balik naik airplane. Kalu naik keretapi lain la citer.
KLIK!KLIK! tapi dari jauh je la. Ni pulak kawasan menjual puppy-puppy yang comel dan gebu. Tak dinafikan, memang comel. Terdetik jugak hati nak usap-usap, peluk-peluk. Tapi rasa was-was tu masih menebal dan malas nak memikirkan cara nak samak nanti. So, tengok je la.
Ni pulak burung merbah atau Red-whiskered bulbul. Burung ni banyak terdapat di kawasan Asia yang beriklim tropika sederhana macam di Thailand ni.

Bahagian makanan terletak di salah satu penjuru di dalam CM. Ada makanan kering, yang kering sikit, yang basah, yang berair macam jeruk. Tapi kena berhati-hati sikit masa tengok-tengok dan rasa-rasa sample tu. Takut kalau yang Muslim tu terkena Oink-oink susah pulak. Kat sini daging Oink-oink tu ada yang salai, sate, bakar, sup......tak larat nak explain. Papepun, berhati-hatilah.


Orang Thai memang terkenal dengan makanan yang jeruk-menjeruk ni. So, janganlah pelik kalau tengok segala benda dorang nak preserve or jerukkan. Contohnya macam beras, telur, anak ayam dan lain-lain.

Kepada anda yang ketagih teh tarik takpun yang rindu kat kedai mamak kat M'sia, jangan risau sebab kat sini ada teh tarik pusing 360o. Diorang wat teh tarik sambil berdiri di atas roda pemusing macam roda impian, sambil memegang dua biji kole air teh sekaligus. Siap angkat sebelah kaki lagi. Beberapa orang 'mat dan minah saleh' kat sebelah aku bersorak sambil menepuk tangan pabila melihat aksi tersebut. Wa...leh la join pertandingan 'Raja Tarik' anjuran susu F&N nanti (promote aku dalam hati..huahuahua) Diorang mengaku yang diorang belajar buat 'bubble tea' ni dari seorang kawan kat Malaysia. Bangga sekejap aku kat tengah-tengah CM yang chaos ni.



Ini adalah di antara tourist guide kami. Diorang ni lah yang tolong jadi translator dan juga kaunter pertanyaan kami yang foreigner ni.

Di bandar Bangkok ni, memang susah untuk mencari restoran or gerai or warung yang menjual makanan halal. Walaupun terdapat komuniti Muslim di sini, agak sukar mencari restoran yang tertera tanda 'Halal' tak pun 'Bismillah'. Kalau ada pun, adalah satu dua gerai yang terselit di celah-celah bangunan besar.

Tetapi di CM ni anda tak perlu risau mengenai makanan halal. Terdapat 2 buah gerai makanan Muslim di sini (yang aku terjumpa la.). Salah satunya adalah gerai Saman Islam. Gerai ni terletak di antara kedai-kedai yang menjual baju. Agak jauh dari kawasan gerai-gerai makanan yang lain (yang semestinya ada menjual oink-oink pelbagai jenis masakan). Gerai ni terletak dekat dengan menara jam (seperti yang terdapat pada gambar sebelum ni). Bau sup daging yang menyelerakan, adalah petanda yang anda dah berada berhampiran dengan gerai tersebut. Hidangan yang dicadangkan jika anda singgah ke sini adalah mee daging/beef noodle. Memang marvellous!



Selain CM, terdapat banyak lagi gedung-gedung membeli belah yang terdapat di sekitar Bangkok. Antaranya adalah Siam Square, Siam Paragon, Siam Center dan Siamang..hehe..
Yang paling disukai oleh penduduk tempatan dan pelancong adalah MBK Center. MBK Center(Mah Boon Krong Center) mempunyai segala macam shopping mall, bowling, cinema (di antara yang terbesar di sini). MBK Center pernah menjadi salah satu pusat membeli belah yang terbesar di Asia sekitar tahun 1985. Tapi lepas tu kalah dengan Mid Valley Malaysia..haha..

Bagaimanapun, aku tertarik dengan satu mall yang selalu menjadi tarikan muda-mudi terutamanya pelajar universiti; Union Mall. Union Mall terletak bersebelahan dengan MBK Center dan dihubungkan dengan laluan pejalan kaki 'skybridge'. Bukan sekadar laluan biasa, ada air-cond lagi. Menariknya di sini ia menjual barangan seperti pakaian dan pelbagai barangan perhiasan diri dan aksesori yang latest dengan harga yang murah. Di dalam Union Mall ini terdapat beberapa lagi mall; seperti Bonanza Mall yang dihubungkan dengan skybridge pedestrial walk ni....(aku kagum sebab ada air-cond).


Satu perkara nak diingatkan di sini, Bangkok adalah salah satu bandaraya yang terkenal dengan kesesakan lalu lintasnya. Kalau tak istilah 'Bangkok Jam' tu takkan wujud. So, dari tengah hari hinggalah ke malam, jalanraya di sekitar Bangkok City memang sesak. Salah satu cadangan untuk mengelakkan kesesakan adalah dengan menaiki MRT atau Skytrain (baru dilancarkan kat Bangkok, ala-ala ERL kat BB Plaza).

Lagi satu cara untuk bergerak di tengah Kota Bangkok ni (selain berjalan dan berlari) adalah dengan menaiki Tuk-tuk; sejenis kereta roda-3. Walaupun kecil dan kurang laju berbanding teksi dan bas, tapi kelebihannya adalah dapat menyelit di celah-celah kenderaan besar semasa jammed. Tabikla... sangat pro. (P/s:nasib baik bukan aku yang naik. Kalau tak mau kecut perut gak tengok drebar tuk-tuk ni bawa. Memang rempit habis....)


8 comments:

baincardin said...

mmg takkan kembali ke pangkal jln ye? hehe..krafkaki tu mmg menarik. 1st time dengar :)yg oink-oink tu..tegak bulu roma bain membayangkannya. hehee....^_^'

eksp said...

hahaha... dasar orang pompuan, suka tempat shopping...

=p

moon said...

wahh..dasar pompuan je ke yg suka tmpat soping??
aku ade pengalaman 5 jam teman membe aku, LELAKI tulen p tmpat soping...
abes semua kedai dia tawap...
pastu bwk sindri brg2 yg dia beli... tak hengen aku nak tolong...

hahahahahahahah

wes cik nora.. mana buah tgn utk aku?? cesss....

lalalaalalalal

snm | snm said...

kak nora. sama lah mcm Ben Thanh Market dekat Ho Chi Minh. Byk gila smpi puseng biji mata :P dh la pandai ckp melayu. tension je. tarik2 tangan kita, ckp abang, kakak, mai singgah. klu kte ckp mahal, dia kata, tak mahal, murah2..chehhh..

Akula Nora said...

mr bain, krfkaki tu sbb diorg urut kaki utk refleksologi. nmpak cam best, tp urut kat tepi jalan la... malu...

diorg mmg kuat mkn oink-oink. sbb tu kalau nak mkn kena jaga2 sket, xpecially makanan ringan.

Akula Nora said...

hehe...kitaorg shopping utk org laki gak :P

ni salah 1 tempat yg dilawati, ada gak tempat ilmiah yg kitaorg pegi.

Akula Nora said...

hehe...ijan, ingat x dlu kita penah kuar buka puasa skali ngan kus,sam, syahmi,nik,najwa(time tu still dina). yg kita ikut kus round satu jln tar semata2 nak cari bj melayu sepasang.punya round,skali dia beli yg tepi jln jer..ces...

aku g bln 12 dlu. brg tu aku letak kat ner pun dh x ingat...hehe

Akula Nora said...

lyn, next destination nk g ho chi minh la. best lak lepas baca lyn nyer entry..hehe