11 Julai 2009 adalah tarikh bersejarah buat keluarga En. Jemali dan Pn. Azimah. Pada tarikh ini tiga anakanda mereka telah melangkah ke alam berumah tangga. Sekaligus, keluarga ini juga bertambah lagi tiga orang ahli baru yang menjadi anak menantu mereka berdua.
Kedatangan para pengantin yang diusung dengan kereta Hilux. Sangat Forester! haha!
Persembahan pencak silat buat para raja sehari, satu tradisi dalam adat istiadat Melayu.
Upacara memotong kek beramai-ramai. Sebenarnya kek tu ada 4 biji, tak tau kenapa diorang nak share gak potong kek yang satu ni........
Memandangkan para pengantin nak share satu kek je, Iejan bercadang untuk tapau sebiji bawak balik...hehe... Acah je.. tapi sebenarnya aku rasa Iejan tengah amik ilham dengan deko kek pengantin ni. Untuk apa???!! Hanya beliau saja yang tahu...*wink!*
Rakan taulan yang menghadiri majlis bersejarah tersebut. Ada yang dah jadi mak budak, yang ada 'aura' bakal mempelai pun ada jugak, yang single pun ada jugak.
Bersama bebudak Forest dari 3 generasi berlainan-aku(Jr.), Kak Fad(Super Senior) dan Kak Finie(Senior).
Didoakan semoga ketiga-tiga pasangan mempelai akan berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan dengan zuriat yang baik dan soleh. Amin...